Tuesday, October 9, 2012

Can't Stop This Thing I Started


Hari nih, 11 Dec, aku off. Off yang terakhir sebelum Krismas kot. Fuck! Minggu depan tak ada off semuanya sebab minggu terakhir orang shopping. Sure sibuk gila nanti tuh, mall pun bukak dari 7 pagi sampai 11 malam. Kitaorang pun kena masuk kerja awal dari biasa. Balik lewat dari biasa jugak. Habis Krismas nanti baru lah lega balik, back to normal gitu. 

Sekarang nih memang letih gila setiap hari. Itu yang aku suka sangat kalau snow turun lebat, tak lah ramai sangat orang yang datang. Kalau snow lebat, sure mall akan tutup. For the last week, snow turun setiap hari, tak ada lah lebat, cuma sekali tuh aje yang turun dalam 6 inci. Selebihnya takat seseinci dua gitu aje. Kalau selebat itu, orang buat tak peduli aje, masih berduyun-duyun orang datang ke mall tuh. Niat nak menyusahkan orang aje lah tuh, tak boleh ker pergi shopping sebelum/selepas makan? Ini dak, pergi shopping, lepas tuh nak melantak. Nak menyusahkan aku aje, tak boleh langsung nak kasi aku lepak-lepak. 

Kat restoran, ada satu Mamat baru, kerja di bahagian depan jugak, kerja part time aje, weekends. Budak lagi, Spanish, umur belasan tahun. Sonny siap bisik-bisik dengan aku suruh ajar budak tuh, suruh train budak tuh sebab kalau kerjanya bagus, bolehlah dia terus kerja di restoran tuh every weekend, even masa dah tak sibuk nanti. 

Aku senyapkan aje, walaupun aku terpelik apa pasal Sonny selalu tanya aku pasal kerja budak tuh. Macam lah aku nih orang penting kat restoran tuh kan? Tapi kira ok lah budak tuh kerja, walaupun aku tengok cara dia menyendukkan makanan tuh macam Chef Wan aje. Lemah gemalai aje kaedahnya. Siap lentik-lentik jari lagi. Lembut budaknya. Tapi aku suka jugak sebab dia banyak ajar aku Spanish, dan aku pun ada lah kawan buat sembang walaupun budaknya naive sangat. Aku tipu kata aku tak reti tengok jam pun dia boleh percaya, siap dia tulis kat kertas then ajar aku cara-cara nak mengira. In Spanish.

Layanan Sonny sama bini dia terhadap aku, aku perhatikan, berubah sikit. Walaupun aku tak faham sangat apa yang diaorang cakap tapi aku tahu lah yang diaorang prihatin sangat pasal aku. Pagi-pagi mana lah aku ada selera nak makan (lagipun asyik makan mee aje hari-hari, bosan aku), diaorang lah beria-ia suruh aku makan. Sedangkan aku nih hanya akan makan bila aku lapar, dan aku makan pun sekejap aje, kadang tuh sambil buat kerja aku makan. Itu yang diaorang tepuk-tepuk bahu aku, urut-urut belakang aku, suruh makan. Tengahari dan malam pun sama jugak, diaorang selalu tengok apa yang aku makan, lepas tuh geleng-geleng kepala. Sebab aku makan sikit sangat, takat buat syarat aje. Aku makan pun sebab aku nak ambik peluang untuk duduk, bukan sebab lapar. 

Rimas aku kalau benda kecik-kecik gitu diperhatikan sangat. Aku tahu lah bawak diri, jangan lah nak manjakan aku sangat. Aku sebenarnya malu sebab dulu kan ker bini Sonny ada ternampak aku terkeluar airmata, masa gaduh sama Katon dulu tuh kan? Sampai bila-bila aku sure akan termalu kat diri sendiri kalau aku ingat-ingatkan balik insiden tuh. Memang dasar sangat aku nih kan? 

Aku nih pulak satu hal jugak, pantang ada masa lapang, pantang ada masa free, aku mula lah fikir bukan-bukan. Contohnya, kalau masa aku makan tuh, sebab aku tunduk aje, mula lah fikiran aku melayang jauh. Aku teringat, first day lepas aku balik dari UK (masa habis belajar dulu), kakak aku bawak aku pergi makan kat Restoran Seri Melayu. "Ya Allah, sedapnya Ngah", aku kata gitu sambil tiga empat kali aku tambah, aku ratah-ratah sayur lemak pucuk paku, sayur favorite aku tuh. Dan aku terbayang jugak, nanti bila aku balik Malaysia, bukan aku aje, tapi sesiapa yang makan dengan aku tuh nanti, sure diaorang akan mengalir airmata tengok aku yang terketar-ketar makan, sambil kata, "Eh, ko tolong makan untuk aku jugak, sedap nih". 

Fuck! Sampai ke situ aku fikir! 

