Aku bangun pagi tadi, mata aku merah, banyak taik mata. Melekat-lekat sampai ke bulu mata. Panik jugak aku jadinya, tak kan aku sakit mata kot? Terus aku tak pakai contact lens pun, takut semakin menjadi-jadi merah tuh. Dan on the way pergi kerja, dalam train, aku asyik batuk aje. Mulanya aku dah cadang nak berhenti half way dan nak talipun David, nak beritahu yang aku tak nak datang kerja sebab keadaan aku macam tuh memang akan memparanoidkan diaorang yang yang germsphobic tuh. Tapi aku terus kan jugaklah, mengenangkan yang diaorang nak ke Target hari ini.
Plan diaorang nak keluar dibatalkan sebab hari hujan, ditangguh ke hari esok. So David ke gym, aku menguruskan Hal, then buat apa-apa yang patut sebelum Hal suruh angkat dia ke katil sebab dia nak tidur. Itupun dia suruh aku urut dia dulu dalam sesetengah jam.
Dah siap tuh, sementara tunggu David balik, kitaorang tengok tv aje lah. Hal yang tengok tv, aku lepak aje. Batuk aku datang tak henti-henti pulak tuh. So aku plan yang aku nak mintak balik awal lah.
"You look terrible Joe, you look terrible", kata David bila aku kata aku tak sihat. Terus dia suruh balik, sesambil tuh dia mengomel lah kata aku nih tak reti jaga diri. Aku dah boleh imagine yang dia akan bawak cerita, menalipun semua orang, kata yang aku nih sakit. Dia nih memang jenis gitu, kadang tuh mengalahkan mak lampir, benda yang kecik-kecik tuh suka dibesar-besarkan sangat.
So kaedahnya, pukul 1 aku balik. Nak sentapz jugak aku kat David sebab dia macam halau aku aje, itu yang cepat-cepat aku keluar tuh. David suruh aku talipun dia pagi besok, kalau aku masih tak sihat, dia suruh aku rihat aje. Monday pun sama.
Teruja jugak aku nak singgah kat mana-mana , iyalah kan, dah 8 bulan lebih aku tak free hari Sabtu kan? Tapi, tertakut pulak aku nak melepak gitu, nanti dibuatnya mata aku terus menerus merah, dan aku terus menerus batuk, itu yang tak jadi aku nak singgah di mana-mana tuh. Aku terus balik ke rumah, minum ubat batuk dan taruk eye-drop, then tidur.
Bangun, tidur, bangun, tidur. Itu aje lah kerjanya sampailah pagi esoknya.
Ahad.
Aku talipun David dalam pulul 8-30 am, memang aku tak ada niat nak pergi kerja pun. So aku kata lah yang aku nak pergi klinik petang tuh. David suruh aku talipun Hal kalau-kalau Isnin pun aku tak dapat datang kerja. Terus aku terplan yang aku tak nak datang kerja Monday nanti, nak lepak-lepak aje lah, bukan senang aku dapat peluang lepak-lepak gini kan?
Tapi itulah, batuk aku masih belum berhenti-henti jugak, walaupun mata aku dah ok dah. So, aku pun buat macam semalam jugaklah, tidur, bangun, tidur dan bangun. Tak pernah aku tidur sebanyak semalam dan hari ini rasanya. Tengahari tuh aku keluar sekejap, nak merasa kenikmatan keadaan hari minggu yang dah lama aku tak rasai. So aku ke 60th Street/3rd Avenue di Upper East Side, nak tengok film The Boy In The Striped Pajamas.
Tengah sedap-sedap tengok wayang tuh, batuk aku datang lagi, tak henti-henti. Puas aku tahan-tahan, makin ditahan makin terbatuk. Tahan-tahan nak kontrol bunyi, terkuat pulak batuknya ekekekeke. Last-last aku keluar panggung sebab takut kena marah dek penonton lain.
Aku terus ajelah balik ke rumah, dan seperti semalam, aku tidur, bangun, tidur dan bangun. Rasa nak patah tulang belakang sebab tidur aje kerja nya, makan pun tah apa-apa, bila lapar aku makan buah aje.
By malam aku rasa aku dah tak batuk pun dah, cuma aku rasa mulut aku kelat-kelat gitu lah, macam orang baru lepas demam gitu. Tapi, aku rasa esok aku tak nak pergi kerja. Entah, rasa malas aje pergi kerja nih. Nak tipu diaorang lah, nak kata aku masih tak sihat. Lantaklah dapat duit sikit aje minggu nih dan minggu depan nih.