Punya lah sibuk that Friday, Saturday and Sunday sampaikan kitaorang semuanya semput-semput. Balik kerja semuanya tidur aje, tak ada lepak-lepak sampai tengah malam pun. Kerja start pukul 8 pagi (Sonny bukak restoran pukul 6 pagi) sampailah pukul 10-30 malam.
Bertali arus orang datang makan. Ramai nya yang datang, Tuhan aje yang tahu. Sama ramai dengan yang balik. Tak ada apa sangat masalahnya sebab kitaorang berjaya control crowd, Sonny happy aje sebab memang buat duit betul 3 hari tuh.
Cuma Katon aje lah yang mengeluh aje kerjanya, menyalahkan semua orang. Macamlah dia sorang yang buat kerja tuh. Dia tak tahu orang lain pun letih jugak. Amigo tukang masak yang baru masuk kerja tuh kesian aku tengok, sebab Friday tuh hari pertama dia kerja. Ada a few times dia geleng-geleng kepala bila aku tanya dia pasal his first day at work.
Saturday tuh, masa dah agak petang, masa tak berapa ramai orang datang makan, Katon buat hal lagi. Entah apa yang dia mengomelnya aku pun dah lupa. Seingat aku, dia marah pasal dia kata asyik-asyik dia aje yang kena kerja di bahagian teriyaki.
Memanglah sepanjang hari tuh dia kerja di bahagian tuh, aku di bahagian serve makanan. Biasanya kitaorang tukar-tukar tapi sebab customers sentiasa ada, dan aku tengok Katon selamba aje kerja, aku teruskan aje kerja di bahagian serve makanan tuh the whole day.
Lagipun, setahu aku, Katon suka kerja di bahagian teriyaki tuh sebab kat situ kerjanya tak ada siapa yang kacau. Tak perlu terlari ke sana sini, tak perlu bercakap dengan customers. Di bahagian serve makanan, kena layan customers, kena mintak order, kena sediakan makanan/minuman, kena penuhkan makanan yang dah tinggal sikit. Dan kena terlari sana sini, memang memenatkan.
So mengomellah Sikaton nih tak henti-henti, siap kata aku nih curi tulang, tak baik dari segi ugama, masuk neraka. Benda-benda gitu lah. Aku diamkan aje sepanjang masa dia mengomel tuh.
Tapi, entah apa pasal, tiba-tiba aku rasa macam tersedih gitu, aku rasa macam hiba gitu, dan tiba-tiba airmata aku mengalir laju aje. Aku sendiri pun terkejut. Nasib baiklah masa tuh tak ada orang datang makan.
Puas aku tahan airmata aku dari keluar tapi semakin ditahan, semakin merembas airmata aku. Aku bukan menangis, tapi airmata keluar. Sampaikan aku tergelak besar sorang-sorang (masa tuh Katon buat pura-pura susun air minuman). Puas aku pura-pura buat kerja, kacau lauk sana sini, masih jugak airmata aku turun. Dalam pelik-pelik tuh pun, aku macam nak marah aje kat diri aku. Apa pasal aku nih mudah sangat keluarkan air mata? Ker sebab aku selalu kumpulkan masalah aku then tiba-tiba aku breakdown gitu?
Tengah aku geleng-geleng kepala gitu, bini Sonny tanya aku. Ya ampuuuunn, aku jawab tapi tak pandang dia. Then dia pandang aku, dia tengok aku betul-betul, masa tuh aku gelak-gelak, tapi air mata aku tetap keluar. Aku memang dah tau nak buat apa, so aku terus gelak ajelah. Dia pegang bahu aku, tanya aku (in Chinese) apa pasal. Terus aku pergi ke dapur, then aku basahkan muka aku. Dia ikut ke dapur tengok aku basahkan muka, then dia pergi semula ke depan. Lepas tuh dia ambil a few helais tissu paper kasi kat aku. Masa tuh aku dah back to normal, aku gelak-gelak aje, dan bila bini Sonny beritahu Sonny, aku diamkan aje, aku geleng-geleng kepala macam isyarat tak ada apa-apa terjadi.
On the way balik kerja, aku sama Katon sembang macam biasa aje lah, gelak-gelak lagi, semuanya berkisar pasal plan kitaorang nak berhenti kerja. Katon suruh aku temankan dia kerja sampai akhir December tapi aku tetap kata yang aku nak habiskan November ajelah pasal aku tak tahan kerja sama dia. Biasalah, dia mintak maaf lagi, then kasi alasan yang dia keletihan dan bila letih tuh biasalah kan? Jadi cepat marah. Dia salahkan aku sebab dia kata aku nih sensitif sangat. Sensitif bapak dia lah!
"Ayuh aku beliin kamu bir (beer), mau gak?", tanya Katon masa kitaorang singgah di 7-Eleven, malam tuh.
"Aku gak minum, gak mahu lah", aku jadi bengang sebab dia tuh sama-sama Islam tapi selamba aje beli beer.
"Kamu ni, gak ngewek (ngentot), gak minum. Solat melulu. Gimana sih?", dia perli aku.
