Friday, October 19, 2012

Jumaat26122008


Ala Dear Diary, ke manakah perginya janji manis ku untuk tidak makan kat luar? 

Aku terpergi ke Pinang Restaurant kat Forest Hills tadi, makan nasi lauk sambal tumis udang/belacan/kacang bendi. Bosan pulak rasanya makan kat rumah, benda yang sama aje sebab sekali masak, bajetnya untuk dimakan 4 kali. Semalam aku buat sambal tumis udang/petai, boleh tahanlah rasanya, siap aku taruk belacan Siam lagi. Tapi, tadi tuh, serba salah pulak nak makan sebab masih awal sedangkan aku nak pergi Sembahyang Jumaat. 

Cadangnya nak makan ringan-ringan aje lah sebab aku masih ingat janji aku dua tiga hari lepas, yang aku tak nak makan kat restoran, buat sementara nih. Tapi itulah, aku fikir, buat apa menyusahkan diri sangat kan? Itu yang buat aku terpergi restoran tuh tadi, selain nasi, dapat jugak aku makan tomyam sama bubur pulut hitam. 

Nampak gayanya Dear Diary, aku kena buat sedikit pindaan lah dengan janji aku tuh, kena ada kelonggaran lah sikit. Ok, untuk minggu-minggu akan datang, aku nak dine out maksima 3 kali seminggu aje. Ok tuh kot, tak ketat sangat rasanya. Aku akan cuba lah. Yang jadi masalaahnya, sejak makan kat rumah, makin tak berseri hidup aku yang sememangnya tak berseri nih,jadinya. Kalau makan kat luar, ada lah something yang aku look forward to kan? Ini kang, nak tunggu balik ke rumah dulu baru makan, macam boring sangatlah pulak rasanya kan? 

David off hari nih tapi masa aku sampai ke apartment diaorang, dia tak ada, dia keluar dari pagi, pergi makan sama kawan-kawan dia. Dia balik pun dah pukul 7 lebih, just in time untuk dinner sama Hal. Dia kasi aku MammaMia punya dvd yang baru keluar, mulanya dia kata hadiah untuk aku tapi bila aku kasi dia duit, dia ambik jugak. Dan sebab tak ada benda lain nak buat, dan Hal nak tidur awal, aku blah pukul 8. 

Aku singgah kat 57th Street, cadangnya nak merempit tengok orang yang teramatlah ramainya sebab harinih banyak sales kat mana-mana, tapi sebab sibuk sangat dengan orang ramai, aku decided nak balik ke rumah aje lah. Tak sampai sejam pun aku merayau-rayau, pelik aku, dari mana datangnya manusia seramai itu kat area Times Square tuh? Nak jalan pun susah, terkedik-kedik jadinya.