Tuesday, October 9, 2012

New York Yang Damai


Aku sorang aje penumpang van sapu tuh, at least sepanjang perjalanan ke Boston. Sempatlah online dalam sesejam, hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan, so tak lah laju sangat driver tuh memecut. Pelik aku, selalu sangat kalau aku ke mana-mana, sure masa itu lah hujan turun, snow lah, macam-macam lagi. Aku perasan sangat tuh. 

Dekat Boston, ada dua orang penumpang naik, dua-duanya perempuan, dua-duanya baru berhenti kerja kat satu Chinese restaurant nih. So diaorang nak turun New York nak cari kerja. 

Aku tertidur sekejap, sedar-sedar dah sampai New Haven, Connecticut. Berhenti sekejap di rest area, kalaulah bukan awal pagi, sure dah aku turun aje di New Haven tuh sebab dengar ceritanya di Connecticut nih ramai geng-geng "Melayu yang sengaja cari penyakit", macam aku nih. 

Aku dah tak tidur dah lepas tuh sebab bila nampak aje signboards New York, aku rasa macam excited gitu. Sabar jer lah kan, baru dua bulan aku tinggalkan New York, dah ada perasaan gitu. Dalam pukul 4 pagi kitaorang sampai di Chinatown, memang masa tuh lengang lagi tak ramai orang walaupun banyak kedai yang dah dibukak. Sepanjang aku jalan ke subway station tuh, aku rasa macam happy dan bersemangat aje. Iyalah kan, aku cuti, kat New York pulak kan? Dan I'm fully employed. Cuti dari kerja. So perasaan happy tuh ada, compared to masa-masa lepas, aku tak rasa happy walaupun di New York. Sebab masa tuh aku tak bekerja , kan? 

Dan aku terfikir yang aku ada lah a few thousand dollars duit kat pocket, mintak-mintak janganlah terbelanjakan duit yang aku ada tuh. Selain dari nak bayar sewa rumah, bill cellphone, tak ada apa sangat yang aku nak guna duit pun. 

Di sepanjang perjalanan tuh jugak, aku dok plan apa yang nak dibuat hari tuh, oklah, lepas sampai rumah nanti aku nak tidur sekejap, then nak keluar. Pertama-tamanya aku nak ke Broadway, selagi aku tak pergi tengok The Phantom Of The Opera, selagi itu lah hidup aku nih tak aman gamaknya. 

Rasa tenang, rasa aman aje bila aku sampai kat bilik sewa yang rasanya dah lama sangat aku tinggalkan tuh. Aku lepak aje lah, sambil dengar lagu, sambil online. Aku terlelap akhirnya, sedar-sedar dah sepuluh lebih. Terus aku bergegas ke Times Square, tak ada tujuannya sangat, saja aje lah nak breakfast. (Gila kelas nya aku kan? Nak breakfast pun pergi Times square, macamlah kat Brooklyn tak ada tempat nak makan) Banyak perubahan rupanya, banyak events kat serata tempat, semuanya berkisar pasal holiday theme lah. Kalut aku jadinya, nak ke sana ker nak ke sini? Nak ke situ ker nak ke siti? Last-last aku ke Port Authority Bus Terminal, aku lepak kat situ, sambil breakfast. Lama jugak aku melepak di situ, menengok orang aje kerjanya. 

Then baru lah aku menyusur jalan ke area Broadway, tapi as expected, almost semua shows di Broadway masih dikansel, sebab strike yang dah berminggu-minggu tuh. Strike apa tah, tapi di setiap theatre, ada aje orang berbaris pegang sepanduk. On strike lah tuh. Ada a few off-Broadway shows yang on tapi aku tak nak pergi sebab kalau aku tengok show lain, macam aku menduakan The Phantom Of The Opera pulak kan? 

So aku rasa macam tak sedap hati aje, rasa terkilan aje sebab tak tercapai hajat aku nak tengok show yang aku idam-idamkan sangat tuh. Nak jalan-jalan tempat lain pun aku dah jadi malas akhirnya, ditambah pulak dengan sejuk yang mencucuk tulang. Aku kena beli jacket baru lah nampak gayanya nih. 

