Friday, October 19, 2012

Ahad14122008

Lega aku hari nih mula kerja pukul 11 pagi, bukan pukul 10 macam selalu. Cuma yang tak best nya, kena balik lewat sikit sebab ada dinner kat rumah mak David, sempena Hanukah, perayaan orang Jews. Since tak ada apa nak dibuat sangat pun sebelum tuh, sementara David pergi gym, aku tengok tv aje lah kerjanya. Tak aman langsung pasal ada aje lah Hal suruh aku buat itu ini. Kena urut dia pun jugak sekejap, dan by 2 pm dah siap semuanya dia sedangkan nak ke apartment mak tiri dia tuh pukul 3-30 pm. Dia yang kepoh sangat suruh aku siapkan dia cepat-cepat, sebelum David balik dari gym.

So, lepas makan, ada lah dalam sejam setengah dia termenung aje kat scooter, aku bantai tengok tv, sementara David bersiap. 4 blocks away jer apartment mak David tuh, tapi aku tak pernah sampai ke situ pun selama ini. Kat apartment nenek David aje yang selalu aku pergi dinner pun. Mak dia nih duduk sorang, sejak laki dia mati, beberapa tahun lepas. Jenis janda tua yang kaya tu lah, 3-bedroom apartment, duduk sengsorang, tak pernah masak pun, asyik makan kat luar aje. Dan selalu tengok wayang, sama kawan dia. 

Dinner nya pukul 6, so lama lah melepaknya kat ruang tamu, yang ada pun kitaorang bertiga, adik David sama laki dan dua anak remaja diaorang, then parents laki adik dia tuh. Diaorang datang dari Upstate New York, dalam sejam setengah dari New York City. Mertua adik David tuh suka cerita pasal wayang, mak David pun sama, so bila diaorang bukak cerita pasal wayang yang baru-baru main, David asyik beritahu yang aku dah tengok semuanya tuh. So diaorang banyak tanya aku, film apa yang best, film apa yang aku suka. Taste orang tua nih lain banyak kan, so aku tak tahu sangatlah nak jawab. Diaorang kata suka sangat film Australia sedangkan bagi aku film tuh ok aje, tak ada lah best mana pun. Bila aku kata aku suka Slumdog Millionaire sama The Reader, dan a few French films yang Kirsten Scott Thomas berlakun (yang dicalunkan untuk Golden Globe), diaorang kata tak suka pulak foreign films. So, aku tak lah rasa tersisih pun sepanjang diaorang sembang tuh. 

Dah lama tuh, adik David sekeluarga pulak kata yang diaorang kena balik awal sebab nak tengok Survivor Finale. Terus aje lah aku tanya diaorang, sapa yang diaorang agak boleh menang. Diaorang semuanya rooting for Bob, aku kata aku nak Susie yang menang, sebab Bob tuh macam tak ada integrity gitu. So jadi seronok pulak sembang pasal Survivor, jugak pasal Amazing Race. Terkejut David sebab dia tak tahu pun aku suka that 2 shows. Aku tak pernah pun beritahu dia sama Hal, siri tv apa yang aku suka. Sebab aku tahu, diaorang tak suka benda kasar-kasar gitu tuh, benda rough-rough macam tu tuh. Masa kat apartment diaorang, memanglah aku jadi tersuka jugak tengok shows yang diaorang suka, macam Ugly Betty, Two & A Half Men, The Big Bang Theory, tapi the real me sukakan The Amazing Race dan Survivor. Memang tak pernah miss pun tengok both shows walaupun terpaksa tengok kat internet aje sebab aku kerja sampai malam.

Walaupun dinner nya mula pukul 6 tapi jadi terlama pulak, sampaikan aku dah risau bila pukul 7-30 pm, Hal tak ada gaya nak balik pun. Mana aku tak risaunya, Survivor mula pukul 8, nak menyiapkan Hal (kena buat catherter lagi) sebelum angkat dia ke katil, ada lah dalam setengah jam. Haruslah pukul 9 baru siapnya nanti tuh kalau balik ke apartment diaorang dalam pukul 8. Aku sama Hal balik dulu, David kata dia akan menyusur kejap lagi. Kincang kirap aku menyiapkan Hal, simpan pakaian-pakaian dia, bersihkan apa-apa yang patut, itupun dekat 8-30 baru siap. David balik pun masa aku dah nak blah, so sempatlah dia kasi gaji aku.

Aku turun kat 57th Street sebab nak ke CBS punya bulding kat belakang Apple Mecca, nak tengok tv kat situ. Tapi hampa sebab diaorang tak tayangkan Survivor Finale tuh, diaorang tayang iklan semua shows kat CBS aje. Serba salah aku dibuatnya, tak tahu samada nak balik atau nak pergi tengok wayang. Tak apa lah, aku boleh tengok Survivor tuh lepas balik tengok wayang nanti, tak apa lah tak dapat tengok live. Tapi, nak tengok wayang, malu kat diri sendiri pulak rasanya sebab kalau aku tengok, makna nya minggu nih aku tengok wayang sampai 3 kali. What a life kan? Tapi, aku nak buat macamana, itu aje lah yang mampu aku buat untuk menghiburkan hati aku. Tua dalam panggung wayang aje lah aku nih gamaknya. Teringat kat PakCik Arthur (Melayu yang aku jumpa kat Chinatown tahun lepas tuh), dia lagi teruk dari aku kan? Ingat dak dia kata, "Aku nih mati atas pantat aje lah nampak gayanya" (sebab dia selalu pergi kongkek). Ha, itu lagi teruk, kan? 

So aku terus naik train ke Chelsea, walaupun panggung IFC tuh kat West Village, kat West 4th Street. Chelsea punya subway station tuh kat 23rd Street, so ada lah dalam 20 blocks yang aku kena jalan untuk ke panggung tuh. Bukan apa, film tuh main pukul 10 malam sedangkan masa tuh belum pun pukul 9. Aku tak tahu ke mana nak dituju kalau dah sampai tempat yang dituju tuh awal. Akan rasa`lama sangat nak tunggu, walaupun aku boleh round-round kat area tuh. So itu yang aku jalan kaki aje tuh dari Chelsea, biar ngam-ngam sampai, wayang pun start main. 

Ya ampun lah, sesak nafas aku tengok wayang tuh, Dear Diary. Lemas aku, bergelimpangan airmata aku keluar, ekekekkeke. Mana tak nya, film tuh pasal satu keluarga kat New York nih, yang miskin, yang kena evict dari apartment diaorang, just a few days sebelum Krismas. Yang buat real nya, train yang Frank Diaz naik tuh, sama dengan train yang aku naik setiap hari, satu route. Pasal diaorang homeless, diaorang mintak sedekah kat Times Square, kat depan Macy's, diaorang tidur dalam train, semuanya tuh real sungguh. Dan yang buat aku tak tahannya bila bab anak dia makan cokelat bar, masa dalam

train tuh. Adoi lah, sengsara aku dibuatnya. train tuh. Adoi lah, sengsara aku dibuatnya.