Tuesday, October 9, 2012

Sense And Sensitivity (2)


Besoknya bagai nak rak aku menceritakan pada Sonny pasal Katon. Memang jahat aku nih. Sonny terkejut jugak bila dapat tahu yang Katon nak berhenti kerja awal December. Dia kata yang dia memang dah agak Katon tak akan lama kerjanya sebab di restoran sepupu dia yang di Virginia tuh, Katon pun kerja sekejap aje. 

Tapi memang bagus Sonny tuh sebab dia kata dia tak ada pun contact sepupu dia tanya apa pasal Katon berhenti kerja dari restoran tuh. Dan dia cuma harap yang Katon akan terus kerja at least sampai New Year. 

Sonny suruh aku pujuk dan buat baik dengan Katon, so that Katon akan terus stay kerja di restoran Sonny tuh. Aku ok kan aje sebab memang itu pun plan aku, nak berbaik dengan Katon so that dia tak ada lah kutuk aku lagi. So that aku pun akan tenang hati kerja di situ. So that aku boleh lah kerja lama sikit kat New Hampshire nih. 

Walaupun aku rasa macam tersedap aje mencucuk tapi tak adalah aku lebih-lebih sangat pun. Laju aje aku memberikan liputan pasal Katon. Aku takat cucuk sikit-sikit ajelah. Aku berbelah bagi samada nak cerita pasal Katon yang selalu mengutuk bini Sonny tapi tak sampai hati lah pulak aku nak kasi tau Sonny. Memang kalau aku cerita part-part yang Katon tak suka pasal bini Sonny yang kalau-tak-reti-kerja-tak-reti-Englsih-sepatah-haram-tuh-patutnya-janganlah-nak-ke sana sini-buat-buat-macam-pandai-sedangkan-itu-semua-menyusahkan-kitaorang-yang-kerja-aje, memang sure Katon kena buang kerja hari tuh jugak rasanya. Tapi kejahatan aku tak lah sampai ke situ, aku tak ceritakan semuanya tuh kat Sonny. Aku cuma cerita yang aku tak suka kat Katon tuh sebab sejak dia masuk kerja, aku jadi tensen, serba serbi yang aku buat semuanya tak kena. So, might as well aku berhenti kerja aje kan kalaulah begitu keadaannya? *Mamposlah statement ala-ala mencucuk jarum acupuncture*

"What do you want me to do? Kick him out?", Sonny tanya aku. 

"Hell no!", aku berDQ. Tak nak lah aku Katon dibuang kerja, aku akan jadi tak syok nanti sebab gara-gara aku, dia dibuang kerja, kan?

"Don't worry about me, I'm a very easy person, I can go anytime. Not a problem. Not at all", aku kata gitu. Sambil gelak-gelak, sambil tepuk-tepuk bahu Sonny.

Aku dengar aje lah Sonny cerita yang dia memang tak berkenan dengan Katon tuh sangat, sebab tuh dia tak pernah bercakap pun dengan Katon. 

"I like you better. Much better", Sonny kata gitu. Dia yang kata, bukan aku yang buat-buat cerita. Aku tak lah rasa bangga sangat pun. Sebab aku dah agak dah yang dia suka kat aku. (itu yang buat aku macam tak boleh terima hakikat bila Katon kata aku nih tak bagus)

-----------------------------------

Minggu Thanksgiving tuh, Syed selalu talipun aku. Aku ada talipun dia a few days sebelum nya tuh. Masa tuh dia dah dua minggu tak kerja so aku katalah yang apa-apa hal, call aku aje. Rupanya Syed nak suruh aku directkan dia ke tempat agent kerja di Chinatown sebab dia nak cari kerja melalui agent ajelah. Aku pelik jugak, apa pasal dia nak kerja macam aku buat nih sedangkan dia tuh American citizen, ada SS, ada papers bagai. Sure boleh senang-senang cari kerja yang gajinya bagus. Mungkin dia desperate kot, atau mungkin dia nak duit cash, tak payah bayar tax. 