Aku terus balik aje lah akhirnya, dapatlah aku mengupdate blog sesikit. Dah petang, bila dah terasa lapar, aku jalan kaki aje ke restoran Malaysia tempat aku pergi makan sama Syed dulu tuh. Aku order roti canai (kuah dal nya macam dah basi), nasi lemak dan puding kelapa. Aku anggukkan aje bila waiter tuh rekomen aku untuk cuba puding kelapa tuh. Tak pulak aku sangka yang puding tuh diisi dalam sebijik kelapa. Then aku tapau assam laksa, rendang udang dan nasi kelapa. Banyak aku makannya, terus rasa macam jadi buncit aje perut aku. Sure besar taik aku nanti, sejak aku kerja di New Hampshire, sebab aku makan sikit sangat, kalau berak tuh, kecik jer taik aku. Macam ikan bilis aje kadangnya tuh. 

Sempat lah sembang sekejap dengan cashier kat situ yang kebetulan orang Gombak. Dia kata macam tak percaya aje yang aku nih Melayu. 

"Ini berapa orang mau makan?", dia tanya aku bila aku nak blah. 

"Saya satu orang. Sudah lama tarak makan Malaysian punya food lah", aku jawab gitu. Dekat 40 dollars habis nya, cukuplah untuk bekalan 3 hari kot. 

Walaupun aku cadang nak keluar malam tuh tapi terralit pulak online, so terkuburlah hajat nak ke Rockerfellar Center. Dengar ceritanya malam tuh ada konsert, sempena menaikkan pokok Krismas kat luar building tuh. Biasanya, aku tak pernah miss ke sana, walaupun lepas Krismas holidays tapi nampak gayanya tahun nih tak ke sana lah aku kot. 

Besoknya dah tengahari jugak baru aku keluar. Sabar aje lah, asyik nok melepak kat bilik aje kerjanya. Sedangkan aku dah cadang tak nak online sangat kalau masa free, takut nanti bila aku dah balik ke New Hampshire, aku akan rasa sedih pulak sebab tak dapat dah nak chat beria sangat dengan kawan-kawan. Sepatutnya aku ambik kesempatan tuh untuk buat hal-hal aku, jangan nak berpeleseran di internet menagih kasih orang kan? Memang jenis tak sedar diri aku nih. 

Tabik aku kat diri aku sebab walaupun aku ke Chinatown, walaupun aku ke Times Square lagi sekali, tapi aku tak terbeli apa-apa pun. Bukannya aku tak masuk Hard Rock Cafe, bukannya aku tak melilau kat Fifth Avenue, bukannya aku tak masuk Macy's. Aku pergi semuanya tuh, tapi sikit pun aku tak teringin nak keluarkan duit. Tak ada apa yang nak dibeli pun. Buang habis duit aje kan? 

Dua kali Sonny talipun aku malam tuh. Sekali tuh nak beritahu aku yang Katon dah blah, dah dibuang kerja. Dia kata lah aku boleh balik anytime aku nak, dan dia kata ada bas hari Khamis tuh. Aku buat macam tak dengar aje sebab aku memang tak nak balik Khamis, aku nak balik Friday tuh. 

Kali keduanya dia talipun, nak beritahu yang ada budak Nepal yang akan masuk kerja lusa tuh, dia suruh aku talipun budak tuh sebab senang aku boleh balik sama budak tuh (budak tuh pun dari New York). Aku tetap kata yang aku akan balik Friday. 

Tapi itu lah dengan aku nih, kalau Selasa dan Rabu tuh aku tak keluar duit pun sangat, lain pulak ceritanya hari Khamis dan Jumaat tuh......

Khamis aku tak ke mana-mana. Pagi nya lah. Sejuk-sejuk memang sedap berlingkar dalam selimut. Sambil dengar lagu. Sesambil tuh online jugak, laptop memang on memanjang, taruk tepi bantal. Memang dasar sangat kan? 

