Harinih kira macam produktif lah sikit, compared dengan semalam. Bangun pagi, aku tak tidur dah, aku buat excercise sikit. Nak pergi jogging aku malas, so aku menari kat bilik aje lah. Aku pasang lagu-lagu rancak, pas tuh aku menari ikut rentak lagu. Lagu-lagu gitulah, lagu Hung Up (Madonna), Lay All Your Love (dari filem MammaMia!), Boys Of Summer (Don Henley/Eagles), lagu-lagu yang ada kat playlist aku. Ada dalam sejam aku terloncat-loncat macam kera, berpeluh jugak jadinya.
Then aku pergi buat laundry, 3 minggu dah rasanya tak buat laundry, tak kisah, aku banyak pakaian. Sementara tunggu pakaian siap, aku breakfast kat cafe Mexican tuh, makan omelette sama home fries. Then pergi potong rambut. Potong betul-betul pendek kali ini, pendek kat tepi. Nampak macam muda sikit rasanya bila rambut pendek nih, walaupun rambut aku memang sentiasa pendek. Semalam, MamatGQ ingatkan aku baru potong rambut sedangkan aku baru nak potong lagi. Sependek itu rambut aku.
Masa aku balik dari laundry, aku nampak ada orang UPS kat depan rumah sewa aku. Barang siapalah dalam kotak besar tuh, kata aku dalam hati. Tak kan aku yang punya, sebab besar sangat kotak tuh. Bila aku tanya, dia kata barang tuh aku yang punya. "That's me", kata aku. Sapa pulak yang kasi aku tv nih, kata aku dalam hati. Zaman 60an ker kasi hadiah tv nih, kata aku dalam hati lagi.
Aku tengok kat kotak tuh, nama pengirim dia nama Melayu, orang yang aku tak kenal, alamatnya kat UPS di Texas. Aik, orang kerja UPS ker? Sapa pulak peminat aku yang kat Texas nih, setahu aku adalah dua tiga orang yang duduk kat Texas yang baca blog nih, tapi aku tak pernah sembang dengan diaorang pun. Dulu adalah beremail-emailan dengan satu orang nih, tapi dia tuh dah balik Malaysia kot?
Tapi, bila aku bukak kotak tuh, bukan tv, tapi kuih muih. Ada kerepek, tempeyek (yang dah hancur), dan kuih-kuih lain. Ada dodol jugak. Sikitnya dodol nih, kata aku dalam hati. Then bila aku korek-korek lagi kotak yang berisi gabus tuh, barulah ada kad raya.
Tengahari, aku dah tak tahu apa nak buat, hampir aku terpergi cuci muka tapi nasib baik lah aku jadi termalas gitu aje. Iyalah, baru lepas potong rambut, semangat nak kasi macam rasa lawa jer tuh semakin naik kan? Aku buat facial sendiri aje lah, aku cuci muka sendiri aje, aku adalah dua tiga pencuci muka yang jarang sangat aku guna. Habis aku tarah, bulu hidung pun aku potong, bulu kote jer tak cukur ekekekke.
Tapi, cuci muka sendiri nih tak best, tak terasa "macam lawa" nya lah. Cuci muka kat salon lagi best, baru ada that perasaan macam lawa jer tuh. Tengoklah seseminggu dua nih, aku dah lama tak pergi salon lah.
-------------------
Masa kat Secret Garden tadi, aku terralit tengok this one Mat Salleh yang macam resah aje sebab awek yang dia tunggu-tunggu, tak datang. Aku lama dah perasannya yang Mat Salleh nih nak mengorat this one Chinese yang ada anak kecik. Setiap petang, dalam pukul 3 setengah tuh, dia akan tunggu kat bench tuh, pakai smart aje. Kalau perempuan Cina tuh ada, bukan main lagi lah mamat nih melayan anak kecik perempuan tuh. Gayanya Cina tuh tak reti English sangat, sebab banyak senyum-senyum aje. Memang itu aje lah yang aku tengok setiap petang kalau aku ada di Secret Garden tuh.
David balik lambat hari nih so Hal suruh aku keluar belikan dia dinner. The moment aku keluar aje, hujan pun turun, terpaksa balik semula ambik payung. Dekat pukul 7, David talipun, suruh aku datang ke subway station sebab dia tak ada payung. Kelam kabut gitu lah diaorang tuh, nak siap cepat-cepat sebab pukul 8 nak tengok tv, nak tengok Ugly Betty. Macam budak kecik perangai diaorang nih kadang tuh.