So aku tunjukkan dia macamana caranya nak ke tempat MakCik Jenny, Mei-Mei semuanya tuh. Dan malam tuh, masa aku talipun dia, rupanya Syed dah on the way ke New Hampshire nih jugak. Kerja sebagai waiter kat Chinese restaurant, lebihkurang 86 miles from Concord nih. Aku macam tak percaya aje yang Syed sanggup datang jauh-jauh ke New Hampshire, kerja kedai Cina pulak kan? Aku jadi macam terkesian kat dia sebab dia pun dah jadi macam aku. Bukan macam aku sekarang, tapi macam aku masa mula-mula kerja restoran dulu tuh. Tak tahu apa-apa.

Macamana pun aku wish him luck. Dan aku macam terhappy sikit bila tahu yang Syed pun ada di New Hampshire, walaupun aku tahu yang kitaorang tak mungkin boleh jumpa. Masalah transport, dan kitaorang masing-masing kerja 12 jam sehari, 6 hari seminggu. 

------------------------------------

Kat restoran Cina biasanya kalau minggu Thanksgiving dan Krismas, semua pekerja dicutikan serentak. Hari Thanksgiving dan Krismas tuh. Biasanya gitu lah. Sebab tokay-tokay biasanya tak nak rugi. So aku konfiden sangatlah yang di minggu Thanksgiving tuh yang kitaorang akan off semuanya Khamis tuh. Maknanya aku tak off hari Selasa, instead hari Khamis tuh. Dan orang lain pun gitu. So bila Katon kata dia off Monday, aku tak percaya. Later that night, masa restoran dah nak tutup, Sonny beritahu aku yang Katon disuruh off Isnin, dan aku tetaplah offnya Tuesday.

So aku tanya dia, aku pelik lah kan, sebab minggu tuh akan ada dua hari off masing-masing tuh. Memang aku happy sangat. Sonny rupanya tak tahu pun (sebab dia nih baru bulan 6 lepas mula buat business restoran nih) so dia kata lah dia tak sure macamana caranya, so dia terus aje ke dapur sebab nak tanya Mr Wong, cousin dia tuh.

Masa Sonny ke dapur tuh, bertubi-tubi Katon marah aku sebab aku beritahu Sonny. Langsung aku tak sempat jawab apa pun, dia marah sebab aku macam bodoh aje beritahu Sonny. Dia bimbang kalau-kalau off kitaorang tuh ditarik balik. Sentapz gila aku jadinya bila Katon mengamuk marah, so bila Sonny ke depan semula, terus aku beritahu Sonny yang "Look, now he's mad at me".Macam budak-budak aje suka mengadu, aku nih kan?

Then Sonny explain yang memang minggu Thanksgiving tuh kitaorang ada dua hari off, dan seminggu sebelum Krismas, semua orang tak ada off, sebab masa tuh sibuk. Dan yang buat aku geramnya, bila aku komplen kat Sonny, kata dia marah aku, Katon bermuka-muka pulak. Dengan senyum sinis dia, dia kata yang dia cuma nak explain kat aku yang blur nih. Nampak sangat dia bermuka-muka. 

Thanksgiving Day kitaorang semua off, punyalah bosan sebab semua kedai tutup. Nasib baik 7-Eleven ada. Tak buat apa pun the whole day tuh, masing-masing lepak depan laptop. Kat bilik tuh, kitaorang bertiga (aku, Mr Wong dan Katon) itu ajelah kerjanya, mengadap laptop aje setiap masa free.

Masing-masing tidur awal sebab esoknya Black Friday, sibuk sebab banyak sales dan restoran pun dibuka awal, 6 pagi. 

Tapi aku tak boleh tidur lah pulak malam tuh sebab siangnya aku telan dua cans Playboy (Energy Drink). Minuman tuh kira macam baru keluar di pasaran, ramai budak-budak muda yang tergila-gila minum.Aku sekarang nih gila minum Playboy pulak semenjak dua menjak nih, ituhari beli satu slab air tuh dari supplier yang hantar minuman ke restoran. So setiap pagi aku minum air tuh, jauh lah lebih sedap dari Red Bull. Mula-mula minum dulu selalu jugak aku kena ransangan, macam ada tindakbalas gitu. Sekarang nih tak ada dah, dah biasa aje.

Kalau dulu, malam-malam sure aku akan terjaga dari tidur. Tergersang gitu jadinya. Tapi aku, kalau gersang pun apa yang boleh aku buat, kan? Takat pegang-pegang kote aje lah kan?