Aku ada hal nak buat kat Chinatown, tuh yang bergegas ke sana tuh walaupun kat luar sejuk ya amat. Rush hour pun dah dekat, biasnya aku jarang keluar kalau dah time-time gitu. Tapi aku kena pergi jugak sebab aku dah janji dengan Sonny nak pergi ambik business cards dari MakCik Jenny, Tina dan Mei-Mei, agent kerja di Chinatown tuh. 

Aku singgah kat Pejabat Pos sekejap sebab ada barang nak hantar kat member-member/pembaca blog kat Malaysia. Dah lama dah barang tuh aku beli nya. Dekat 4 bulan aku tak sengaja peram, memang teruk aku nih.

On the way ke tempat MakCik Jenny, aku terlalu kat depan Beauty Spa tempat yang aku pernah buat cuci muka (facial) sesetahun yang lepas tuh. Hampir aku terus termasuk ke Spa tuh. Tapi nasib baik iman aku kuat, aku gagahkan langkah aku menghala ke tempat MakCik Jenny.

Aku singgah kat tempat Tina dan Mei-Mei, ambil business cards diaorang tuh pasal one of the tokays kat mall aku kerja tuh nak kan business cards, senang dia nak cari pekerja orang Asia. Punyalah ramai orang, kat tempat Tina tuh aku tengok semuanya Spanish, kat tempat Mei-Mei pulak ramai Indon sama Nepalese. Mei-Mei tengah bertekak dengan this one guy nih yang kata punyalah susah nak dapatkan balik duit refund, kerja yang Mei-Mei kasi dia tuh tak sesuai. 

Masa tuh aku terfikir, kesian diaorang yang tak ada kerja tuh, tengok diaorang ramai-ramai melepak kat tempat cari kerja tuh buat aku jadi macam insaf pulak. Aku nih selalu insaf orangnya. Insaf sekejap-sekejap lah kaedahnya kan? 

Kat tempat MakCik Jenny pun ramai orang, biasanya lengang aje kat tempat dia tuh tapi adalah dalam tujuh lapan orang Indo yang tengah lepak-lepak. Sebab MakCik Jenny sibuk, tak ada lah aku nak sembang dengan dia. Lagipun aku takut terberjumpa dengan Katon yang aku sure akan cari MakCik Jenny untuk kerja seterusnya. Katon dah ada kat Chinatown kot.

"Apa pasat you kawan sama itu orang (Katon)?", MakCik Jenny tanya aku bila aku tegur dia. "Tadi dia ada talipun tanya pasat you, MakCik sudah tarak mau dia datang sini lagi. Problem punya orang", kata MakCik lagi.

Terus aje lah aku mintak cards dari MakCik Jenny, bila dia kasi tuh, aku hulur dia dua puluh dollars. Entah apa pasal aku terkasi dia duit, aku pun tak tahu. Dulu memang pernah aku kasi MakCik duit kopi jugak tapi kali ini MakCik tuh rileks aje ambil, tak ada buat pura-pura tolak-tolak pun. 

"Ok, you balik sana New Hampshire, kerja sana baik-baik", pesan MakCik Jenny kat aku bila aku nak blah sebab aku tengok dia macam sibuk aje. Cadangnya nak lah sembang-sembang dengan dia. 

Tak ada tujuan lain nak ke mana dah lepas tuh so aku jalan aje lah kat Chinatown tuh menuju subway. Sambil tuh aku fikir, baik aku nih orangnya, kat orang buat business (MakCik Jenny) pun aku kasi duit kopi. Macamlah aku nih tokay besar, kan? Sedangkan aku kuli batak jer. Tapi itulah, aku rasa macam patut aje aku buat baik-baik dengan MakCik Jenny tuh sebab selama ini pun dia yang carikan aku kerja. Lagipun, aku dah tak ada siapa dah yang nak buat baik with pun, kan? 

Kat Chinatown tuh, walaupun besar dan banyak jalan yang lain tapi biasanya aku ikut satu jalan aje kalau aku nak ke mana-mana. Tak ada lah aku potong ikut jalan ceruk yang lain, walaupun lebih dekat. So memanglah aku terlalu semula kat depan Beauty Spa tuh kan? Aku tak sempat fikir apa, nampak aje signboard Spa tuh, terus aku termasuk ke dalamnya. 

