Friday, October 19, 2012

Rabu31122008


Tak sangka pulak lebat jugak snow turun pagi tadi, itu yang aku keluar tak pakai topi, walaupun aku dah bersiap sedia bawak gloves, pakai scarf dan sweater tebal. Aku nak ke Times Square awal-awal sikit sebab nak tengok persediaan terakhir sebelum New Year Celebration.Too bad aku kena kerja di sebelah malam nanti, itu yang aku rasa macam bengang aje bila sampai kat Times Square tuh, bila tengok orang dah mula ramai, walaupun salji semakin lebat turunnya. Angin kuat pulak tuh, itu yang buat sejuk sangat, dan salji pun salji lembut, turun aje terus cair.

Adalah dalam sejam aku di kawasan tuh, meinjau-ninjau persiapan diaorang, ada a few stages yang dibuat, Bill sama Hillary Clinton yang akan menekan butang crystal ball, sama-sama Mayor Bloomberg, pukul 12 malam nanti.Artis-artis yang akan perform, Jonas Brothers, J Lo, Marc Anthony, Lionel Ritchie, tah sapa-sapa lagi lah.

,


[Polis ramai gila, kat mana-mana asyik ada Polis aje]


[One of the stages kat Times Square. Ini yang paling dekat dengan building yang ada Crystal Ball tuh]



[Snow mula turun, itupun dah ramai orang beratur nak dapatkan good spot]

Lepas tuh aku terus ke Jackson Heights, makan lauk daging kurma, sama nasi beriyani. Alah, dah terduakali aku makan kat luar minggu nih, esok sekali lagi, lepas tuh Sunday nanti, macamana nih, katanya nak maksima 3 kali seminggu aje? Since masih ada masa, aku masuk internet cafe dalam dua jam, itupun lepas merayau-rayau kat dalam snow. Sejuk sangatlah, angin kuat, nak tercabut contacts aku dibuatnya. Kat Forest Hills aku sempat masuk library sekejap, sempatlah baca majalah-majalah hiburan, aku kena sentiasa terkini kalau pasal-pasal artis nih, ekekekek.


[Gambar dari depan library, snow tengah turun, masa nak keluar nak pergi apartment Hal]

David ada talipun Hal, kata yang dia akan balik lambat sikit, so Hal ambik kesempatan tuh suruh aku urut dia dekat sejam, sebelum buat catherter. Nak kasi darah flow, itu aje lah alasan dia. Tapi kan, walaupun sejam aku lalu-lalu kan tangan aku kat badan Hal tuh, urut-urut mana yang patut, aku rasa macam sekejap aje, macam best pulak. Sebab aku dok mengelamun aje sepanjang aku buat kerja tuh. 


Biasalah kan, akhir tahun, sejauh mana pun kita cuba tak nak fikir sangat apa yang kita dah lakukan sepanjang tahun, pasti akan ada sekelumit masa yang kita akan terkenang-kenang kisah-kisah kita dalam setahun tuh. So, begitu lah aku. Aku asyik dok terfikir (aku akan tulis kat my next entry) kisah setahun hidup aku, di tahun 2008 yang dah nak berakhir nih. Yang akhirnya aku jadi macam tak best pulak sebab kesimpulannya, Sindrom Bridget Jones datang jugak kat diri aku nih. Di saat-saat akhir.
 

So malam tuh, aku jadi macam bodoh gitu, nak layan Hal sembang pun malas jadi nya. Aku tak jadi excited pun bila fikir yang dalam beberapa jam lagi aku akan berada kat Crossroads Of The World, Times Square, untuk sama-sama menyambut New Year. Bila David tanya, aku kata lah yang aku naik mood swing, jadi moody gitu.

Lambat pulak siapnya dinner Hal malam tadi, so lambatlah nak menyiapkan dia sebelum dia masuk tidur. Pukul 8-45 malam baru aku dapat blah, geram aku jadinya. Singgah sekejap kat kedai, beli granola bars, nak bawak bekal takut lapar nanti sebab dalam 3 jam berdiri nak tunggu 12 tengah malam, sejuk-sejuk pulak tuh, sure akan cepat lapar. Aku turun di 57th Street, nak masuk area 7th Avenue, kena beratur, kena diperiksa. Tak dapat aku nak ke depan dah, sendat dengan manusia, setakat dapat tengok dari 51st Street aje. Aku dapat bertenggek kat steel barrier yang Polis pasang tuh, kejap-kejap turun, melompat-lompat, nak kasi panas badan. Sejuk nya tak boleh ceritalah, aku bungkus kepala, takat nampak mata aje, nak ambik gambar pun siksa sebab jari jadi kaku. Orang lain pun sama jugak, masing-masing terlompat-lompat gitu jugak. 


Terfikir jugak aku, dekat 3 jam aku berasak-asak dalam kesejukan tuh, cuma sebab nak tengok crystal ball tuh dijatuhkan aje, berbaloi ker? Tengok kat tv lagi best kan? Memang lah, tengok kat tv lagi best, tapi no amount of fresh air yang boleh menyamakan dengan keseronokan, keexcitedan, berkumpul ramai-ramai, bertolak-tolak, menanti detik 12 malam, di New york City. That's the whole point sebenarnya, to be there where the action is. 


10 minit sebelum 12 malam, beribu-ribu belon dijatuhkan dari bangunan sekeliling, then beberapa minit lepas tuh, masing-masing dah menari, melompat-lompat dah. Tepat 12 malam, crystal ball tuh dijatuhkan, dan berton-ton confetti diterbangkan, dari atap bangunan-bangunan kat situ. Orang lain semuanya bercium-cium lah kan, so aku buat pura-pura ambik gambar, sebab aku tak ada siap nak dicium, ekekekekke.

Tengah aku pusing belakang sebab nak tengok Fireworks yang dipasang kat Central Park (tapi boleh nampak dari kejauhan), awek Spanish yang sama-sama bertenggek dengan aku kat pagar tuh, cuit bahu aku, dan dia wish aku, "Feliz Año Nuevo". Tergamam jugak aku nak jawab sebab aku tengah fikir, nak cium dia ker tidak? Entah, tapi aku rasa macam dia hulurkan muka dia aje untuk dicium, the moment dia wish kan aku tuh. Aku perasan yang dia kat situ sama a few others, ada balak dua orang, then a few girls.

"No hablo español bien", (I don't speak Spanish well) aku jawab gitu lepas aku wish kan dia Happy New Year.

Aku cadangnya nak ke depan lagi bila orang ramai mula blah balik tapi semua jalan ke situ ditutup pulak, terpaksalah aku cari subway aje, lagipun esok aku kena kerja pukul 12 tengahari, so aku tak boleh merempit lama-lama sangat. Macamana pun aku puas hati sebab aku punya long overdue mission (untuk berada di Times Square masa New Year) telah pun aku accomplishedkan.

Nasib baik banyak trains disediakan, so pukul 2 pagi aku dah sampai kat rumah. Lapar sangat, goreng telur aje lah untuk dinner, then terus tidur.

Good Bye 2008, Welcome 2009.








[Gambar selepas the event, bila orang semua dah beransur balik]