------------------------ 

Kadang aku makan sambil duduk atas guni beras aje, berlari-lari lah bini Sonny pergi ambil kerusi ,lap kan meja suruh aku duduk, makan elok-elok. Sampai aku termalu kat amigo-amigo kat dapur tuh sebab diaorang selalu kata, "You number one, Boss like(s) you".

Kalau masa tak sibuk (weekdays, waktu petang), Sonny suruh aku pusing-pusing, jalan-jalan kat mall tuh, tapi aku malas. Sebab sebelum ini tak ada pun dia suruh aku pergi lepak-lepak pun, baru sekarang aje kan? Lagipun aku malu pergi lepak-lepak, jalan-jalan kat mall tuh berpakaian kerja gitu tuh. Walaupun aku pakai topi sendiri (cap Polo aku) tapi kat tshirt tuh ada nama restoran, malu kat orang lah. Tak ada penampilan, kan? Kan ker aku nih Bangla Yang Berpenampilan? Bukannya Bangla Penempelan.

So aku berdiri aje lah tunggu orang datang, kat yang lalu lalang tuh aku kasi sample makanan. Dan sekarang nih aku selalu dah ditinggalkan sorang-sorang untuk handle di bahagian depan tuh. Masak teriyaki pun aku jarang dah jugak sekarang nih, especially masa busy. Sonny yang handle di bahagian tuh. Sekali sekala aje dah sekarang nih aku ke bahagian sediakan teriyaki, selalu kalau masa aku tengah masak tuh, Sonny cepat-cepat ambil alih. Kadang aku terfikir, ker sebab aku tak reti? Ker sebab aku terkasi portion yang banyak? Ker aku slow? 

Gitu lah baiknya Sonny tuh dengan aku, dia tak sanggup tengok aku kerja teruk-teruk kot. Aku ok aje, memang aku tak suka sangat kerja di bahagian masak teriyaki/sukiyaki tuh. Sebab dah lah panas, kotor pulak tuh. Aku baru terperasan yang Livestrong band kuning yang aku pakai kat tangan kanan tuh, dah jadi hitam. Kotor dia tak luntur, biasanya dulu tuh, kalau kotor, lepas mandi, band tuh akan bersih. Tapi, dengan wap teriyaki tuh, kotorannya tak hilang. Berkarat jadinya band kuning aku tuh. Itu yang aku risau, sebab it shows yang kotoran wap gula tuh melekat kat kulit. Hinggap kat lubang hidung, hinggap kat muka. Mamposlah aku nak kena selalu turun New York sebab nak buat facial nanti kan? 

Tapi itu lah, dalam sesebulan dua nih memang sibuk kerja nya, dah lah waktu kerja jadi semakin panjang. Walaupun aku letih tapi aku tetap tak nampakkan keletihan tuh, aku maintain selamba aje. Diaorang tuh, aku tengok, ada jugak curi-curi lepak. Diaorang biarkan aku kerja sorang-sorang kat depan. Selalu aku terserempak dengan diaorang yang lepak-lepak duduk kat dapur, bila diaorang nampak aku, mulalah diaorang termalu gitu, terus pura-pura buat kerja. Mr Wong tuh, selalu sangat curi tulang. Kalau waktu sibuk kat dapur, dia pergi ke bahagian depan. Kalau di bahagian depan sibuk, dia ke dapur. Kononnya. 

---------------------------------- 

So, dah dekat dua minggu aku kembali semula ke New Hampshire nih. Mungkin orang tak perasan kot tapi aku macam agak senyap sikit, dah jarang sangat dah chat kat tagboard.Mungkin sebab aku letih dan tak ada masa kot? Tapi ada sebab lain jugak sebenarnya. Aku dah tak ada apa nak tulis dah sebenarnya. Aku dah tak ada cerita dah. 

Malas pun satu hal jugak. Selalu pulak timbul perasaan menyesal, selalu pulak aku rasa macam nak tarik diri dari memblog. No, salah tuh. Selalu pulak aku rasa macam aku dah tak nak share cerita aku nih dengan orang lain. Rasa macam, "dah lah, setakat ini aje lah aku tulis macam nih, diaorang tak payah tahu lebih lanjut lah". 

Itu yang buat aku macam tak bersemangat jer tuh. 

Bukannya aku tak ada benda nak tulis, orang pun tahu yang kat kepala aku nih bermacam-macam aku fikir, especially benda-benda yang orang biasa tak terfikir pun aku boleh fikir. Ada banyak benda yang aku nak tulis, ada banyak benda yang aku boleh tulis, ada banyak benda yang aku rasa aku patut tulis. 

Tapi aku dah tak bersemangat gitu. 

Macamana pun, aku akan cuba teruskan tulis blog nih, nak tulis pendek-pendek gitu aje lah, ala-ala Dear Diary gitu ish, macam bapok pulak rasanya.