Friday, October 19, 2012

IsninSelasa2930122008



Isnin

Pagi-pagi lagi aku bangun, buat exercise, senamrobik gitu. Ada dalam sejam lebih kot aku bersenam ikut rentak lagu kat dalam cellphone aku. Kadang tuh terberenti sebab lagu-lagu aku tuh bercampur dengan ayat-ayat Quran. I should have separated them all, lagu-lagu taruk kat satu playlist, ayat-ayat Quran taruk kat another playlist. Berpeluh jugak dibuatnya, badan aku nih semenjak dua menjak nih lenguh-lenguh gitu, kat dalam badan lagi lah aku rasa macam ada benda tersekat aje, kat dada especially. Risau aku nih sebenarnya, aku tak tahu apa dia, itu yang aku kena buat excercise tuh.

Lepas breakfast, aku ke dapur, nak memasak lah pulak. Elok aje aku kupas bawang etc, Lily, tuan rumah aku keluar dari bilik dia. Dia sembang-sembang dengan aku, malu jadinya aku nak memasak sebab dia nih memang terrer memasak, so semua benda aku buat tuh, ada jer lah cacat cela nya, semuanya tak betul di mata dia.

"Koq bawangnya gak ditumbuk?", "Kamu salah beli ikan Joe, ikan yang ini banyak tulang, gak bisa dimasak terlalu lama", "Api jangan terlalu kuat sih", "Kamu masak kare gak taruk serei?", "Terung jangan dipotong terlalu kecil, nanti hancur", "Itu harus dikaco sehingga bening".

Macam-macamlah ulasan dia, torture betul kalau memasak ada perempuan nih, semuanya nak dibuat ikut tatasusila memasak. Bukannya aku tak tahu semua tuh tapi aku kan ker lelaki, aku memasak nak cepat aje, asalkan boleh dimakan masakan tuh.Diaorang nih, semuanya nak kena ikut peraturan, buang masa aje.

Dalam sejam siaplah semuanya, dari menyediakan benda yang nak dimasak, sampailah bersihkan pinggan mangkuk, periuk belanga. Kejap aje kan? Tak sedap pun kari ikan aku tuh, macam tak ada rasa pun kari nya. Aku taruk sikit aje perencah, lagipun, kaler kari tuh macam lain aje jadinya. Mulakan aku ingatkan kaler terung tuh luntur, then baru aku terperasan yang ikan tuh tak berapa bersih masa aku buang isi perut nya. So, kari ikan aku ada perisa isi perut ikan tu lah. Pulak tuh, ikan tuh hancur, dengan kaler what was supposed to be curry ikan tuh, end result dia macam kuah laksa jadinya, ekekekeke.

Lepas Zohor aku keluar, aku ke Times Square, nak tengok persiapan untuk New Year Celebration. Dapat ker aku tengok nanti nih sebab aku habis kerja pukul 8-30 pm, sampai ke area tuh dalam pukul 9 malam, yang by that time sure dah penuh sesak dengan orang. More than a million revellers yang dijangka ada kat Times Square tuh nanti, mintak-mintak aku dapatlah spot yang best sikit, aku kan ker satu-satu nya wakil Malaysia nanti tuh?

















Hal tak berapa sihat tadi tuh, dia terberak dalam pampers, the moment David balik kerja. So cepat-cepat aku usung dia ke bilik air, berlendir taik dia, meleleh-leleh sampai ke kaki. Nasib baiklah taik berlendir gitu tak busuk baunya, tapi puas lah jugak aku nak membersihkannya.

Aku beritahu David yang Khamis nanti aku tak dapat datang kerja awal sangat sebab aku nak ke Times Square malam 31 haribulan, sure aku akan sampai ke rumah dalam pukul 3, 4 pagi, paling awal pun. So dia kata aku boleh datang masuk kerja pukul 12 tengahari sebab diaorang tak ada plan nak ke mana-mana pun. Kalau masuk kerja pukul 4-30 pm macam biasa tuh lebih elok tapi tak apa lah, sure dapat balik awal sikit kot kalau masuk kerja pukul 12.

Lepas kerja aku merempit dalam sesejam gitu, mulanya nak jalan aje dari 63rd Street sampai ke West 4th Street tapi bila sampai ke 34th Street, terus aku cari subway station, aku balik aje lah.

Selasa

Macam semalam jugak aktiviti aku, cuma aku tak merempit lepas habis kerja.