Friday, October 19, 2012

Jumaat16012009


Rasa macam dah betul-betul sihat dah harinih Dear Diary. Sempena sihat nih, aku pun tidur aje lah, ekekekke. Malas pulak nak keluar sebab sejuk gila sekarang nih, Arctic Cold nih akan berlegar-legar for another week. Sunday nanti snow lagi dengar ceritanya. Bagus orangnya aku nih, dengar kata, diaorang Dav*d/H*l suruh aku berihat, aku betul-betul berihat, walaupun dah sihat. 

Tadi, pagi-pagi lagi David talipun, nak confirmkan yang aku akan datang kerja esok hari, sebab dia nak keluar sama kawan dia tengok Broadway show. So besok aku sama Hal aje lah seharian nampak gayanya. 

Since aku asyik melepak kat rumah aje, selalulah aku bersembang dengan tuan rumah aku. Diaorang yang buatkan aku air halia, suruh aku minum. Baik kan diaorang? Ekekekkee, ada lah sebabnya tuh. Sejak semalam, diaorang guna metro card aku sebab diaorang tengah ligat nak cari kerja, kena ke sana sini. So senanglah kalau ada metro card, since aku tak ke mana-mana, itu yang aku kasi diaorang guna card aku tuh. 

Since aku banyak masa sengsorang tadi tuh, fikiran aku selalu melayang jauh. Lepas demam memang gitu lah kan? Rasa insaf, rasa mood tak baik,fikir macam-macam gitu lah. Malas dah aku Dear Diary, nak tulis details macam dulu-dulu tuh, malas dah aku nak berdramatik sangat bunyinya tapi aku nak kau tahu Dear Diary, kalau apa-apa terjadi kat aku, dalam keadaan aku yang macam nih, aku redha aje. 

Dah lah Dear Diary, aku cadang nak tulis panjang jugak tapi airmata aku laju lah pulak turunnya nih. Lemah sangat lah aku nih orangnya, kan Dear Diary?