Tuesday, October 9, 2012

Sense And Sensitivity


Masa mula-mula aku kenal Katon nih dulu, masa kat Chinatown New York, dia macam orang Indo yang lain jugak. Biasa aje. Bila dia mula sampai ke tempat kitaorang, bila dah dua tiga hari, baru aku perasan yang dia nih macam pelik sikit perangainya.

Menalipun aje kerjanya, kadang sampai pukul 3 pagi, memang selalu kitaorang terbangun sebab deringan phone dia tuh kuat, dan dia pulak (macam kebanyakan Indo lain) kalau bercakap kat talipun tuh, boleh tahanlah suaranya. Kuat. Kerjanya memaki awek dia (janda anak 3) yang kat Indo tuh. Kadang-kadang memang nak tergelak kalau dengar perbualan diaorang, bagi aku memanglah perbualan kosong yang membuang masa. Masa diaorang, jugak masa aku sebab kadang tuh aku terralit jugak mendengarnya. 

Apa yang aku dapat buat kesimpulan, Katon nih cerewet dan mudah baran orangnya. Suka memaki orang, bahasanya kesat. Aku dapat kesimpulan tuh pun lepas dua tiga hari kerja sama-sama dengan dia. Semua orang tak betul, semua orang salah, semua orang tak reti buat kerja, semua orang tuh "kureng beres" (tak berapa betul, gila) di pandangan mata dia. 

Dan sebab aku yang kerja sama-sama dengan dia, aku termasuklah dalam kumpulan orang-orang yang "gak beres" tuh. Infact aku lah yang paling gak beres di mata dia. Memang aku selalu sentapz dengan Katon nih, walaupun aku cuba buat-buat baik dengan dia. Masa baik tuh memanglah baik sangat, sembang, gelak-gelak aje kitaorang berdua. Tapi kalau masa dia bengang (sebab sibuk biasanya), bermacam-macam benda yang dia maki hamun kat aku. 

Sampaikan aku rasa kecik sangat diri aku, sampaikan aku rasa macam aku tak berguna langsung kat restoran tuh. Sampaikan aku rasa aku patut berhenti aje dari kerja di situ. Sebab Katon dah ada, dia boleh buat kerja semuanya. Cepat dan bagus pulak. 

Aku lebih banyak diam aje, aku jadi semakin malas, apa yang aku buat serba tak jadi kaedahnya. Tak tahulah kalau Sonny atau bini dia perasan tapi aku jadi pendiam dan kurang bercakap. Dan Katon memanglah tahu aku jadi semakin malas, dan semakin banyaklah dia kutuk aku kan?Aku jadi tertekan betul sebenarnya, especially masa sibuk, weekends biasanya. Aku jadi macam takut kat dia. Sebab ada saja salah aku. 

"Udahlah, aku berhenti ajalah ujung bulan nanti", aku kata kat Katon.

"Memang kamu bangsat Joe, kamu panggil aku ke sini untuk ngerjain aku, sekarang kamu mahu pergi", kata Katon. 

"Aku mahu pergi gara-gara aku gak senang sama kamu sih. Kamu bahasanya tajem amat sih, aku sering tersinggung", aku jawab gitu.

"Kamu orangnya sensitif amat, aku bercanda aja", kata Katon.

"Bercanda kata kamu? Apa kamu marahin aku tu bercanda namanya? Sebelum kamu datang, kerja aku gampang aja, aku gak stress. Sekarang aku udah kurang aman, aku gak senang, semuanya gara-gara kamu", aku jawab gitu. 

"Kamu gak bisa hidup bermasyarakat, kamu gak bisa punya temen kalo gini kayaknya", pandai aje Katon sindir aku. 

"Aku udah bercampur sama orang Indo udah agak lama lah Katon, aku ngerti bahasa kamu, aku tahu kamu ni gimana orangnya", aku sindir dia balik.

Dia mintak maaf akhirnya. Tapi esoknya buat lagi. Dan mintak maaf lagi. Dan buat lagi. Itu ajelah kerjanya, sampaikan aku dah tak terpendam dah kemarahan aku. 

[Masa aku tulis entry kat bawah tuh, Jangan Aku Kamu Geser, Udah! tuh, aku dah sense yang ada benda yang tak kena nya dengan Katon nih. 

Aku teringat kat this one friend yang pernah aku keluar makan-makan masa kat Phila dulu. Korang tau siapa, kan? Dalam banyak-banyak benda yang kitaorang sembangkan, aku suka dan bersetuju dengan this one pemerhatian dia terhadap aku. Dia kata aku nih peka sangat dengan keadaan sekeliling aku, dengan orang-orang yang aku deal with, dan aku boleh sense apa yang akan berlaku.

Dengan lain perkataan, kadar pengobservationan aku tuh terlalu tinggi. Not only that, dia kata, benda yang aku sense kan tuh, akan betul-betul terjadi, way lepas orang-orang lain baru nak sense something similar. Dengan lain perkataan, aku nih ada sixth-sense lah kan? 

