Friday, October 19, 2012

IsninSelasa1920012009


Isnin

Semalam, masa aku sampai rumah, aku tengok beratur karung-karung sampah yang aku agak datangnya dari bilik Bangla yang di sebelah bilik aku tuh. Dia nak pindah gayanya, sebab barang dia kat fridge pun semua dibuangnya. So pagi tadi aku tanya tuan rumah aku, dia kata yang Mamat tuh dah pindah pun dah, tinggalkan bilik dia tuh gitu aje, penuh sampah sarap. 

Dan tuan rumah aku kata yang dia pun terpaksa pindah sebab tak larat nak bayar sewa rumah. So dia tanya aku kalau-kalau aku nak ikut diaorang pindah, kalau dia dapat rumah yang ada dua bilik. Aku yes kan aje sebab kalau nak harapkan aku mencari, memang susah lah. Tapi, kalau tak dapat rumah sewa untuk aku, diaorang akan tetap pindah jugak. So akhir bulan depan gamaknya kitaorang pindah, tak tahu lah ke mana aku pindah nanti nih, aku masih menngharapkan diaorang aje. 

Aku tak ke mana-mana, dan tak buat apa-apa pun harinih, macam tak berapa sihat lagi badan aku nih. Ker memang sengaja aku manja-manja kan diri aku, itu tak tahu lah. Penyudahnya aku tidur aje lah sepanjang pagi sampai tengahari, sampai waktu nak pergi kerja.

Balik kerja pulak, aku jadi malas nak makan, nak masak. Aku takat makan roti dua keping, diselek srikaya, then minum apple juice. Then makan jajan. Then tak lama tuh terus masuk tidur, walaupun belum pukul 11. Nothing interests me sekarang nih, tak ada semangat langsung nak berpoya-poya online. 

Selasa

Aku keluar awal sikit untuk ke kelas Spanish aku harinih pasal takut jadi macam minggu lepas tuh, terlewat. Sampai awal pun ok jugak sebab bolehlah aku tengok-tengok homeworks aku, yang selama ini tak pernah aku buat. Pemalas betul aku nih, aku macam tak ada semangat sangat lah nak belajar Spanish nih, tak macam masa aku belajar French/German, masa aku muda-muda dulu tuh, aku siap jadi best student lagi sebab aku rajin mentelaah, aku selalu nak lebih tahu dari orang-orang lain. Kali ini, dah tua-tua gini nih, dah tak ada dah semangat nak berlumba-lumba gitu tuh, belajar takat apa yang Cikgu ajar aje. 

Walau macamana pun, ini baru permulaan kan, mana lah tahu kalau-kalau satu masa nanti aku betul-betul bersemangat nak pulun belajar Spanish ni kan? Aku nih bukan boleh percaya sangat kan, silap-silap nanti aku akan bertungkus lumus belajar. So, hold your judgment dulu. 

Ada tiga students yang tak datang kelas harini sebab pergi Washington DC nak tengok inaugration. Kat Institute nih ada jugak dipasang tv besar untuk sapa-sapa yang nak tengok tapi dua tiga orang aje yang pergi, kitaorang lebih pentingkan untuk belajar so kitaorang mintak diteruskan lesson walaupun Cikgu kitaorang tuh macam berat hati aje nak mengajar. 

Habis kelas terus aku ke Forest Hills, ke restoran Thai yang dah dekat dua bulan rasanya aku tak pergi. Makan green curry, shrimp. Lemak sangatlah masakan Thai nih, manis pun sama, itu yang tiap kali aku makan kat restoran Thai, aku rasa perut aku macam berlapis aje, rasa macam ada benda mendap dalam perut. 

Alah, aku masih macam malas-malas nak tulis pepanjang lah Dear Diary, masih belum berapa baik lagi penyakit kemalasan aku nih gamaknya, tengoklah esok lusa kalau-kalau aku jadi sihat dan terrajin tulis panjang-panjang pulak.