Friday, October 19, 2012

Khamis08012009


Semalam, masa nak pergi kerja, masa dalam train, aku baca this free weekly paper, TheVillageVoice. Aku suka paper tuh sebab kat paper tu lah aku dapat banyak info pasal what's happening in New York City, kat mana events, kat mana restoran best, semuanya lah ada kat situ. Then aku terbaca pasal iklan kelas Spanish yang dianjurkan oleh Instituto Cervantes, tajaan Kerajaan Spain. Terus aku macam terbersemangat nak join.

So malam tadi aku aku browsed website diaorang, cari info, apa pasal lah baru sekarang aku terjumpa pasal that Language Center? So, aku terus tanam azam tahun baru, yang aku nak at least compelete kan a few terms belajar Spanish.

Lepas jogging yang cuma dapat 5 rounds aje berlari sekeliling playground tuh, terus aku bersiap nak keluar. Aku jadi macam happy sikit knowing yang dengan aku pergi belajar Spanish, aku akan ada benda yang exciting nak dibuat dalam kehidupan aku yang serba bosan nih. Boleh jumpa orang yang sehobby dengan aku. Tak lah asyik nak memerap kat rumah tak buat apa-apa di waktu pagi, kan?

Aku suka cara aku nih, sentiasa tercari-cari idea untuk memenuhkan masa lapang, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Tak kisahlah kalau macam membazir duit aje, as long as I'm happy dengan apa yang aku buat, dat ist gut genug, macam kata orang Jerman. Alah, daripada aku pergi tengok Broadway shows, pergi concerts (sebenarnya tak ada concerts yang best-best, so itu yang aku asyik cari jalan untuk menghabiskan duit tuh, ekekekek), baik lah aku buat sesuatu yang macam menguji diri aku sikit kan? Aku tahu yang aku tak akan ponteng kelas sebab aku bayar well in advance, nanti rugi aje. Yang dulu aku belajar dengan private tutor tuh, pasal apa aku berenti separuh jalan tuh, pasal itu lah. Tak ada komitment yang padu. Kali ini aku akan buat betul-betul, aku akan go all out.

Kat Midtown, Turtle Bay area, Institute tuh. Tah, bagi aku, address tuh macam kat Upper East Side aje, tapi kat New York nih, setiap few blocks tuh ada nama masing-masing. Aku turun kat 49th Street/6th Avenue, menapaklah a few blocks to 3rd Avenue, dekat Waldorf-Astoria Hotel yang famous tuh rupanya tempat tuh.

Sebelum buat registration, aku menour building tu lah, masuk library, mengfamiliarkan dengan alam sekitar. Aku terus tersuka kat situ, terus aku terbayang yang aku akan berkampung kat situ aje lah di masa free aku.

Aku ambik intensif course, yang 5 minggu, dua kali seminggu, 3 jam setiap lesson. Ada yang regular course tapi sampai 10 minggu nak habiskan satu level. Setiap level ada 4 anak levels dia pulak, mamposlah kalau gini, sempatlah tua dulu baru habis belajar. So, true to my sifat ketamakan, tak mengedan-ngedan, aku opt for that intensive course lah, dan course seterusnya akan dibuat seminggu lepas tuh, so berterusan sampai summer, dan dalam setahun boleh dihabiskan 2 levels yang ada 8 anak levels semuanya.

Harganya $415 untuk five weeks tuh, tapi seterusnya $300 lebih aje, provided aku bayar well sebelum dateline, akan dapat 25% discount. Murah sangatlah gitu jadinya, sebab Institute nih anjuran Kerajaan Spain. So kaedahnya, kelas aku mula minggu depan, setiap hari Selasa dan Khamis, pukul 10 pagi sampai 1 petang. Just nice lah kan, lepas kelas, sempat pergi lunch sebelum pergi kerja. So much for Viva La Vida Loca kan? Ekekekekek

Lepas selesaikan semuanya tuh, aku jalan-jalan kat area tuh, aku belum pernah sampai lagi kat daerah nih, so aku menapak aje lah sampai ke 64th Street, kat area Bernie Madoff duduk. Tau sapa Bernie Madoff nih? Dia ni lah Jews penipu (bekas Chairman NASDAQ) yang buat Ponzi scheme, yang menipu orang sampai 50 Billion dollars tuh. Entah mana satu apartment dia, kat area tuh apartment puluhan juta dollars semuanya, macam tercengang-cengang aje aku tengok orang-orang kat situ, kaya raya semuanya.

Then aku patah balik, jalan kaki ke Times Square, then ambik train ke Forest Hills dari situ. Beli tuna sandwich, buat bekal untuk makan kat internet cafe. Dear Diary, ini tak dikira sebagai makan kat luar,ok? Adalah dua jam aku kat internet cafe tuh, aku suka melepak kat situ walaupun tak buat apa sangat pun, takat merayau-rayau online. Bodoh aku nih, ada laptop yang boleh online dari mana-mana, tapi malaslah pulak nak mengusungnya ke sana sini. Tak macam dulu, di mana ada aku, di situ ada laptop. Sekarang nih laptop aku dah statik gitu, tak ke mana-mana, jadi macam desktop gitu. Tilamtop yang benarnya, sebab laptop aku tak bergerak dari tilam aku, tepi bantal.

Balik kerja aku tak singgah mana-mana, sebab aku nak memasak, lapar lah pulak sebab tadi makan sandwich aje. Payah dah jadi aku nih, sejak aku menceburkan diri di arena masak-memasak nih, tiap hari nak makan nasi lah pulak. Mulanya cadang nak singgah kat kedai Arab tuh, nak beli ayam, tapi aku masih ada bahan-bahan kat fridge rasanya.

So, aku memasklah, dalam sepuluh minit siap TomYam Asyura aku, aku taruk segala macam toknenek kat dalam tuh, panjang sangat resipinya kalau aku nak tulis kat sini sebab segala benda aku taruk, itu yang nama TomYam Asyura tuh. Best gila rasanya tomyam aku tuh, mana tak nya, aku taruk perencah dia sampai setengah botol, taruk gula (nak kasi hilang sikit masamnya), taruk salmon, telur, fishballs, fishcakes, serai 3 batang, macam-macam lagi lah. Itu yang sampai setengah periuk aku makan tuh, ekekekek. Biasanya kalau aku masak seperiuk tuh, boleh makan sampai 4 kali, tapi kali ini nampak gayanya dua kali makan aje lah kot.

 


211 East 49th Street, New York
Classes: Tuesday and Thursday 10:00 am - 1:00 pm