Tapi, ada silapnya pulak. Sepatutnya aku boleh manipulate keadaan tapi more often than not, aku tak buat apa-apa, aku just diamkan aje. Ha, itu lah kelemahan aku. Samalah dengan kes aku sama Katon nih]

Bila dah setiap hari begitu keadaannya, aku jadi semakin bosan. Aku dah terfikir untuk cari jalan mudah aje. Berhenti kerja. Tensen aku kalau setiap hari asyik nak kena marah aje. Dah lah aku yang ajak dia kerja di situ, dia nak lawan tokay pulak, kan?

So aku beritahu dia yang aku akan habiskan kerja sampai akhir tahun, itu pun kalau aku sanggup tunggu. Tidak pun, sampai hujung bulan November ajelah aku kerja di situ. Ada aku terfikir yang aku kesian kat Sonny sebab sekarang nih memang waktu sibuk, dan nak cari orang baru memang susah. Manalah ada sangat orang yang nak datang kerja kat hujung dunia nih kan? Tapi, mana aku sanggup kerja dalam keadaan tertekan gitu kan? With me, suruhlah aku buat kerja apa pun, aku InsyaAllah boleh buat. Kalau kerja senang tapi otak tensen, memang aku kalah. So aku beritahu Katon yang aku akan blah awal December. 

"Kamu kerja ajalah di sini, kamu bisa bawa temen kamu, aku berhenti ajalah", aku kata gitu. 

"Loh, kot kamu gimana sih? Kita keluar bareng, awal Januari", kata Katon. 

"Aku gak mahu kalo gini kayaknya, kamu orangnya bengis amat sih", aku jawab gitu. 

-------------------------------

Amigo yang masuk kerja empat hari sebelum tuh, dia kena buang kerja akhirnya. Digantikan dek orang Mexican jugak, aku dah lost count berapa orang yang dah keluar masuk kerja di restoran Sonny nih. Kerjanya ok, diaorang pun baik-baik, tak ada cerewet sangat pun. Cuma itulah, kerjanya tak bagus pulak tuh, itu pasal selalu digantikan dengan orang baru. 

Selasa , hari off aku, aku keluar. Sikit pun aku tak tahu yang snow dah lama turun, aku tak check pun local weather. Tapi sebab malu nak patah balik masuk rumah (Mr Wong, juragan bahagian dapur pun off jugak), aku teruskan ajelah menyusur jalan yang licin tuh. Macam orang gila, jalan sorang-sorang dalam snow yang lebat tuh. Nasib baik aku pakai cap, tak lah nampak gila sangat, kan? 

Aku lepak kat Barnes 'N Noble, sambil minum kopi, sambil online. Baru tu lah aku dapat duduk lepak-lepak sambil silang kaki. Baru tu lah aku rasa aku nih ok jugak orangnya, kalau boleh dikasi star (antara orang-orang yang ada kat cafe tuh), mungkin aku dapat 7 out of 10 stars kot. 

Bila batteri laptop dah kong, aku terus pergi ke kedai gunting. Rimas rasanya sebab rambut dah panjang, dah lah aku nih cengkung mukanya, rambut panjang pulak tuh kan? Macam kaki fit jer gayanya.

Punyalah aku kesian kat Minah yang potong rambut aku tuh, budak lagi gayanya. masih dalam training kot. Terketar-ketar dia gunting rambut aku, masa shampoo aku pun, tercungap-cungap aku lemas sebab airnya dipasang kuat sangat. Tapi aku sikit pun tak marah sebab aku jadi terkesian kat dia. Sampaikan aku kata, jangan risaulah kalau salah potong pun sebab aku tak kisah, asalkan rambut aku pendek, that's good enough. Lagipun aku selalu pakai topi, kan?

Dia pulak tuh lambat kerjanya, terkedek-kedek. Stylists lain dah siap guntingkan rambut dua orang customers masing-masing tuh, dia masih terkial-kial gunting rambut aku. Sampai luka-luka pulak jari dia. Tapi sebab aku nih baik orangnya, aku kasi dia tips 10 dollars (harga gunting rambut 15 dollars), sebab aku terkesian kat dia yang selalu kena jeling dek Supervisor dia kot. "Must be your lucky day", kata Supervisor tuh kat Minah yang gunting rambut aku tuh bila aku sengaja hulurkan tips tuh kat dia (Supervisor tuh), instead terus kasi kat awek tuh. 

Malam tuh, balik aje kerja, Katon beritahu aku yang dia nak berhenti kerja akhir bulan jugak so dia suruh aku stay on kerja. Bila aku tanya dia apa pasal dia nak berhenti, dia terus marah-marah aku, dia kata dia macam tertipu dengan aku. Macam-macamlah dia marah aku, aku senyapkan aje sebab lagi aku jawab, lagi dia marah. 

Tapi tak apa, kata aku dalam hati. Sebab esoknya dia off so aku nak cerita lah serba sedikit pasal niat dia tuh kat Sonny. Biar Sonny tahu pasal dia nih. Aku nak cucuk-cucuk sikit Sonny tuh........