"Wow, lawa nya sweater kau!", aku kata gitu the moment aku masuk apartment MamatGQ. Dia tengah bersiap nak pergi kerja. Rasanya itu kali pertama aku commented pasal pakaian dia. Memang lawa pun, colorful gitu.
"Lawa ker Joe? Aku tengah fikir nak pakai yang ini ker yang satu lagi nih. Since kau kata yang ini lawa, aku nak pakai yang ini lah. Thanks, aku nak kan compliment lah Joe, tambah-tambah masa macam ni sekarang ni", kata MamatGQ. Pasal pulak nih, ada berita tak bagus ker, kata aku dalam hati.
"So, macamana harijadi kau Joe? I thought about you", kata dia masa aku dah duduk kat sofa.
"Thanks. Biasa aje", malas lah aku cerita apa yang aku buat on my birthday ituhari.
"Ala, tak kan tak nak cerita kat aku? Kau ni Joe", kata MamatGQ.
So aku ceritalah apa yang aku buat last Friday. Aku tipu sikit, aku kata, lunch, movie, dinner and parade. Sedangkan aku pergi masjid, lunch dan parade aje kan?
"Wow, kau tentunya keletihan", kata dia.
"Aku sampai rumah pukul satu lebih malam tuh, esoknya kena kerja awal pagi pulak", aku kata gitu.
"Eh Joe, kau ambik ni, sweater nih mengecut lepas hantar dry cleaner. Aku pakai, dah tak muat. Kau ambik lah, sweater nih aku suka, material dia of best quality. Aku tak nak kasi kat orang lain, aku nak kasi kat kau", kata MamatGQ sambil hulur kat aku satu sweater kaler purple.
"Thanks, lawa sweater nih", aku kata gitu sambil tengok cap dia. "Made of extra fine merino wool", tulis kat tengkuk sweater tuh. Wow, kata aku dalam hati. Aku, walaupun tak tau sangat pasal benda-benda gi nih tapi aku dapatlah bezakan jugak antara pakaian mahal dengan pakaian biasa. Memang lawa dan berkualiti sweater tuh.
"Awal kau hari nih? Pasal kau tak ke gym, atau yoga?", aku tanya dia. Nak kata dia nak cepat, tak ada macam tergesa-gesa pun, dia selamba aje, siap blend blueberry juice lagi untuk kitaorang minum.
"Aku kurang tidur lah Joe sesemalam dua ni", kata MamatGQ sambil duduk kat sofa depan aku. Gaya macam dia nak cerita something nih.
'Jumaat lepas, on your birthday Joe, lepas aku fire staf-staff aku, Boss aku panggil aku masuk bilik. Dia kata, giliran aku pulak kena berhenti kerja. I lost my job, Joe", kata MamatGQ.
"That sucks, man. That sucks....", aku kata gitu.
"Ekonomi teruk sekarang, company tu rugi 15 juta, so semua staff diberhentikan kerja. Yang aku terkilannya bukan apa, aku tak sangka aku kena berhenti cepat sangat, aku baru aje join company tu bulan 5 lepas", kata MamatGQ lagi.
"Tapi, dua tiga jam lepas tuh, CEO aku suruh aku kerja sampai akhir bulan ni, on a week-to-week basis", dia kata lagi.
Dia cerita lah yang dia dulu kerja dah best, jadi Direktor Pengiklanan kat satu syarikat penerbangan, then dia berhenti kerja sebab nak join company nih.Dia beritahu aku yang dia dah mula cari kerja lain, dan CEO dia ada janji nak carikan kerja untuk dia kat overseas. Bagi aku, tak ada lah nak bimbang sangat sebab dia dapat huge compensation, lagipun dia kan ker pernah kerja best-best. Just a matter of time aje sebelum dapat kerja lain yang bagus.
"Get some time off, pergi cuti", aku kata gitu. Tak tahu dah aku nak cakap apa.
"So sekarang Joe, aku kena cut down on my expenses, I can't afford to have an assistant", kata dia sambil pandang aku.
I knew that was coming.
"Tak apa, aku faham", aku cakap gitu.
Aku tahu yang dia nak kan assistant tuh dulu pasal masa tuh dia baru kerja dengan company nih, dan dia kerja long hours. Now that dia akan diberhentikan, logiklah dia tak perlu kan assistant, kan? Yang dia kata dia tak mampu ada assistant tuh, itu tak lojik sebab dia ada banyak duit kat bank.
"Aku cadang nak kasi kau notis, dalam dua minggu gitu. Dapatlah kau cari kerja lain, gaji yang lebih besar", dia kata gitu.
"MamatGQ, aku kerja, bukan pasal duit sangat lah. Aku datang jugaklah nanti tolong-tolong kau, boleh tak?", aku tanya dia.
"Jangan Joe, jangan!", dia kata gitu.
"Pasal? Kenapa tidak?", aku tanya lagi.
"Tak fair lah untuk kau Joe", kata MamatGQ.
"Ah, aku tak peduli, aku nak datang jugak. Kau tu tak sihat", aku kata lagi.
"I'm perfectly healthy, Joe", kata dia.
"Kau ada HIV, kau bukanlah orang yang sihat", slow aje aku cakap gitu sambil pandang muka dia.
"Baik kau nih orangnya Joe. Tengoklah macamana nanti Joe, we'll work something out. Mungkin aku tetap disuruh kerja for a few more months, tapi buat masa sekarang gitulah keadannya", kata MamatGQ lagi.
"So, apa plan-plan kau sekarang?", aku tanya dia.
