Aku terbangun awal lagi hari nih, pukul 5 dah tersedar. Sementara tunggu Subuh, sementara tunggu masa nak ke apartment MamatGQ, sempat aku kemas-kemas bilik, breakfast etc. Serba salah nak tidur semula sebab takut terlewat sedar.
Since aku sampai Chelsea awal jugak, aku ke dry cleaner dulu sebab ituhari aku terbawak balik receipt pakaian MamatGQ. Might as well aku terus pergi ambil pakaian dia, save sikit masa aku nanti.
"Awal kau sampai Joe?", MamatGQ tanya aku, dari dalam bilik air.
"I had a rough night last night, woke up way too early", aku kata gitu.
Sementara tunggu dia siap, aku baca magazine aje lah. Ada satu artikel nih, review pasal restoran-restoran yang baru bukak, di sekitar New York. Ada dua Malaysian restaurants yang baru buka, satu di Flushing, satu lagi di Bleecker Street, kat West Village. Best nih, aku nak try kedua-dua nya lah nanti, kalau ada masa. Aku tau, nama aje restoran Malaysia, sebab tokay nya Malaysians, tapi makanannya tak ada lah kemalaysianan sangat pun.
"Mood kau tak baik ker hari ni Joe?", MamatGQ tanya aku masa dia pakai kasut.
Aku gelak aje, sambil tanya, "Apa pasal kau cakap gitu? Aku biasa aje".
"Kau senyap aje nih, macam mood tak baik aje", kata MamatGQ.
"Eh, kau baru potong rambut ker?", aku tukar topik.
"Tak lah, minggu lepas lagi aku dah potong", jawab MamatGQ.
"Yer ker? Tak perasan lah aku, betul ker minggu lepas? Pasal aku tak perasan?", aku macam tak percaya yang aku tak perasan yang rambut dia pendek minggu lepas tuh.
"Kita sekarang persegi (We are square now), ituhari kau macam marah aku sebab aku tak perasan kau potong rambut, sekarang kau pulak tak perasan", kata MamatGQ. Macam bengang aje dia.
"Sorry lah, aku tak perati sangat benda-benda kecik gitu", aku cuba kasi alasan.
"Aku pun sama lah, buang masa aje kan?", kata MamatGQ.
"So, kau nak buat apa esok?", dia tanya aku.
"Tak ada apa-apa lah, biasa aje", oooo, ingat jugak dia yang esok harijadi aku.
"Joe, ini untuk kau", kata MamatGQ sambil kasi aku satu envelop, masa dia kemas-kemas beg dia untuk pergi kerja.
"Apa ni?", aku tak lah buat macam terkejut sangat, aku buat macam selamba gitu aje.
"Untuk harilahir kau Joe", kata MamatGQ, sambil masuk bilikair.
"Kau nak aku bukak sekarang ker?", aku tanya dia, lepas kasi dia thanks pasal ingat birthday aku.
"Joe, Selamat, Selamat Harijadi! Terima Kasih Kerana berada Di Sini', bunyi tulisan kat card tuh.
Dalam kad tu pulak ada envelop, aku bukak, ada enam tiket wayang yang harganya dalam seseratus dollars, yang aku boleh guna bila-bila masa, cuma untuk panggung kat Chelsea tu aje. Kat Chelsea Clearview Cinema. Panggung nih kat belakang apartment MamatGQ tu aje, satu block pun. Masalahnya, aku tak tengok wayang kat panggung nih sebab kat panggung nih tayangkan filem-filem Blockbuster, aku kan ker suka tengok filem-filem indie gitu kan? Baru sekali aku masuk panggung nih, masa tengok MammaMia, bulan 7 lepas. Tiap kali nak ke apartment MamatGQ, aku akan lalu depan panggung nih, then pusing kiri. *Mamposlah, nanti terkasi alamat MamatGQ pulak nih ekekeekek*
[Now, kalau lah aku nih golongan Bangsawan, atau pun sekurang-kurangnya orang macam David/Hal, sure aku dah sentapz dengan kad tuh. Pasal kad tuh bukan lah kad khas harijadi, instead kad tu kad free yang tah diambil dari mana-mana. Tapi sebab aku nih orang biasa aje, yang tak kisah pasal benda kecik gitu semua, aku tak ada lah sentapz apa pun. Most Americans, yang "kelas-kelas" lah, diaorang akan sentapz kalau hal-hal kecik macam tuh]
Cepat jugak MamatGQ blah pergi kerja hari nih sebab dia kata nak singgah kat dry cleaner, pasal baju yang dihantar ituhari, terdikasi-salah, tah baju sapa-sapa yang dikasi. Kaler sama tapi brand lain.
