Aku tengah syok menonton The Amazing Race bila Sonny datang kat aku sambil kasi duit gaji, dia suruh aku bilang jumlah tapi aku kata yang aku tak kisah langsung dah pasal duit. Apa yang aku kisahkan, aku nak blah secepat mungkin.
Katon terus aje beritahu Sonny yang jangan biarkan aku blah sebab dia kata sepatutnya dia yang berhenti, bukannya aku. Memang Katon rasa tak seronok kot sebab dia tahu, gara-gara dia lah aku berhenti kerja.
Sebenarnya Katon tak tahu yang Sonny tahu pasal kitaorang berdua memang tak boleh ngam, dia selalu tanya aku kalau-kalau aku ada cerita kat Sonny atau tidak semuanya tuh.
"Gak, masa aku mahu cerita-in sama Juragan, bikin malu aja", aku jawab gitu. Tapi sebenarnya Sonny tahu semua kan? Siapa yang cerita? Siapa lagi kalau bukan aku, kan?
Nak kata aku sentapz dengan Sonny pasal "macam rileks aje melepaskan aku pergi" pun tak jugak walaupun aku rasa patutnya Sonny tahan-tahan lah aku daripada terus berhenti, kan? Ini tak, selamba aje dia kasi aku duit gaji, yang bermakna aku boleh blah anytime aje dah.
Sonny ajak aku sama Katon meeting sekejap, sambil masing-masing duduk bersila. Dia mintak tolong suruh aku habiskan kerja at least sampai New Year. Aku terus kata yang aku tak nak dan aku cuba pujuk suruh Katon suruh dia teruskan kerja di restoran Sonny nih. Katon pun degil, dia pun tak nak mengalah, dia nak berhenti jugak.
Nasib baiklah English Katon tuh macam Herman Tino punya English so dia tak dapat nak menyampaikan hajat dia kat Sonny. Aku, apa-apa hal, aku potong dulu cakap dia. Memanglah berkali-kali dia mintak maaf kat aku depan Sonny tapi aku beritahu Sonny yang hampir setiap hari dia buat gitu, tapi bila masa marah tuh memang dia menakutkan.
Sebab aku kesian dengan Sonny, dan sebab esoknya (Monday) Katon off, so aku setuju untuk kerja lagi sehari. Sebab tak ada orang yang nak handle di bahagian depan. Sonny mati-mati suruh aku teruskan kerja sampai dia dapat cari orang baru. Aku mati-mati kata aku tak nak kerja di situ dah, Katon mati-mati kata dia nak blah jugak.
"Kamu gak bisa berenti sih, kamu belum dikasi gaji. Aku udah!", aku kata gitu kat Katon. Saja kasi dia bengang.
"Udah, kamu kerja di sini aja, aku ga apa-apa sih, aku punya kamar di New York. Kamu mahu ke mana?", aku kata gitu.
"Aku mahu berhenti jugak sih, kita ketemu di tempat MakCik (Jenny) nanti, mau gak?", kata Katon.
"Udah, kamu jangan hubungin aku lagi selepas ini, aku gak mahu", aku jawab gitu. Terus diam aje Katon bila aku cakap gitu.
So besoknya aku kerja untuk kali terakhir. Kalau bukan sebab kesian, mampos aku nak tolong. Lagipun Sonny tuh baik, dia tak ada salah apa-apa pun kan? Bersemangat aje aku kerja, aku bersihkan restoran tuh, aku lap sana sini sampai kat luar-luar (tak pernah pun aku buat gitu sebelum ini). Aku perasan yang Sonny sama bini dia jeling-jeling aku yang sedaya upaya cuba tak nak terbertentang mata dengan diaorang. Tapi ada jugak aku tertengok diaorang masa diaorang tengah tertengok aku. Termalu lah aku kan?
Dalam pukul 12 tuh aku talipun makCik Jenny sebab Sonny nak aku suruh MakCik Jenny cari dua orang, untuk menggantikan aku sama Katon. Since aku tahu yang MakCik Jenny kenal dengan Katon, aku tanyalah dia pasal Katon nih.
"Ayoooo, apa pasat you kawan sama itu orang? Itu tarak baik punya orang wooo. Itu suka main perempuan punya orang, selalu bikin kacau itu orang", kata makCik Jenny.
Nak tergelak lah aku mendengarnya sebab memang aku tak expect pun MakCik Jenny tahu perangai Katon gitu. So memang confirmed lah yang Katon nih pembawak masalaah. So aku ceritalah kat Sonny, macam nak pecah perut kitaorang gelak.
"You want to know what actually happened last night?", aku tanya Sonny bila dia datang dekat aku.
"I saw it, that's why I let you go", kata Sonny.
Laaa, dia tahu rupa nya, kata aku dalam hati. Sonny beritahu yang dia tak nak lah Katon perasan yang dia tahu apa terjadi, so itu yang dia buat selamba aje, pretending like dia tak tahu apa-apa. Sedangkan dia tahu, dan dia faham apa pasal aku nak berhenti kerja serta merta. Sebenarnya aku macam nak sentapz jugak semalamya tuh sebab Sonny macam "senang" aje membenarkan aku berhenti. Tak ada pun dia macam nak pujuk-pujuk aku.
