Tuesday, October 9, 2012

Episod Mengejar Bayang Sendiri


Weekend lepas memang sibuk gila, iyalah dah nak start busy masa holiday nih, what with Thanksgiving yang semakin hampir. 

Sonny, bini dia, aku, Theresa dan Katon yang handle di bahagian depan. Memang ramai lah tuh, dan sebab tempat pun sesak aje so memang kalut sangatlah weekend tuh. 

Dan bila start sibuk, barulah aku tahu yang Katon nih cerewet sangat orangnya. Ada aje yang tak kena di mata dia. Aku lah yang disalahkan. Aku kerja lambatlah, aku tak ikut cara yang betul lah. Aku tak pandai control crowd lah. Aku buat kerja separuh jalan lah. Macam-macam lah komplen dia. Aku senyapkan aje mula-mula tuh, aku diam kan aje. Walaupun aku selalu sentapz. 

Tapi lama kelamaan bengang lah aku kan, mana lah aku boleh tahan sabar, kan? So aku sound lah dia balik, kadang tuh pedas jugak soundnan aku tuh. 

Mungkin dia tak perasan kot yang aku bengang so dia tetap jugak kutuk-kutuk aku, dan aku, bila bengang tuh, terus ajelah kata yang aku tersinggung, aku tak suka cara dia komplen, aku tak suka cara dia tegur aku. Sebab sebelum ini, senang jer kerja tuh semuanya dan walaupun sibuk, aku tak ada rasa pressure pun. Tapi, sejak dia datang, kerja yang senang jadi susah, kerja yang patutnya simple, jadi payah. Dan sejak dia ada, sejak dia kutuk-kutuk aku, aku jadi pressure, jadi cepat melenting.

Dan aku mula terfikir yang betapa menyesalnya aku sebab menalipun dia ajak kerja sama aku. Dulu aku ingatkan dia nih bolehlah aku jadikan teman untuk bersembang, tapi rupanya dia macam orang Indo lain jugak, yang jenis tak mengenang budi, suka back stab, dan tak sedar diri. Kalau dibiarkan berlarutan boleh tergugat kedudukan aku nih. Baru seminggu kerja dia dah tunjuk belang, nanti kalau dah lama, sure akan lebih hebat lagi kan? 

Cuma yang buat aku ok sikit, dia bukan kutuk aku sorang aje, dia kutuk semua orang. Bini Sonny menyibuk lah, dah lah tak reti English, menyibuk aje, meyusahkan orang. Memang aku setuju jugak dengan kutukan dia tuh selama ini (pasal orang lain tuh) tapi aku senyapkan aje. Pendek kata, tak ada siapa yang bagus kerja nya di sini kecuali Katon tuh. Tak ada siapa yang pandai buat kerja kecuali dia. Tak ada siapa yang hebatnya kecuali dia. 

Aku yang sebelum nih rasa hebat sangat sebab dapat handle customers yang berpusu-pusu tuh pun baru sedar yang rupanya aku tak lah sehebat yang aku sangka kan. Dan baru aku tersedar yang selama ini aku hanya perasan aku hebat kononnya. Sebenarnya aku tak sehebat yang aku war-war kan tuh. Sebenarnya aku tak sebagus yang aku ingatkan tuh. Dan baru aku sedar yang aku sebenarnya aku nih tak reti buat kerja. 

"Udah, kamu diem, kamu bikin kerja kamu aja, aku bikin kerja aku"
"Aku nyesal ajak kamu kerja di sini sih"
"Dulu sewaktu aku kerja sendirian di sini, semuanya gampang aja. Koq kamu masuk aja, kerja jadi gak keruan sih"
"Kamu kira kamu hebat?"
"Koq kamu cerewet amat sih!"
"Udahlah, aku tersinggung!"
"Aku gak senang sama kamu"
"Oklah, kalo kamu mahu aku pergi (berhenti kerja), aku berhenti aja lah"
"Udah, udah, udah"

"Itu antara ayat-ayat, statements yang keluar dari mulut aku sepanjang 3 hari tuh. Dan jawapan dia pun hebat-hebat jugak, jenis yang tak mahu kalah jugak orangnya. Aku ingatkan dia akan sedar yang dia menyinggung aku, tapi dia semakin hebat mengannoy aku. 

Dan dalam sepanjang masa tuh, aku jadi tak tentu arah, dan aku lebih banyak diam aje. Nasib baik Sonny tak perasan kot tapi aku memang jadi diam. Jadi malas pun sama. Aku buat kerja tak sepenuh hati. 

Sebab aku mula berfikir lain. Aku dah plan untuk berhenti kerja. Aku fikir, tak akan lamanya lah aku boleh bertahan dengan kerenah Katon yang sungguh mengannoykan tuh. With me, aku akan ambik jalan senang aje, kalau aku tak suka kat seseorang, aku akan mengundur diri. Tak adanya aku akan cuba-cuba bertahan dengan orang yang berperangai gitu tuh. Baik aku blah aje, lebih senang, kan? 

Tak kira lah Sonny suka aku, tak kisah lah kerja pun dah ok, tak peduli lah yang kalau aku kerja di sini, aku boleh save duit. 

Aku lupakan semua tuh, aku tolak ke tepi dulu semuanya tuh. Yang pentingnya aku kena pastikan yang otak aku tak bercelaru. Dah lah kepala aku nih sentiasa ligat memikirkan keadaan hidup aku di New Hampshire nih. Yang peritnya, badan aku nih aje di New Hampshire nih sedangkan jiwa raga, jua segalanya, semuanya di New York City. 

So jangan lah cucuk aku, nanti tak dan apa-apa aku dah lari membawak diri semula ke New York. Sebab aku ada banyak reasons untuk balik semula ke sana. Sebab aku ada bilik sewa di sana. Sebab aku rasa happy duduk di sana. Sebab aku rasa kosong duduk di sini. Di sini, kampung sangat tempatnya, walaupun kampung tempat orang kaya. Di sini tak ada apa-apanya, mendung aje, muram dan suram aje. Matahari pun malu nak memancar. Dah lah gitu, signal internet aku ada satu bar aje. Nak online pun terkemut-kemut. 

Kat New York, walaupun kadang tuh muram jugak, tapi cahaya lampu, neon, semuanya tuh memancar-mancar kan? Tak kira siang malam. Aku nak mengejar bayang aku sendiri pun senang.