Dear Diary,
biasanya kan, balik kerja aje, aku akan terus on kan laptop aku. Check itu ini, apa-apa yang patut. Lepas tuh baru aku mandi. Pagi pun sama, bangun aje tidur, aku sentuh laptop dulu, yang sentiasa on, yang sentiasa di sisi bantal aku.
Dear Diary,
sejak aku sibuk ituhari sampaikan aku tak ada masa nak tulis panjang-panjang entries aku (macam selalu tuh), aku rasa macam malas dah nak sambung tulis blog nih. Rasa macam dah tak ada apa nak ditulis. Rasa macam tiba masanya aku tak nak share apa-apa cerita aku dengan orang. Rasa macam dah sampai masanya orang tak payah tahu pasal aku. Rasa macam sesiapa yang keep coming back ke blog nih macam menyibuk aje. "Apa yang diaorang nak tahu sangat pasal aku nih? Kalau diaorang tuh kawan aku, itu lain cerita lah kan? Ini, even orang yang tak pernah tegur aku, apatah lagi orang yang pernah kutuk aku secara terang-terangan dan secara besar-besaran pun datang menyelinap kat sini senyap-senyap, sure ada something about me yang buat orang nak tau kot.
Dear Diary,
malas lah aku elaborate, tulis panjang-panjang, kang ada orang kata aku terperasan ker apa ker. Apa yang aku nak cuba sampaikan nih Dear Diary, aku dah tak nak kisah sangatlah sapa-sapa yang nak datang blog nih, sapa-sapa nak baca, sapa-sapa yang nak mengekor pergerakan aku.
Dear Diary,
dan sebab aku tak nak blog nih terbengkalai gitu aje, walaupun semenjak dua menjak nih aku tak ada masa sangat nak tulis panjang-panjang, aku kuatkan semangat dengan cuba-cuba tulis pendek-pendek. Macam blog orang-orang lain. Aku tulis hari-hari. Aku tulis benda-benda bodoh aje, kadang tergantung-gantung benda yang aku tulis. Tak ada kesinambungan. "Dah tak syoklah baca entry kau Joe, pendek-pendek, macam tergantung gitu. Tulis panjang-panjang macam biasa lah", tak ada kerja lain ker diaorang nih sampai bersusah payah nak email aku. As if aku layan sangat email dari orang yang aku tak kenal, kan?
Dear Diary,
balik kerja, atau bangun pagi, aku cuba tulis apa-apa yang patut. Kalau boleh aku nak jadikan itu routine kehidupan aku. "Apa-apa pun, have a hobby", sapa lah yang cakap gitu dulu tuh. Someone famous. Keadaan aku yang gini tak membenarkan aku ada hobby, so apa kata aku tulis blog sebagai satu hobby? Cantik gak tuh kan? Bukan saja satu hobby tapi dari tulisan aku nih, aku boleh cuba-cuba mengenali diri aku sendiri. As if selama ini, selepas bertahun-tahun memblog aku masih belum kenal diri aku sendiri kan?
So itu lah cerita nya, Dear Diary. Aku ada banyak benda yang nak ditulis. Kalau aku ada masa. Aku ada banyak benda yang nak ditulis, kalau aku nak tulis.
By the way Dear Diary, kalau sesiapa yang nak tau pasal awek yang aku jumpa semalam tuh, baca lah archive tag nih.
-------------------------
"Tapi kan Joe, sekarang kau dah tak sibuk dah kan?"
Entah lah, buat masa ini, life aku mundane sangat, nak tulis panjang-panjang pun malas rasanya. Walaupun ada jugak benda-benda yang menarik, hasil dari observation aku. Kalau aku di zaman dulu-dulu masa zaman rajin update blog, sure banyak benda yang aku dah tulis nih.
Tapi, sekarang nih rasanya time aku tak nak ceritakan dengan detail sangatlah. Sekarang nih aku lebih kepada nak bersendiri-sendiri, tak nak sangat lah macam dulu-dulu tuh, semuanya nak cerita kat orang, kan? As if ada orang nak baca sangat pun kan?
Aku rasa, dengan aku bersendiri-sendiri gini nih, baik untuk kesihatan aku kot. Aku tak payah nak mengharapkan orang sesangat, as if ramai lah sangat orang yang aku boleh harapkan selama ini kan, Dear Diary, kan?
Eh Dear Diary,
apa pasal banyak sangat as if-as if aku nih? As if ada benda yang tak kena aje jer kan? Ha, tuh sebutir lagi as if.
Tak ada apa lah sebenarnya Dear Diary. Takut gak aku nanti ada yang terasa hati, atau ada yang kata aku sentapz ker apa ker. Tak ada apa pun. Saja jer aku nak cuba-cuba bersendiri-sendiri macam dulu-dulu tuh. Aku tak nak "ramah" sangat lah dengan orang, aku tak nak berpeleseran sangatlah. Macamana pun, aku akan tetap ikut perkembangan kawan-kawan aku. Dan aku akan peratikan dari jauh aje lah.
So Dear Diary, buat masa ini, biarlah aku tulis style gini, yang lama kelamaan aku rasa, kau saja lah tempat aku nak mengadu hal. Even kalau aku ada cerita menarik nanti, contohnya katalah aku terberhenti kerja then aku terbalik ke New York semula, itu pun aku tak nak cerita beria-ia sangat kot. Nak buat selamba aje. Aku tak nak lah nampak sangat yang aku macam terperasan yang kononnya orang nak tahu sangat pasal aku kan?
Oh yer Dear Diary,
Dua tiga hari lepas ada gak aku terfikir yang aku nih dah macam salah jalan sikit lah Dear Diary. Iyalah, tiap hari aku, without fail, akan update blog. Aku insaf. Mulai sekarang, aku nak baca Yassin ker, baca Quran ker dulu lah. Lepas tuh baru buat update.
[Eh Dear Diary, aku baca Yassin kat internet, sambil meniarap, tak apa kan? Iyalah, aku guna laptop, my only spot pun kat katil aje. Lagipun, aku tak nak diaorang nampak sebab ituhari Sonny ada beritahu aku, jangan let anybody tahu yang aku nih Islam. Dia siap kata, "It's ok you are a Muslim". Terasa gak hati aku masa dia cakap gitu tuh tapi diaorang Cina nih mana lah faham benda-benda ugama gini kan? So aku tak nak lah diaorang syak apa-apa pulak kalau nampak tulisan Jawi kat kaptop aku kan?]
Eh Dear Diary,
tah apa-apa lah aku mengarut dah nih, aku tak pun plan nak tulis panjang gini pun sebab cadangnya nanti hari off aku, aku nak tulis satu entry yang maha panjang.
Apa-apa pun Dear Diary, sesiapa yang baca blog aku nih, you should be thankful lah kan sebab your life tak lah seteruk mine. Having said that tak lah bermakna aku nih tak thankful. I'm so thankful. I'm so blessed sebenarnya.