Termelarat dari petang semalam lah agaknya, harini aku malas sangat bangun pagi tadi. Bersambung-sambung tidur akhirnya. Apa nak jadi lah aku nih, tak ada semangat langsung. Dari seminggu ke seminggu aku cadang nak buat rajin sikit, nak memasak, tapi semuanya tuh tinggal cadangan aje. Nak sediakan breakfast yang simple tu pun aku malas. Tambah-tambah pulak banyak kuih Raya, so semakin malaslah aku dibuatnya. Tangan macam orang main congkak aje bila makan kuih tuh, ekekekek.
Aku keluar sekejap sebab nak kendur-kendur kan urat, takat keluar kat area rumah sewa aku tuh jer. Cadangnya nak cari makanan tapi malas pulak, sejak lepas Puasa nih aku tak berapa mudah lapar sangat lah, jarang dah aku lunch. Jalan-jalan tuh, termasuklah pulak GNC, terbelilah pulak Health Vitapack, $69-99. Tapi tak apa lah sebab itu untuk kesihatan kan? Dah tua-tua gini macam tu lah, kena makan banyak vitamin dan ubat-ubatan.
Masa nak pergi kerja, baru aku terperasan yang ada surat untuk aku, so bukak sambil berjalan aje lah. Aerogram sebenarnya (ada lagi orang guna benda nih zaman-zaman moden nih? ekekekeke), dan sebab nipis, aku boleh nampak bayang duit kat dalam tuh. Bila aku bukak, rupanya dari one of my youngest blog readers, ada duit RM5 sekeping kat dalam tuh. Tersengih aku jadinya sebab masa tuh terus aku teringat, yang dia nih budak sekolah Form 3 tapi dia kasi aku RM5. Ada orang tuh kan, kerja jadi cikgu kat University, tapi kasi aku dua ringgit aje, ekekekeke.
Aku sampai Forest Hills dekat pukul 4 dah, tak sempat nak pergi lunch (aku pun tak lapar sangat), so aku melepak aje lah kat park. Then aku ternampak David sama mak dia tengah melepak-lepak jugak, cuma diaorang tak perasan aku ada di situ. Aku tegur lah diaorang lastnya, dan sebab tak ada apa nak sembang, ku terus kata aku nak ke apartment diaorang aje, sedangkan masa tuh baru pukul 4. Dah rugi setengah jam aku dibuatnya.
Aku beritahu David/Hal yang Jumaat terakhir Oktober nanti aku nak off, diaorang setuju aje. Diaorang tanya aku, apa plan aku untuk my birthday tuh, aku kata tak ada apa pun, silap-silap aku pergi tengok Halloween Parade kat West Village malam nya. Bila diaorang kata, tak kan tak ada kawan yang akan ajak aku makan, aku beritahu kata yang tak ada siapa tahu birthday aku bila. Sedangkan aku tak ada kawan pun sebenarnya. MamatGQ? Dia pelupa orangnya.
David kasi aku beg yang dia dah tak guna, mulanya malas aku ambik sebab mana lah aku pakai beg eksekutif gitu kan? Kalau messenger bag sure aku ambik. Tapi sebab dia beria sangat, lagipun beg tuh mahal, $459 (price tag beg tuh masih ada, nampak sangat dia tak pernah guna beg tuh), so aku ambik lah jugak. Aku tak suka design bag tuh, hampir aku saja tinggalkan aje bag tuh kat dalam train subway.