Wednesday, October 17, 2012

Jumaat17102008


Pukul 2 pagi MamatGQ sms-ed aku, suruh aku datang kerja pukul 9 pagi (selalunya aku datang pukul 8) sebab dia baru balik kerja, dan dia nak tidur sampai lewat sikit. Terkejut jugak aku dapat sms tuh, iyalah kan, malam-malam buta gitu, ingatkan janda gersang mana lah yang mengsms aku. Lepas tuh aku dah tak boleh nak sambung tidur dah, tergolek sana sini sejam lebih. Last-last aku bangun, makan kuih Raya yang penuh kat keliling katil, takat capai dari atas katil jer, ekekekek. 

So aku sampai Chelsea dalam sembilan lebih sikit, terserempak dengan MamatGQ yang nak keluar cari breakfast. Tu dia, baru bangun tidur, tak gosok gigi, tak basuh muka pun, terus aje keluar. Dia ajak aku temankan dia makan tapi sebab dia kata dia cuti hari nih (sebab semalam kerja sampai 2 pagi), aku malaslah ikut dia. Aku nak cepat-cepat ke apartment dia sebab nak kerjakan apa-apa yang patut. Nanti dia balik dari breakfast, sure aku tak dapat nak buat kerja, kan? Sure nak sembang-sembang, lagipun aku malu lah nak buat kerja depan dia. Dia pun kata yang dia tak nak kacau aku buat kerja. 

So sementara dia pergi breakfast, aku buatlah apa yang patut. Dan yang tak patut. Aku keluarkan semua barang-barang, aku siapsediakan semua benda yang nak dikerjakan. Nampak macam nak membersihkan secara besar-besaran lah. Saja jer, biar dia tahu sikit yang aku nih betul-betul buat kerja, ekekekeke. 

Pukul 11 dia nak keluar pergi photo shoot majalah, so sementara dia bersiap tuh, kitaorang sembang-sembang gitulah. Saspen jugak aku sebab aku cadangnya nak blah sebelum pukul 1, hari nih kan ker Jumaat, takut tak sempat nak buat semua tuh. Then aku terdengar dia talipun dengan kawan dia, perempuan, diaorang plan nak ke The Hampton gayanya petang tuh. Dua tiga kali aku dengar dia mentioned nama aku, dia cerita kat kawan dia, as if kawan dia tuh kenal aku. So aku tahu lah yang selama ini dia ada cerita pasal aku kat kawan baik dia tuh. Tak apa lah, fair lah kan, aku cerita pasal dia kat blog aku, dia cerita pasal aku kat abang dan kawan dia.

Yang aku tak dayanya, dia suruh aku yang pilihkan pakaian yang nak dipakai untuk photo shoot tuh. Manalah aku tahu kan? Bila aku buat tak tahu aje, dia mengomel aje lah kerjanya, dia kata aku sengaja tak nak kasi opinion aku. Aku gelak aje, aku kata, "Ha, mengomel lah sepuas hati kau". Sejak minggu lepas lagi, kitaorang selalu guna perkataan mengomel nih (to whine), aku kata dia nih suka whine (aku dapat idea tuh bila baca diary dia), dan dia tak suka sangat aku kata dia kuat mengomel/mengeluh. 

"Mengomel, mengeluh tu bagus, apa? Aku selalu mengeluh,mengomel, aku tau yang kadangnya aku nih tersangat berangin panjang (very long winded)", aku kata kat dia. "Tapi aku ada outlet untuk mengomel, kat blog aku. Kau tak ada tempat nak mengomel/mengeluh, so kau whine kat aku", aku kata lagi. 

Macamana pun, aku tengok MamatGQ tuh hyper jer hari nih, happy aje. Mungkin sebab weekend kot. Kat shelf, kat meja, aku tengok, banyak gambar-gambar baru yang ditaruk, then kat board pulak ada ditulis kata-kata semangat. Mungkin baru lepas pergi therapy kot dia nih, itu bersemangat, ceria aje tuh. Nak tengok sampai bila dia ceria gitu tuh. 

Sebelum dia keluar, dia kata dia akan balik semula sebelum aku blah. Ala, aku cadangnya nak keluar awal sikit, tapi terpaksa tunggu dia balik. Tapi, aku tunggu-tunggu, tak ada pun dia balik, so aku blah gitu aje lah sebab nak kejar Jumaat. 

Lepas Sembahyang, terus aku berkejar ke Forest Hills, beli roti sama iced coffee, then ke internet cafe. Dapatlah sejam. 

David talipun kata dia balik lewat sebab nak keluar makan sama member dia lepas kerja, so aku sama Hal aje lah kat apartment. Kadang tuh best jugak kalau David tak ada, Hal tak banyak sangat cekadaknya kalau malam-malam gitu. Cekadak dia nih banyaknya kalau siang-siang aje. So kitaorang tengok tv aje lah sebelum kasi dia dinner.