Entah, tah apa aku buat hari nih pun aku tak tahu. Tak ada apa pun, macam biasa aje, aku termalas keluar di sebelah pagi dan siang tuh. Aku tunggu posman sebenarnya sebab barang yang orang kirim masih belum aku terima sedangkan diaorang dah pos kan Rabu lepas.
Pergi kerja lepas Zohor, yang dah masuk awal sekarang nih, now that daylight saving baru mula semalam. Tensen aje aku sebab masa aku sampai Forest Hills, dah gelap, mendung dan muram aje, sedangkan baru pukul 3 lebih. Memang depressing habis lah kalau nak masuk winter nih, siang nya sekejap sangat, belum sempat buat apa-apa, dah malam. So sekarang nih beza waktu dengan Malaysia, 13 jam.
Musim demam pun dah mula sekarang nih. Aku pun tak terkecuali, aku rasa badan macam tak sihat aje, panas kat dalam sejuk kat luar, tekak kering gitu. Hal tanya aku kalau-kalau aku nak balik awal sebab aku nampak macam tak sihat tapi aku teruskan jugak kerja sampai 8-30 pm. Manja jugak badan aku nih rupanya.
Sampai kat rumah, buat excercise sesikit, nak kasi badan berpeluh, then keluar cari dinner. Lepas makan TylenolPM, terus aku tidur aje lah walaupun baru pukul 10-30 pm. Kena tidur awal sebab esok kena bangun pagi nak kerja kat apartment MamatGQ. Mintak-mintak janganlah melarat demam aku nih.