"Banyak plan aku ni, nak melawat orangtua aku, nak melawat adik aku yang cacat tu. Aku rasa nak ambik lesen jadi pelatih yoga lah, memang itu cita-cita aku dari dulu, nak jadi yoga instructor", kata MamatGQ lagi.
[Korang tengok, Mat Salleh ni kan, daripada kerja Chief Marketing Oficer, diaorang sanggup jadi Yoga Instructor]
"Kau ni senyap aje, kau sedih ker Joe?", tanya MamatGQ bila dia dah nak pergi kerja.
Aku senyap tuh bukan apa, aku fikir, yang kalau aku dah tak kerja kat apartment dia nanti, tak ada lah benda yang aku nak tulis kat blog aku dah. Jugak aku fikir, yang aku akan kehilangan seoarang kawan. Aku nih memang selalu gitu, kalau ada kawan yang baik, for some reasons, sure tak lama nya lah. He's such a good person, we are so different yet so similar. In so many ways. Itu yang buat aku macam terkilan, macam sedih aje tuh.
"Harap-harap kau dapat kerja lain yang lagi bagus Joe", kata MamatGQ lagi.
"Kau jangan cakap gitu, kau tak tahu yang aku kerja dengan kau ni bukannya pasal duit sangat pun", aku jawab gitu.
Dan sebab bukan pasal duit lah, itu yang aku tak ambik pun duit gaji yang diteruk atas meja untuk aku tuh. Lantaklah dia nak marah, atau nak terasa hati. So bila MamatGQ blah aje, terus lah aku buat kerja, rasa bodoh aje jadinya. Fuck, why does it have to end this way? We are so good together, dah 5 bulan aku kerja kat apartment MamatGQ, dan selama 5 bulan nih aku happy-happy aje.
Terus aku check MamatGQ punya journal, memang betul, dia disuruh berhenti kerja. Walaupun dia macam suka jugak dibuat gitu (sebab dia tak berapa berkenan kerja di bawah CEO dia tuh) tapi dia terkilan sebab segala penat lelah dia selama ini macam went down the drain aje gitu. Dia tulis jugak apa plan-plan dia, sebelum dia buat keputusan untuk kerja di tempat lain, yang dia kata, semuanya tuh for the better. Dia nak spend some time kat rumah kawan dia yang datang melawat dia masa birthday dia dulu tuh, kat Ohio. Jugak dia cadang nak ke Brazil (dia kan ker suka Minah Brazil?) untuk sesebulan dua. Jugak untuk ambik lesen jadi instructor tu lah.
Since aku macam tak ada mood aje nak kerja, dan aku pun tak berapa sihat, siap aku plan nak balik ke rumah dalam pukul 11. Sempat lagi tuh, bolehlah tidur dalam dua jam gitu. Malas lah pulak aku tidur kat apartment MamatGQ tuh aje. Aku kan, masa kerja kat situ, yang jahat aku selalu buat, itu lah, baca journal dia. Masa lain tuh aku baik gila, tak ada pun aku rileks-rileks sambil tengok tv ker apa ker. Nak makan pun aku makan sambil melepak kat dapur, berdiri gitu, tak duduk kat kerusi pun.
Aku blah dalam pukul 12, tak jadi nak balik ke rumah, instead aku ke Jackson Heights. Makan beriyani kat kedai Paki tuh sebelum ke internet cafe. Sepanjang aku dalam train, sepanjang aku makan, sepanjang aku berjalan ke internet cafe, aku asyik dok fikir aje. Bodoh jadinya aku. Sedih jadinya aku. Macam inilah life, kan?
Dapatlah dua jam aku online, tah apa-a apa aku buat pun aku tak tahu. Since aku masih ada masa, waktu sampai di Forest Hills, dan since nak ke library sure ramai orang sebab hari nih Election Day, aku masuk ke internet cafe. Hehe, dapatlah sejam lagi online, walaupun aku tak tahu nak buat apa. Daripada aku bodoh-bodoh,sedih-sedih gitu sengsorang, baik aku berbodoh dan bersedih kat depan komputer kan, tak lah obvious sangat.
Masa melepak kat park, aku sambung fikir benda-benda gitu, sampaikan terlintas kat hati aku, janganlah mood tak baik aku melarat-larat sampai masa kerja kat apartment David/Hal nanti. Aku nih kalau sedih-sedih, aku mudah naik angin.
Since David off hari ini, aku pun banyaklah rileks nya sebab Hal asyik melepak kat bilik David, tengok tv sama-sama. Aku aje yang kat dapur tengok tv sorang-sorang, tengok Cash Cab. Tapi fikiran aku jauh melayang tah ke mana.
Ternaik angin jugak aku kat Hal masa kat bilik air, masa aku tolong dia gosok gigi, cuci muka. Dia kata ada habuk kat botol Listerine, sedangkan tak ada apa-apa pun. Aku pun apa lagi lah, sesambil basuh botol tuh, aku basuh lah jugak dia. Aku kata yang dia kena start percaya kat orang. Aku kata, dah 8 bulan aku kerja, benda-benda gitu memang annoying sungguh. Masa tuh aku dah tak peduli kalau David dengar, geram sangat aku kat Hal tuh. Sampaikan dia tak dapat nak bersuara. Dia nak cuba bukak mulut aje, terus aku sambung balik marah kat dia.
Lepas pada tuh, masa menyiapkan dia kat katil, aku buat kerja tak pandang pun muka dia. Aku buat serious aje, macam dia tuh anak patung aje aku kerja kan.
Balik kerja, aku rasa macam lega sikit. Dapat another parcel/card.