Aku rasa macam happy jugak bila Sonny kata dia percaya aku, sebab tuh dia tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang nak kerja di restoran dia tuh. Tapi aku ada beritahu dia yang aku tak kenal pun Katon nih, cuma jumpa sekali itu aje dulu, masa di Chinatown, New York. So, kalau tak bagus Katon nih orangnya, jangan salahkan aku.
So aku kasi details kat Katon, macamana cara nak ke Concord nih, kat mana dan pukul berapa kena tunggu bas, pukul berapa akan sampai, and a few other things yang dia patut tahu. So kaedahnya, Katon akan sampai malam tuh dan akan mula kerja besoknya. Dalam pukul 9-30 malam, masa nak tutup restoran, dan masa yang sepatutnya Katon sampai, aku talipun dia, nak suruh Sonny directkan bus/van driver tuh, kat mana kena turunkan Katon.
Rupanya Katon masih di New York, dia kata dia tak sempat nak catch van tuh, terlambat dalam masa 5 minit gitu. Aku terima lah alasan dia dan aku setuju bila dia kata yang dia akan berangkat besoknya pulak, tapi akan naik bas Cina ke Boston. Dari Boston, naik train ke Lawrence, dan dari bandar tuh, naik teksi sebab tak ada bas ke area nih.
Ada excuse lain pulak rupanya budak Katon tuh. Dia kata dia tak dapat datang that day sebab kat New York hujan lebat, tak dapat keluar hotel. Aku mula jadi bengang sebab aku baru tahu yang dia duduk hotel murah di Chinatown tuh, tak kan lah semalamnya dia boleh ketinggalan bas, kan? Dan, tak kan lah sebab hujan, tak boleh keluar beli payung ker apa ker kan? So aku macam tak boleh terima excuses dia tuh, dan bila dia kata dia akan datang Sunday, naik bas Cina yang terus ke sini, aku terus kata yang kalau dia tak datang, just forget the whole thing. Tak payah nak talipun aku lagi nanti, lupakan hasrat nak kerja di sini.
So aku beritahu Sonny, dan Sonny beritahu aku yang dia, bila dengar suara Katon tuh, dia kata dia sure sangat yang Katon nih pernah mintak kerja di restoran dia nih, a few months dulu. Tapi banyak sangat songehnya so Sonny tak jadi ambik dia. Sonny sure sangat yang Katon tuh orang yang sama yang menalipun dia dulu tuh. So dia tak lah surprise kalau Katon tak jadi datang nanti tuh.
"Don't feel bad", kata Sonny bila dia tahu aku macam bengang aje dengan alasan-alasan Katon tuh.
So kitaorang tak ada lah harap sangat yang Katon akan sampai that Sunday night, until dia talipun, dia kata dia dah sampai. Aku sembang-sembang gitu ajelah dengan Katon sebab masa tuh aku tengah sibuk online.
"Eh, aku kenal si tua ni, dia siapa?", tanya Katon bila dia nampak bapak Sonny. Bapak Sonny nih kadang ada di sini, kadang tak ada. Aku pun tak tahu dia duduk di mana sebenarnya tapi apa yang aku perasan, kebelakangan nih dia selalu jugak ada di sini dalam sesehari dua seminggu.
"Kamu kenal dia di mana?", aku tanya Katon.
"Di Virginia, aku dulu kerja di restoran di sono, 3 bulan", kata Katon.
"Masa dia gak kenal kamu sih. Orang lain mungkin", bila aku tengok yang bapak Sonny macam tak kisah aje, tak kenal aje kat Katon, sedangkan Katon mati-mati kata dia kenal orang tua tuh.
Katon ada laptop so Sonny kasi dia password untuk access wireless, sentapz jugak aku sebab Sonny tak ada pun kasi aku password dia kat aku. Mungkin sebab dia tahu yang aku ada my own wireless kot?
Besoknya happy jugaklah aku masa kerja tuh sebab aku dah ada geng untuk sembang-sembang. Tak lah rasa bosan sangat. Katon nih macam aku jugak rupanya, dia mudah bosan kerja kat satu-satu tempat. Kerja dua tiga bulan, dia berhenti. Paling lama pun, setahun setengah. Sebijik macam aku, paling lama aku kerja kat satu tempat tuh, masa kat restoran Pak Tua kat Maryland dulu tuh, setahun setengah jugak. Dia sebenarnya dah tak nak kerja kat restoran (macam aku jugak) tapi macam terpaksa sebab dia kata dia kepepetan uang. He thanked me sebab ajak dia kerja di restoran Sonny nih.
Dan petang tuh terus dia tanya Sonny pasal bapak Sonny yang dia kenal tuh. Memang betul pun, yang kat Virginia tuh sebenarnya sepupu Sonny. So kaedahnya, sebelum ini Katon kerja di restoran kepunyaan sepupu Sonny ni lah. Dan masa tuh jugak Sonny bisik dengan aku, dia kata dia hundred percent sure yang memang Katon lah mamat yang janji nak datang kerja di restoran dia nih, tapi last-last dia tak ambik, sebab banyak sangat alasan dia. Nak tergelak aku, what a small world.
