Wednesday, October 17, 2012

Jumaat24102008


Aku beritahu MamatGQ yang minggu depan aku nak datang kerja hari Isnin sama Khamis sebab Friday tuh aku nak cuti. Dia memang tak nak aku datang kerja on my day off. Dia setuju aje, beberapa kali dia tanya aku, apa plan aku untuk Friday tuh.

Aku tak ada plan apa pun sebenarnya walaupun aku macam teruja sangat nak ke West Haven, Connecticut, nak ke Warong Selera, one of a few Malay-owned restaurants kat Conn tuh. Aku baru terjumpa kat online, blog satu Melayu nih yang duduk kat West Haven, terralit aku baca blog dia, banyak info pasal Melayu yang kat sana. Ada lebih kurang 20 keluarga Melayu, kebanyakannya yang dah menetap dan jadi penduduk America. Siap ada kedai daging halal lagi, selain daripada restoran, kat New Haven tuh.

Tapi itulah, restoran tuh bukak pukul 2 kalau hari Jumaat, payah lah sikit aku nak pergi kot. Tengoklah macamana nanti, kalau tak minggu depan, mungkin masa-masa lain yang akan datang, aku nak ke sana lah, nak cari Melayu-Melayu yang suka merantau nih.

Cadangan lagi satu, aku nak pergi Halloween Parade, kat West Village. Ituhari, David berkali-kali nasihat kat aku, jangan pergi, sebab parade tuh is just too big now, penuh dengan drunken and rowdy people.

"That's the kind of parade I want to go to, the wilder the better", aku kata gitu kat Dav*d.

"He's been all over the world, what is that to him, Hal", kata David kat Hal.

Tak dapat jugak aku blah awal harinih walaupun aku cadangnya nak kerja cepat-cepat the moment MamatGQ pergi kerja. Apa tah bodohnya aku tadi, aku masukkan liquid soap kat dalam dish washer, apa lagi lah kan, melimpah ruah lah buih sabun. Banjir apartment MamatGQ jadinya, dalam kelam kabut aku nak keringkan air/buih, lintang pukanglah benda lain jadinya. Aku bentangkan selimut tebal MamatGQ aje lah akhirnya, sebab selimut tuh memang nak dilaundrykan pun. Kalau MamatGQ tahu, mampos dia akan bengang kat aku kot. Pasal selimut tu lah. So, dekat sejam lah aku rugi masa kat situ, bukan senang nak buang buih ni kan? Makin disiram, makin banyak buih. Tensen betul aku jadinya.

Lagi satu hal, MamatGQ suruh aku tukar blanket/duvet/ dan macam-macam lagi lah benda yang membalut tilam dia tuh. Orang kaya kan, tilam tuh sampai lima enam alas nya. Since sekarang dah sejuk, dia suruh aku pasangkan a few cadars and duvets etc, yang aku akhirnya macam confused sebab tak tahu mana satu yang kena dipasang dulu. Ada yang ada butang pulak tuh. Maknanya, kena disarungkan ke tilam. Tapi, tak kan macam tuh kot? Last-last aku pasang aje lah ikut sedap rasa aku, yang aku rasa tak berapa sedap. Ada salahnya, tapi aku tak tahu apa dia. Lantaklah, kata aku dalam hati.

Bergegas aku ke Jackson Heights untuk Jumaat, lepas tuh singgah kejap kat restoran Paki, makan beriyani kambing. Habis sepinggan aku makan, jarang sangat aku makan habis gitu. Baguslah kalau macam nih, boleh jadi gemuk nanti kalau gini gayanya aku makan setiap hari. Sampai Forest Hills dekat 3-30 pm, sempatlah setengah jam kat internet cafe, selebihnya lepak kat park.

David balik lambat lagi harinih sebab dia keluar dinner dengan member dia lepas diaorang habis kerja. So aku tak jumpa David lah harinih. Aku sama Hal aje lah kat apartment. Aku sound jugak kat Hal tadi sebab dia sibuk-sibuk suruh pilih dan sediakan pakaian untuk dipakai esok. "Why are you making your life difficult, Hal? That can be done tomorrow", aku kata gitu. Tersenyaplah Hal. Kalau dia menjawab, nak aku maki kan kat dia tuh.

On the way ke Duanne Reade sebab nak beli gloves, aku ternampak this one perempuan yang gaya pakai tudung tuh macam style Melayu. Baru keluar dari subway, sesambil mengetip Blackberry dia.Masa tunggu traffic light, aku perati betul-betul awek tuh, sah lah ini orang Melayu. So, masa nak melintas jalan, aku tegur dia, "Are you Indonesian?". Dia geleng kepala.

"Malaysian, then?", aku tanya lagi. Dia angguk. "Dulu saya pernah jumpa Melayu kat sini (Forest Hills), dia kata kat sini ada a few Malay families kan?", aku tanya lagi.

"Melayu ker?", dia tanya aku. Aku angguk. "Duduk sini ker?", aku agak memang dia duduk kat area Forest Hills ni lah jugak sebab perempuan yang aku jumpa dulu tuh (ala, yang ke hulu ke hilir bawak beg Tourism Malaysia dulu tuh, yang macam nak lari jer masa bercakap dengan aku, especially bila dia tahu aku nih illegal) kata memang ada orang Melayu, orang gomen yang duduk kat sini.

"Kawasan orang kaya tuh", aku kata gitu bila awek tu angguk. Aku agak aje itu kawasan orang kaya sedangkan aku tak tahu pun awek tuh duduk kat area mana sebeanrnya. Dia tengah nak tunggu bas, cuma bas tuh melalui kawasan orang-orang kaya, yang banyak banglo besar sebijik-sebijik. Aku tak rasa Melayu yang geng-geng kerja Tourism, kerja Consulate, semua tuh, duduk kat banglo. Kalau aku jadi diaorang, sure aku duduk Manhattan, kat mana-mana condo lah, as long as kat Manhattan. Apa ker jadah nak duduk Queens kan? Unless orang tuh tak berapa kaya sangat.

"Ala, kerja gomen jer, kerja Consulate", kata awek tuh, yang aku rasa belum kawin lagi kot. Nampak macam muda aje lagi, dia maksyuk sangat dengan Blackberry tu pun menampakkan kemudaan dia. Orang dah kawin, dah berkeluarga, lain cara diaorang guna Blackberry. Tak ketar kepala sangat.

"Kerja sini ker?", awek tu tanya aku.

"Ha ah. Dulu ada saya jumpa Melayu, tapi.....", aku termalas nak sambung ayat sebab takut termengata orang. Sure awek tuh kenal dengan orang yang aku hampir terkutuk tuh.

"Tapi, apa pasal?", awek tu tanya aku.

"Oklah, I have to go, tengah kerja nih sebenarnya", aku mintak diri.

Aku ke deli sekejap, nak beli sandwich, lapar pulak perut aku. Nak makan sandwich tuh sambil berjalan balik ke apartment Hal.

"We might meet again one day, kalau tak kat sini, kat Consulate", aku kata kat awek tuh, dia tengah beratur tunggu bas.