"Why don't you take a few days off and go back to New York?", Sonny tanya aku. Aik, ada hati nak suruh aku balik kerja semula. Aku geleng-geleng kepala aje. Memang aku tak ada niat nak balik semula kerja di restoran Sonny tuh, apa tah lagi kalau Katon masih ada.
"Ok, I'll let him go, then you come back here, ok?", Sonny tanya aku. Aku diam aje. Masa tuh memang aku tak ada plan lain, apa yang aku tahu, aku nak balik ke New York, dan after a few days break, aku nak mula cari kerja lain.
Then Sonny beritahu yang tahun depan dia akan balik ke China for a few months nanti, dan dia mintak aku tolong handle restoran tuh, sama-sama bini dia dan Mr Wong. Aku anggukkan aje lah tapi dalam hati aku kata, entah-entah masa tuh aku dah kerja di tempat lain.
"I want you to be the Manager here", kata Sonny. That doesn't mean a thing to me kan? Pandai Sonny tuh, dia tahu aku nih mudah terkesian kat orang, so dia ajak aje aku sembang, sambil pegang-pegang bahu aku.
"Let me think", aku kata kat Sonny bila dia suggest aku balik ke New York dan masa aku di sana nanti, dia akan fire Katon. Bila Katon dah blah, aku bolehlah balik semula ke New Hampshire. Mulanya aku tak nak sebab aku rasa itu macam back stabbing aje kan?
Memang lah berat hati aku nak terus kerja di restoran tuh tapi bila mengenangkan Sonny yang baik sangat tuh, yang tak ada salah apa-apanya tuh, aku rasa macam terhutang budi pulak kat dia. Lagipun, di mana-mana aku kerja nanti, I'll be doing the same bloody thing jugak kan? Akan kerja 12 jam sehari jugak kan? Buatnya dapat Boss yang teruk? Lagipun, aku baru dua kerja sama Sonny, aku rasa aku boleh teruskan for a few more months lagi kot?
So aku lepak-lepak ajelah sambil fikir apa keputusan yang aku nak buat.
"Please, please", kata bini Sonny sambil tangan dia macam menyembah tok pekong Cina. Aku gelak kan aje. Dia tak tahu pun yang masa tuh aku tengah plan nak buat apa masa di new York nanti. Aku dah terbayang nak pergi tengok Broadway show. Aku dah terbayang yang aku nak lepak kat Times Square. Wayang apa nak tengok nanti nih, itu pun bermain di fikiran aku.
Dah petang tuh bila Sonny tanya aku, baru lah aku kata aku setuju untuk datang kerja di restoran dia tuh semula nanti, selepas aku bercuti di New York.
"Thank You, Thank You, Thank You", kata Sonny sambil peluk-peluk aku. "Yaaayyyy", kata bini dia sambil kasi high-5 kat aku. Diaorang tak tahu yang masa tuh aku jadi macam takut aje. Diaorang tak tahu yang masa tuh aku fikir, entah-entah sesebulan dua aje nih, sure akan ada hal lainnya lah nanti tuh. Dengan aku nih, memang tak lama amannya, sure ada aje nanti hal-hal lain.
Dan dan tu jugak aku rasa macam termenyesal sebab bersetuju dengan cadangan Sonny untuk terus kerja di restoran dia tuh, tapi aku cuba sedapkan hati yang kali ini aku akan bekerja dengan hati yang lebih tenang, knowing the fact yang diaorang suka kan aku.
Aku jadi macam malu, macam tak berapa sedap hati jugak bila Sonny, everytime dia lalu belakang aku, dia akan pegang-pegang bahu aku. Every time! Sampaikan aku termalu sendiri.Aku tak suka dimanjakan sangat sebenarnya. Aku tak suka dimanjakan begitu sebenarnya.
So plannya gitu lah, aku akan balik ke New York malam tuh (Isnin) dan Friday nya balik semula ke New Hampshire. Masa tuh nanti Katon dah tak ada sebab dia akan dibuang kerja, bila Sonny dapat satu orang baru untuk gantikan Katon.
"Ok, go take a shower, the bus will be coming at 10", kata Sonny kuat-kuat (supaya Katon dengar), bila kitaorang sampai aje kat rumah malam tuh, selepas balik kerja. Itu Sonny berlakun aje benarnya. Sonny yang talipun driver kereta sapu yang akan membawak aku ke New York (via Boston), kebetulan pulak ada kereta sapu malam tuh, cepat pulak tuh, pukul 10 dah sampai. Ngam-ngam lepas aku siap mandi.
Aku tinggakan aje pakaian aku kat bilik Sonny tapi aku tetap bawak beg besar aku tuh, so that Katon tak terperasan yang aku akan balik semula ke New Hampshire. Lagipun memang aku nak bawak balik pakaian aku, kat New Hampshire nih aku tak perlu banyak pakaian sebab setiap hari kerja, pakai uniform kan?
Sonny yang beria-ia bawak beg aku, dia yang sibuk-sibuk, cepat-cepat masukkan beg aku ke dalam van Cina tuh, aku cuma sempat bersalam aje sama Katon. Kesian pulak aku tengok muka bersalah dia. Dia tak tahu pun yang semua nya tuh lakunan aku sama Sonny.
"What made you think I'll be back Friday?", aku tanya Sonny sambil tutup pintu van tuh. Saja lah nak menyakat dia.