Friday, October 19, 2012

RabuKhamis2122012009


Rabu

Kesian pulak aku menengok nya tuan rumah aku laki bini tuh, pagi-pagi lagi dah keluar cari kerja, jugak cari rumah sewa. Siap bawak bekal lagi tuh. Patutnya diaorang tak ada masalah nak cari kerja sebab diaorang ada legal papers, diaorang dapat asylum, tapi itulah, mungkin sebab diaorang dah berumur sikit itupasal susah nak dapat kerja yang bagus-bagus.

Ada diaorang kata nak pindah ke Philadelphia aje, nak duduk sama-sama orang Indo yang beribuan di sana tuh, nak ikut kerja kilang, tapi sebab barang diaorang banyak, berat jugak diaorang nak ke sana tuh. "Pusing Joe, hari-hari muter cari kerjaan tapi nggak ada", kata diaorang. "Kalo diikut hati, mau pulang Indo aja", kata laki dia. 

Selalunya, pagi-pagi, aku sorang-sorang aje kat rumah sebab diaorang keluar. Itu yang buat aku bebas sikit kalau nak memasak, harinih aku buat nasi goreng, sama bubur kacang. Mengidam aku nak makan bubur perbuatan sendiri. Cadangnya nak buat kuah kacang aku tuh, tapi bila memikirkan yang rumit kerjanya, malaslah pulak aku. Aku bajet, tak nak spend lebih dari sejam untuk memasak, lebih dari sejam tuh dah kira buang masa aje. 

Since Asar dah lewat sikit sekarang nih, so aku pergi kerja lepas Zohor, tak sempat nak buat Asar kat rumah dah masa nih. Pergi kerja pulak, for the last few days, aku naik local train yang berhenti kat banyak stesyen tuh. Naik malas pulak aku tukar-tukar naik express train. Naik local train nih best, tak payah nak sambung-sambung berangan, boleh lama sikit berangannya. 

Mood aku masih tak baik lagi nih, mintak-mintak sampai hujung minggu ni aje lah "rasa tak best" aku nih, minggu depan aku kena buat something untuk mengebestkan mood aku nih. Aku kena pergi merayau-rayau ker, pergi tengok wayang ker, apa-apa lah, asalkan aku ada aktiviti. Bila tak ada aktiviti nak buat macam mingu ni nih, berserabut kepala otak. 

Khamis 

Aku rasa aku nih kena selalu dipuji. Atau dengan kata lain, aku nih suka dipuji kot. Tadi, masa kelas Spanish, masa disuruh buat karangan (tulis surat), Cikgu aku bukan main lagi puji aku, dia kata "Joe has the art of writing letters". Terus aku teringat kat Cikgu German aku masa aku kat Goethe Institut dulu, she said the same thing too. Lepas tuh terus aku jadi rajin, jadi bersemangat nak belajar. So bila dia cakap gitu tadi tuh, terus kembang hati aku, terus aku tanamkan semangat yang minggu nih dan minggu-minggu yang seterusnya, aku nak pulun belajar, aku nak mentelaah bebanyak, dan aku nak enroll kat online lesson yang Cervantes Institute tuh ada buat. Aku tahu aku boleh, aku pun ada banyak masa lompang, cuma aku nih malas aje. Macamana pun, tadi tuh aku macam dapat semangat baru aje, hopefully aku akan terus jadi rajin, this is for my own good jugak kan?

Masa on the way ke subway station, lepas habis kelas, hampir aku tersinggah makan kat Rockerfeler Center, kat cafe di situ, sebab aku, setiap kali nak pergi kelas (atau balik dari kelas), bila aku lalu situ, aku macam teruja aje nak makan kat situ, nak nampak macam kelas aje macam orang lain tuh. Itu benda kelas yang aku mampu buat, orang miskin macam aku nih. Tengoklah satu masa nanti, aku nak melepak kat coffee house kat situ, sesambil on kan laptop, berlatarbelakangkan Rockerfeler Center, berbackgroundkan NBC Studio. 

Balik kerja aku ke Union Square, makan kat Restoran Laut, makan roti canai sama minum teh ais aje tapi tapau kari udang. Sibuk restoran tuh, tapi waiters tuh layan aku best, sembang-sembang dengan aku sambil gelak-gelak. Aku kasi suggestion kat Manager restoran tuh, aku suruh diaorang tukar gelas kat restoran tuh sebab nampak macam kokak sangat restoran yang upscale gitu tapi gelasnya gelas biasa yang macam gelas kat kedai mamak. Infact, benda tuh yang aku perasan masa aku mula makan kat restoran tuh dulu, gelasnya tak melambangkan restoran tuh kat Manhattan. Manager tuh kasi aku 25% off sebab aku kasi cadangan bernas gitu tuh, yang mulanya dia kata dia tak terfikir pun pasal gelas tuh. Aku tak ambik pun 25% tuh, instead aku kasi buat tips aje untuk diaorang.