Termalu aku tadi bila sampai aje kat apartment MamatGQ. Sebab berkali-kali dia kata dia pelik apa pasal lain sangat cara aku kemaskan katil dia tuh. Pasal itu lah, ada 5 lapisan semuanya, so what was supposed to be lapisan pertama, dipasang jadi lapisan keempat, macam tuh.
Macam nak sentapz jugak aku dibuatnya bila dia ulang-ulang cakap gitu, nampak sangat aku nih kampung orangnya kan? Nak pasang cadar,duvet,comforter,semuanya tuh, itupun tak tahu. Aku pun terfikir, apa pasal aku tak terfikir, apa pasal aku bengap sangat sampaikan nak kemaskan katil tu pun tak tahu. Patutlah Selasa lepas aku rasa macam ada benda yang tak kena aje masa aku kerja tuh. Macamana pun, memang besarlah kemaluan aku tadi. Masa MamatGQ "gelakkan" aku tuh, tak ada lah besar sangat, cuma masa dia dah blah, masa aku nak kemaskan katil, baru aku tersedar betapa "kampungnya" aku. Ish, malu aku. Sure MamatGQ ingat aku nih dari ceruk kampung kat mana lah datangnya.
Terus aku jadi tak sedap hati, terus aku jadi sentapz gitu bila mengenangkan ayat-ayat yang dia cakap kat aku tadinya. Apa pasal aku nih lembab sangat nak tangkap maksud dia tadi tuh? I'm sure he didn't mean it tapi itulah, the whole time aku kerja kat apartment dia, aku jadi macam bengang aje. Aku cuba-cuba tak nak fikir sangat tapi the more aku cuba buat selamba, the more aku terfikir benda yang bukan-bukan.
Aku jadi macam tak ada semangat dah nak kerja, banyaklah benda-benda lain yang buat aku ada perasaan gitu. Pakaian MamatGQ, sekarang nih dah tak banyak pakaian dia yang nak dicuci. Pelik aku, tak kan dia pakai the same jeans for 3 four days kan? Aku lain lah, memang aku pakai jeans sampai berhari-hari. Dan for the first time dia tak ada pakaian yang nak dihantar ke dry cleaner. Bila aku tanya, dia kata dia nak cut down hantar pakaian kat sana sebab bill dry cleaning dia tinggi sangat, dalam 300 lebih sebulan. Memang pun, memang tinggi bill dia tuh sebab seminggu dua kali hantar pakaian kat dry cleaner.
Lagi satu, aku tengok, MamatGQ banyak diam, banyak termenung aje sepanjang masa sebelum dia pergi kerja. Bila aku tanya, dia kata dia fikir pasal kerja. Mood dia tak baik gamaknya hari nih. So aku pun banyak diam jugak lah.
Then, bila aku kemaskan meja dia, aku tengok ada a few receipts restoran. Ooo, dia nih kata aje kerja sampai malam, tapi bila aku tengok receipts tuh, semuanya dalam pukul 7 ke 10 malam. Setiap malam pulak tuh. Mat Salleh kan, mana lah ada yang kerja sampai jauh malam gitu kan? Once in a while tuh mungkin lah, tapi kalau setiap hari, memang tak masuk akal lah kan? From now on kalau dia cerita yang dia kerja sampai malam, kerja weekends, aku nak senyum kan aje lah. Selama ini, dia nak impress aku ker? Ala, orang macam aku nih, apalah nak diimpresskan sangat kan?
Terbawak-bawak kemoodtakbestan aku sampai masa kerja kat apartment David/Hal jugak. Aku jadi macam bodoh aje gitu. Aku fikir, itu lah, aku selalu kata yang aku tak nak jadi close sangat, jadi baik sangat dengan orang. Sebab with me, dengan orang yang baik dengan aku, dengan orang yang close dengan aku, aku mudah terasa hati. Aku mudah jadi sensitif gitu dengan orang yang baik dengan aku.
Ker aku yang fikir bukan-bukan nih? Whatever lah tapi aku rasa macam tak best aje nih. Tengoklah Thursday nanti bila aku ke apartment MamatGQ sekali lagi.