Friday, October 19, 2012

Isnin22122008


Sejuk gila harinih tapi aku gagahkan jugak untuk bangun pagi. Memang seronok berlingkar di dalam selimut kalau sejuk-sejuk gini, tapi sebab aku dah janji dengan diri aku yang aku nak keluar beli barang-barang dapur harinih, itu yang aku gagahkan jugak diri aku tuh. 

Sebenarnya dari dulu lagi dah, bila Isnin aje, aku cadang nak keluar beli barang-barang untuk dimasak. Tapi tak pernah tercapai hajat aku tuh. Tapi tadi tuh aku memang nekad betul, mungkin sebab aku dah insaf sikit, sebab tershopping banyak minggu lepas tuh. Hajat aku, minggu nih aku tak nak makan kat luar, walaupun sekali. Biarlah aku kebulur pun, tapi aku tak nak jejak kan kaki aku kat Penang, Pinang, Redang Island, ataupun restoran Thai tuh. Ataupun restoran Paki di Jackson Heights tuh. Kalau aku lapar sangat pun, aku nak makan ringan-ringan aje, makan cokelat bar aje. Tokay-tokey restoran tuh, they can bloody well kiss my ass, ekekekkeke 

Kaedahnya, aku ke Chinatown yang kat area rumah sewa aku nih. Aku beli sotong dan peria, jugak benda-benda lain untuk penumis. Then pergi kedai India, beli basmati sama curry powder [Kali terakhir aku masak ituhari, beberapa bulan yang lepas, ada aku beli sekampit beras, tapi penuh dengan taik lipas, so aku buang aje lah] So, memasaklah aku, buat lauk sotong masak lemak. Tapi, sotong tuh tak bersih sangat rupanya masa aku cuci, so dakwat dia keluar. Kaler hitam jadinya gulai lemak aku. Sekejap aje aku memasak, tak sampai setengah jam pun siap semuanya. Aku nih memang gitu, jenis yang tak sabar, nak cepat aje kalau memasak tuh, itu yang aku beli sotong sama peria tuh, senang dan cepat dimasak, kan? 

Sedap pulak rupanya masakan sendiri nih, dan for the very first time in months, aku makan banyak. Bertambah lagi tuh. Best, cepatlah gemuknya aku kalau macam nih makannya setiap hari. Semangat nak teruskan usaha memasak terus membuak-buak, terus aku cari resipi kat internet. Yang bosannya resipi Melayu nih, nama aje menggiurkan tapi bahan-bahannya tah apa-apa, sama aje aku tengok. Macamana pun aku tak rasa aku akan memasak setiap hari sebab sekali masak, aku boleh makan untuk dua hari, dua kali sehari. 

Masa aku sampai kat apartment David/Hal, bersepah larah pakaian Hal. Rupanya dia baru jugak baliknya dari jumpa Doktor pakar. Dia tak sempat buat apa-apa pun, even laundry pun mamat caregiver yang sorang tuh tak sempat buat. So terpaksalah aku yang kemas-kemaskan pakaian Hal yang berselerak tuh. Dia beritahu yang Doktor ada kata kat dia yang darah yang keluar masa buat catherter tuh tak payah dibimbangkanlah sangat sebab memang pernah terjadi gitu kat orang lain. Kalau selalu sangat tube plastik tuh diforcekan masuk ke lubang kote (masa buat catherter), memang akan jadi macam tuh. Aku kurang yakin dengan alasan tuh sebab memang banyak darah yang keluar ituhari. Kalau sikit aje yang keluar, memang aku boleh terima alasan Doktor tuh. Macamana pun aku senyapkan aje sebab Hal macam tak berapa berkenan bila aku kata aku dah takut-takut nak buat catherter dah. 

Balik kerja aku tak singgah mana-mana sebab sejuk sangat, walaupun mulanya aku cadang nak merempit sesejam dua. Aku dah siap pakai tebal-tebal, pakai gloves pun sama, tapi aku terus buat keputusan nak balik aje lah.