"I've been here before", aku kata kat amoi tuh. Terus aje lah aku kata aku nak cuci muka, nak buat facial. Ala, 55 dollars aje, memanglah harga terjangkau kan? One third dari harga ticket Broadway show kan?

Orang business nih memanglah pandai, kan? Dah siap badan aku dibalut elok-elok dengan selimut tebal, dah siap muka aku disapu dengan apa tah, sebelum amoi tuh mulakan cuci muka aku, dia pun mula lah bercerita pasal "treatment" lain yang sesuai untuk muka aku, untuk kulit aku, yang dia kata, kotor sangat tuh. Memanglah aku akui yang muka aku kotor sejak kerja masak teriyaki tuh tapi that term "too dirty" tuh buat aku sentapz. So amoi nih beritahu lah yang kalau nak buat treatment guna machine, itu sesaui sangat dengan kulit muka aku, harganya 88 dollars. 

Terus ajelah aku bersetuju, dan amoi tuh pulak siap tanya aku, "Are you sure?". Memang dasar sangat kan? Mulanya melobi aku, then bila aku terbesetuju, dia buat-buat tanya aku pulak. 

So lain lah sikit cara dia cuci muka aku kali tuh, dan lain jugak dari cara-cara yang aku pernah buat dulu. Habis segala pelusuk muka aku dikoreknya, sampai ke lubang-lubang hidung dikuisnya, dikoreknya. Aku perasan, sejak kerja masak teriyaki nih, taik hidung aku sentiasa ada. Or rather, hidung aku sentiasa bertaik. Wap gula kot? Tapi tak apalah kan, it shows yang aku nih tak lokek orangnya, it shows yang aku nih pemurah orangnya. Sebab taik hidung aku manis. Kan ker orang kedekut tuh orang kata, orang yang taik hidungnya masin? 

Hampir terstim aku bila amoi tuh cuci muka aku guna mesin, clup-clup bunyi benda yang macam bibir orang tuh menyedut kulit muka aku. Dah lah benda tuh dibasahkan dengan cream apa tah. Sebijik macam kena kucup dengan bibir aje kaedahnya, tuh yang buat aku terstim tuh. Nasib baiklah selimut tebal.

Sejam lebih amoi tuh cuci muka aku, tah apa lah yang disapu kat muka aku, mulanya aku kira berapa kali lotion/cream yang dia sapu dan bersihkan, last-last aku give up aje, adalah lebih dari 10 jenis products yang sempat bertenggek di muka aku. Compared to buat facial kat salon kat Malaysia yang lepas taruk lumpur kat muka, then taruk dua hiris mentimun kat mata, memang tak boleh salahkan aku bila aku ada terfikir yang "eh, aku nih kat Beverly Hills ker nih?".

Aku kasi seratus dollars aje, malas aku nak kasi tips bebanyak sebab aku tahu, out of that 88 dollars, dah ada percentage yang amoi tuh dapat. Memang style kat salon di US nih memang macam tuh. 

Rasa ringan muka aku, maklumlah ada dalam satu tan agaknya minyak tar yang dibuang dari muka aku, so aku, sepanjang jalan tuh, asyik dok sapu-sapu, raba-raba muka aje lah kerjanya. Licin muka aku jadinya, kalau dapat buat tiap-tiap bulan, alangkah seronoknya, sure akan haus kulit muka aku ken a tarah. Metrokseksual punya penangan.

Dah termula pocket aku bocor, memang susahlah nak control, kan? Alang-alang kan? Tah, aku macam bitter jer tak dapat tengok The Phantom Of The Opera tuh, itu yang aku rasa memang patut lah aku belanjkan duit ke arah lain sikit. Sebab aku dah berangan-angan yang kalau aku dapat tengok show tuh, akan memancar-mancar, memancut-mancutlah kekelasan aku. Tapi itulah, tak kesampaian rupanya. Aku tak terpancut!