"I don't think he'll be working here long", kata Sonny kat aku, malam tuh. Aku senyum ajelah sebab aku pun tak tahu sangat Katon nih macamana orangnya. Dia memang experienced orangnya, sampaikan aku dapat rasa yang kedudukan aku nih tergugat jugak. Tapi sebab sekarang waktu sibuk, memanglah Sonny perlukan dua orang untuk kerja di bahagian depan. Nak harapkan bini dia, memang payahlah. Kadang tuh aku sampai herot-herot mulut nak tahan gelak bila dengar bini Sonny nih layan customers. Customer nak beli air, Coke. Dia tanya, "small cock, big cock?"
"Ayuh kita kabur ke Phila, ato New York. Mau gak? Kita duduk dua orang", kata Katon kat aku this one night tuh. Aik, belum apa-apa dah plan nak berhenti kerja.
"Sini sibuk sih, capek kerjanya. Mending ka Phila aja, aku punya temen yang jadi agen kerja, dia bisa cariin kerja buat kita, gedek gajinya", kata Katon lagi.
"Aku pengen pulang New York sih, tapi bukan sekarang. Sekarang lagi sibuk, masa aku mahu ninggalin Sonny. Kalo bisa, lepas Natalan nanti, ato lepas Tahun Baru, waktu itu udah gak sibuk. Sekarang gak bisa sih, lagipun aku mahu ngumpulin dikit uang buat modal", aku jawab gitu.
Macam orang-orang Indo yang lain jugak, Katon nih menalipun aje kerjanya. Kadang tuh sampai pukul 3 pagi, aku selalu terbangun sebab bunyi bising, especially masa dia marah kat awek dia. Nak tergelak pun ada kalau dengar dia sembang. Benda yang tah apa-apa yang disembangkannya, yang diomelinnya. Yang aku peliknya, awek dia (kat Indo) tuh rileks aje, selamba aje dapat balak yang bagi aku, tersangatlah cerewetnya.
"Ayuh, aku ada kerjaan di Michigan, dia butuh dua orang, mau gak?", tanya Katon esoknya. Sabar aje lah, apa pasal beria-ia sangat dia nih ajak aku kabur? Aku baru nak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba kekurang nya nih, dia ajak aku berhenti kerja pulak.
"Udahlah, aku udah bilang, aku gak bisa kabur sekarang. Michigan tu jauh, aku gak mahu ke sono, kalo dekat dengan New York, ha itu aku mau sih", bosan dah aku melayannya.
Semakin lama aku tengok, Katon semakin dapat menyesuaikan diri di restoran Sonny nih. Aku pulak yang rasa macam terpinggir, aku lebih banyak diam aje. Bukan apa, kadang tuh aku jadi bosan dengan Katon yang setiap saat ada aje komplen dia. Orang ini tak betul lah, orang itu tak reti buat kerja lah. Aku pun selalu jugak dia komplen, dia kata aku tak reti buat kerja lah, aku slow lah, cara aku salah lah. Macam-macam. Mula aku gelakkan aje tapi lama-kelamaan aku jadi geram dan bosan mendengarnya.
Dan aku mula terasa menyesal ajak dia kerja di restoran tuh. Memang dasar orang Indo sangat, jenis yang tak mengenang jasa. Dia tak tahu ker yang aku nih sensitif sangat orangnya. Dan aku pun jadi blur, apa motif dia yang ajak aku berhenti kerja, then kutuk-kutuk aku?
Then aku teringat kisah masa aku kerja di restoran Kelvin di Florida dulu. Macam sama aje patternnya. Ingat dak pasal this Indon guy yang baru masuk kerja, King nama dia. Bukan main lagi dia memburuk-burukkan Kelvin, bukan main lagi dia cuuck-cucuk aku ajak sama-sama berhenti kerja (masa tuh aku memang dah goyang sangat dah kerja kat restoran tuh, yang buat aku stay pun sebab aku malas dah balik ke tempat Yanti di Philadelphia (sebab jauh). Ingat dak yang kitaorang janji nak berhenti sama-sama then bila tiba masanya, tiba-tiba dia kata tak jadi? Rupanya memang dia nak aku blah so that dia boleh jadi waiter kat restoran tuh sorang-sorang (banyaklah tips yang dia boleh dapat).
Gaya-gayanya Katon pun nak buat "modus operandi" yang sama jugak rasanya, dia nak aku blah dari sini, so that dia dapat ajak kawan dia kerja di sini sama-sama dia. Sebab aku ada terdengar dia sembang kat talipun ituhari, kawan dia yang sorang lagi tuh tengah cari kerja jugak.
Hmmmmm.... banyak taik palat jugak rupanya Katon nih....