Tak lah awal sangat aku keluar hari nih, dalam pukul 10 lebih gitu. Lama dah tak keluar jalan-jalan kat Manhattan pepagi, so aku decided nak merempit.
Turun kat 34th Street, jalan arah ke Times Square, tersinggah kejap kat Macy's, tak ada lah lama sangat pun sebab aku tak rasa aku ada cukup duit kat pockets untuk shopping kat situ. Iyalah kan, orang kaya aje yang shopping kat Macy's, aku bukan orang kaya.
So aku jalan lagi, then ternampak satu building yang macam warehouse pakaian, aku tengok kat display, pakaian yang harganya lima ratus lebih, dijual dalam seratus dollar aje. Terus aku teruja, aku masuk, kat tingkat 7 building tuh. Ya ampun, apa pasal baru sekarang aku terjumpa kedai macam tuh, yang jual branded items at wholesale prices? Murah gila harga pakaian kat situ. Errr, murah ker? Murahlah kalau suggested retail price dia dalam lima ratus lebih,tapi dijual dalam seratus aje gitu.
Lawa-lawa pakaiannya, most of them pakaian perbuatan Italy, dan aku tengok pun, baju-baju dia semuanya yang unik-unik, pakaian yang orang macam MamatGQ selalu pakai. Cuma satu aje yang tak best nya sebab tak banyak pakaian saiz M, yang ada pun semuanya harga yang lebih dari seratus. Semua yang aku berkenan, semuanya tak ada saiz aku. Itu yang buat aku tensen tuh. Kasut pun lawa-lawa, jacket apa tah lagi. Dari satu department ke satu department aku pergi, belek sana sini, dalam hati aku kata, yesss, aku dah jumpa tempat yang jual pakaian yang best-best, yang murah.
Since aku nak pergi kerja, aku kuatkan iman aku daripada beli apa-apa. Tak best lah sebab H*l sure nak tahu apa dalam beg aku, kalau aku beli pakaian kat kedai tuh. So aku blah dengan tangan kosong aje lah. Tak jauh dari kedai tuh, ternampak pulak kedai jual beg. Pun murah jugak! Terus mata aku terpandang kat satu messenger bag yang lawa nih, ada tulis Kenneth Cole kat bag tuh. SRP dia $499, tapi harga yang dijual cuma $99. $99 aje tau dak? Ya ampun, janganlah di suatu masa yang terdekat nih, aku terbeli bag tuh. Sebab aku dah terbayang yang beg tuh macam sesuai dengan aku, macam direka khas untuk aku.
Aku teruskan perjalanan aku, aku macam rasa happy aje, macam tersenyum aje sepanjang jalan. Walaupun aku tak beli apa-apa tapi aku tahu yang aku akan datang lagi ke situ. Itu agaknya yang buat aku rasa macam happy jer tuh. Tengoklah weekend nih nanti.......