Esok paginya, sebelum pergi kerja, aku tak online pun. Instead, aku keluar, lepak-lepak kat luar apartment. Walaupun sejuk tapi aku tak peduli. Aku berfikir. Tak boleh jadi macam nih gayanya, kata aku dalam hati. Tak akan tenteram, tak akan aman hidup aku selagi Katon ada bekerja di sini. Aku kena berundur nampak gayanya nih.
So otak aku dok mengira duit yang aku ada, aku boleh survive untuk beberapa bulan akan datang. Apa kata aku balik New York aje, cari kerja di sana? Sama aje kan, as long as I'm emloyed kan? Tapi perasaan takut tuh ada jugak, what if tak ada kerja yang bagus (as if kerja aku sekarang nih bagus), what if tak ada kerja yang sesuai? What if dapat Boss yang tak sebagus Sonny nih?
Aku nak tergelak jugak sebab dulu aku ada berYM dengan member kita sorang nih, macam-macamlah dia sakat suruh aku balik New York aje. Dia kata dia kasi aku sampai hujung Nov aje untuk tahan kerja di New Hampshire nih. Masa tuh aku tengah bersemangat nak kerja di sini nih, tengah menggelegak lagi, so aku macam tak peduli pun kat saranan dia tuh. Aku macam tonggek-tonggekkan bontot aje masa dia kasi cadangan gitu tuh. Aku gelak-gelakkan aje. Tapi nampak gayanya betul pulak tekaan member aku tuh. Aku rasa macam termalu lah pulak dengan diri aku sendiri. Rupanya bukan aku sorang aje yang ada sixth-sense.
Dan aku terfikir jugak, sure orang akan ketawakan aku kalau dapat tahu yang aku sempat kerja 2 bulan aje di New Hampshire nih. Nasib baiklah (seingat aku) aku tak ada mention dalam my previuos etries yang aku akan cuba bekerja lama sikit kat sini. Nasib baik betul, kalau tidak lagi besar gelak diaorang kot.
So aku decide yang aku akan habiskan November aje, lepas tuh aku akan mencuba nasib di New York semula lah. Kat New York aku lebih happy kot? Aku macam jadi insaf sesikit bila mengenangkan yang selama aku di New Hampshire nih, aku tak ada baca Quran pun, tak ada baca Yassin pun. Sebab aku tak bawak apa-apa bahan bacaan pun masa mula datang New Hampshire nih.
Tengahari tuh aku beranikan diri beritahu Sonny yang aku nak kerja sampai hujung bulan aje. Aku beritahu dia yang hidup aku tak tenang, sejak adanya Katon.
"I don't like it here anymore", aku kata kat Sonny. Macam lah aku pernah suka kerja di situ kan?Aku beritahu dia jugak yang aku kesian kat dia pasal sekarang waktu sibuk dan aku terpaksa pergi di waktu sibuk. Aku kata aku selalu terfikir pasal tuh tapi keadaan sekarang nih membuatkan aku terpaksa lupakan fikir semuanya tuh.
"I have to think about myself now. Sorry", aku kata kat Sonny.
"I don't know what to say", itu aje jawapan Sonny.
Sunday, nasib baiklah restoran bukak pukul 10 so dapatlah tidur lama sikit malam tuh. Everything went well sampailah masa dah nak tutup restoran tuh bila Katon suruh aku bersihkan tempat masak teriyaki sebab dia kata dia letih sangat. So aku sediakan lah peralatan nak cuci tempat tuh, kebetulan pulak ada customer so aku tinggalkan dulu tempat teriyaki tuh.
Then aku terralit bersihkan tempat lain. Bila Katon tengok jam dah 9-30 malam dan aku masih belum bersihkan lagi tempat tuh, dia mengamuk. Dia marah-marah. Dilibasnya, diketuknya alat-alat tuh. Dia merengus.
"Kalo aku hilang sabar, mati kamu aku kerjain nanti", terkejut aku dengar dia cakap gitu.
"Udah, kasi aku bersihin, kamu santei aja", aku cakap gitu. Tapi dia tetap tak berganjak, dia mula bersih-bersih sana sini.
"Udah, kasi aku aja bersihin", aku kata lagi. Katon terus aje buat kerja sambil kata,
"Awas kamu! Kamu lihat aku pegang apa nih. Kamu lihat gak?". Dia tengah pegang pisau (sudip) teriyaki, di kedua-dua tangan.
"Udahlah, kasi aku yang bikin, koq kenapa kamu sih?", aku macam nak rampas pisau tuh dari dia.
"Udah, kamu pergi! Mahu aku terajang kamu?", kata Katon sambil dia tunding pisau tuh kat aku, sambil kaki dia macam nak sepak aku.
Ketar lah aku kan? Wakakakakakka terus aku ke bahagian serve makanan, aku berdiri di situ. Masam jer muka. Sonny cuba buat lawak, suruh aku gelak kononnya.
"Eh, let me go tomorrow, please", aku berpaling sambil kata gitu kat Sonny yang masa tuh tengah lap rice cooker.
"Ok ok ok", kata Sonny.