Dear Diary,
tak jadi lah aku nak ke Boston, aku tak berapa sihat nih. Sejak semalam lagi. Nak lepak aje lah kat rumah seharian, kalau lapar nanti, keluar pergi 7-Eleven aje lah. Itu aje lah tempat yang bukak, lain-lainnya semua tutup hari nih. Even MacDonald's pun tutup Krismas nih. Memang kampung sangat kan?
Nak buat apa pun tak tahu nih, melepak aje lah kot. Nak tidur? Semalam dah puas dah tidur. Sebelum balik kerja semalam tuh, aku minum setengah botol ubat batuk so lena lah tidurnya. Terjaga sekejap lepas tuh, lepak-lepak sambil dengar lagu. Then sambung tidur semula.
Oklah Dear Diary, kang aku update lagi apa-apa yang patut, aku free seharian nih.
Dear Diary,
pelik aku puak-puak Cina nih tau! Diaorang nih, kalau bercakap tuh bukan main bising nya lagi. Riuh rendah. Tah apa-apa. Bapak Sonny, bapak sedara dia, Mr Wong, diaorang tuh asyik lah sembang sepanjang masa, suara masing-masing sampai kat hujung blok boleh dengar. Aku nak tidur pun tak aman jadinya.
Itu ajelah aktiviti aku harinih, tidur, tidur dan tidur. Kepala aku pening, aku batuk-batuk, so aku telan apa-apa ubat yang aku ada, then tidur. Terasa lama pulak hari off aku harinih. Mungkin sebab semuanya ada di rumah agaknya, kalau aku sorang-sorang macam hari off yang biasa tuh, tak lah rasa masa tuh lama sangat kot. Ini, semuanya ada di sini, diaorang tengok tv, aku tidur.
Aktiviti lain yang aku buat, pergi 7-Eleven, dan pergi buat laundry. Itu aje. Perut aku kembung nih rasanya sebab masuk angin, kena masak ramen mee lah kejap lagi kot. Tak pun makan biskut aje lah.
Dear Diary,
tadi Syed talipun aku. Dia ajak aku turun New York. Sebenarnya dua tiga hari lepas aku ada talipun dia, ingatkan dia masih kerja di restoran Cina di Keene, New Hampshire tuh. Tapi rupanya dia dah lama jugak dah berhentinya, sempat kerja 6 hari aje kat sana. Last aku called dia, masa Thanksgiving Day dulu.
Masa aku talipun dia dulu tuh, bila dengar cerita dia yang dia suka kerja kat situ, aku jadi macam bersemangat jugak. Aku termalu jugak dengan diri aku sendiri sebab Syed yang tak tahu menahu, yang tak ada pengalaman kerja restoran Cina pun boleh kuat semangat nak cuba, tak kan aku tak boleh, kan?
Sampaikan aku kata kat diri aku sendiri, kalau Syed boleh bertahan kerja di situ, sure aku boleh jugak bertahan lama kerja di restoran Sonny nih. Tapi rupanya Syed punya style memang gitu. Ingat dak masa aku talipun dia masa dia di New York ituhari. Dia kata, "Aku dah ok Joe, aku bagus dah" Tup tup dua tiga hari lepas tuh, dia berhenti kerja. So dia punya "bagus dan ok" tuh tak lah "sebagus dan seok" mana pun rupanya.
Dia kerja sebagai waiter, dapatlah USD 600 dalam masa 6 hari tuh. Kira ok lah tuh. Sekarang dia di Washington DC, kat rumah kakak dia. Aku tak tahu pun dia ada kakak kat DC, dulu memang selalu dia mention pasal nak duduk di DC aje.
Aku jadi macam malas nak layan sangatlah dia so aku kata lah yang aku akan tetap kerja di New Hampshire nih.