Wednesday, October 17, 2012

Isnin13102008


Hari ni cuti kat US, Columbus Day. Aku cadang nak ke Fifth Avenue nak tengok parade tapi bila bangun pagi, aku asyik terbersin aje kerjanya. Bersembur-sembur hingus keluar masa terbersin tuh, so aku makan ubat, then tidur aje lah sampai Zohor. Aku kena make sure yang masa kerja nanti aku sihat, tak terbersin/terbatuk, sebab diaorang tuh, Hal especially, paranoid sangat kalau aku nampak macam tak sihat aje. Kalau dia terbersin tuh tak apa pulak. Kalau aku, disuruhnya basuh tangan betul-betul, every time aku terbersin. 

Nasib baik lah by the time aku nak pergi kerja, aku dah ok. Tak ada cerita apa pun hari nih sebenarnya Dear Diary, tunggu esoklah kot kalau-kalau ada cerita best sebab esok aku ke apartment MamatGQ di sebelah pagi.