Cepat-cepat aku buat kerja hari nih, dan aku sempat jugak ke kedai untuk beli detergent lain yang aku nak guna minggu depan. Aku beritahu dia yang minggu depan aku nak datang Selasa dan Jumaat balik semula.
Dua belas setengah aku dah blah, terus ke Jackson Heights. Makan beriyani kambing kat kedai paki tu lagi, habis lagi aku makan kali nih. Best!
Takut tersinggah kat kedai pakaian tempat aku selalu beli sweaters, kasut dan tshirts tuh, (eh, jacket pun ada beli kat situ) aku ikut jalan lain nak ke internet cafe. Iyalah kan, kang tak semena-mena nak pergi internet cafe, tersinggah sekejap kat situ tuh. Dengan aku nih, singgah sekejap tuh sama aje dengan singgah lama. Sure akan ada beli something.
Ada dalam 2 jam aku main internet, then terus ke Forest Hills. Rasa bersemangat aje kerja hari nih sebab asyik ingat pasal off aku esok. Bangsat sangat aku nih, nak dapat sehari off tuh punyalah siksa. Then bila teringat yang habis esok, aku akan balik semula kerja hari-hari, aku jadi tensen semula. Bila lah gamaknya aku dapat off lagi nih? Dalam tiga empat bulan lagi, kena lah kasi alasan lain pulak kalau nak cuti.
Sebelum aku blah, masa tengah tengok Ugly Betty kat bilik David, dia kasi aku kad, dari dia sama Hal. Kad harijadi yang proper, ada duit lagi kat dalam tuh. Tak lah banyak tapi boleh beli 6 tiket wayang. Hmm, sama nilai hadiah dari MamatGQ dengan David/Hal punya.
Since esok aku off, aku cadang nak tengok wayang, nak balik lambat malam nih. So aku terus ke Angelika Film Center, turun kat Broadway/Lafayette Station. Show pukul 9-45 pm, film Peranchis Il Y A Longtemps Que Je'taime (I've Loved You So Long) *pasal aku tengok filem Peranchis aje sekarang nih?*
Walaupun best filem nih tapi puas aku menahan mengantuk, beberapa kali aku tersengguk-sengguk. Cadangnya nak terus aje tidur tapi cellphone aku asyik bergetar aje. I put my cell on vibrate mode, taruk kat pocket jeans, pocket depan. Lepas bergetar, bergetar lagi. Ada dalam 7 kali bergetarnya, sampai nak terstim kote aku sebab kena getaran cellphone tuh. Peminat-peminatlah tuh, nak wish aku birthday. So, hilang lah mengantuk aku jadinya, nasib baik towards the end film tuh makin menarik.
Memang best lakunan Kristin Scott Thomas (Four Weddings And A Funeral, The English Patient), mintak-mintak dia dicalunkan untuk Academy Award lah nanti (Ingat dak tahun lepas yang aku betul harapkan dan teka yang Marillon Cotillard (La Vie En Rose) memang Oscar?)
Pukul 12 lebih baru aku sampai rumah, tengok-tengok ada parcel untuk aku. Yang bila aku bukak, aku ingatkan salah barang yang dihantar. Aku ingatkan barang yang aku beli dari ebay.com ituhari, aku order benda lain, dikasi novel. Bila aku check balik, rupanya novel tuh datangnya dari member kat Malaysia.