Friday, October 19, 2012

Khamis18122008


Aku keluar awal jugak harinih sebab cadangnya nak cari winter boots kat Macy's, tapi ramai sangat orang sampai nak ke 2nd floor tuh punyalah siksa nya. So aku keluar aje lah, ada jugak aku ke kedai lain tapi macam tak ada semangat aje aku nak shopping. Tak sepenuh hati gitu, itu yang akhirnya aku tak beli apa-apa pun. Lantaklah esok snow storm, aku akan pakai kasut masa kerja kat restoran Cina dulu tu ajelah, kasut tuh anti-slip.

Masa kat Times Square aku termasuk ke Info Center, saja lah mulanya nak kasi panaskan badan sikit sebab kat luar sejuk sangat. Ada ditunjukkan replika "glass ball" yang akan diturunkan masa New Year nanti. Kemudian aku tengok ada ramai orang beratur sebab nak tulis wishes kat kertas yang akan dijadikan confetti yang akan disepah-sepahkan masa celebration malam new year tuh nanti. Cool, so aku pun beratur jugaklah. Kat confetti aku, aku tulis, "I wish to be happy - and to be able to find my way home" Siap tulis email aku jugak, mana lah tahu nanti kot-kot ada orang yang terjumpa kertas confetti aku tuh. Impossible lah kan sebab beratus-ratus kilo kertas confetti yang akan diterbangkan nanti tuh.





Lunch kat kedai Paki kat Jackson Heights, tersengih aku sebab kat meja depan aku ada tiga orang Mat Salleh, diaorang macam pelik sangat tengok aku makan guna tangan, aku buat selamba aje. Aku tak ada lah rasa macam kampung, ulu sangat, sebab walaupun aku makan pakai tangan, aku tahu yang diaorang tahu yang aku nih bukannya lekeh punya orang. Aku pakai pun very presentable, walaupun tak lah stylish.

David talipun, beritahu yang dia akan balik lewat lagi. So lama lah aku kena mengurut Hal malam nih, aku perasan yang masa aku buat catherter, ada darah keluar kat tube plastik yang dimasukkan ke dalam kote dia tuh. Pekat darahnya, walaupun tak banyak. Aku tak beritahu Hal pun sebab dulu pernah sekali keluar darah, tapi sikit aje, dan darah tuh bercampur air kencing. Kali ini darah tuh pekat sangat lah pulak.

Masa nak pindahkan Hal dari katil ke scooter dia, badan dia jadi macam stiff, kaku gitu, so bila aku alihkan badan dia, terus mengejung, sampai menggelunsur ke lantai. Terus aje lah aku paut badan dia dari belakang, terkena lah pulak kat bahagian perut dia. Dia menjerit. Kat dalam perut dia, di sebelah kiri, ada dipasang alat apa tah, sebesar adapter komputer, boleh nampak jelas bentuk alat tuh. Bila dia menjerit gitu tuh, aku teruslah lepaskan aje badan dia, aku biarkan aje badan dia menggelungsur.

Dah lama tuh bil aku tengok dia terkapar-kapar, baru lah aku angkat dia ke scotter, masa tuh badan dia dah tak kejung dah. Tapi Hal asyik belek-belek perut dia, kat tempat alat di dalam perut dia tuh. Terus dia sound aku yang akan datang, kalau nak angkat dia, jangan pegang kat bahagian perut, instead papah dari bawah ketiak. Memang lah selama ini aku papah dia dari bawah ketiak tapi tadi tuh sebab aku nak elakkan dia dari terjatuh ke lantai, itu yang aku papah kat perut dia tuh. Bengang sekejap aku jadi nya.

Malam tuh masa dinner, dia suruh aku pergi belikan pizza untuk dia sama David, masalahnya dia suruh ke kedai pizza yang lain, yang aku tak tahu kat mana, cuma agak-agak aje tempatnya. Puas aku ke hulu ke hilir tapi tak jumpa jugak kedai pizza tuh, so aku beli ajelah pizza kat kedai lain. Yang aku tengok, macam tak sedap aje sebab brocolli dia dah layu gitu. Sambil berjalan balik, aku check cellphone aku, lupa lak yang ada GPS, dan ada navigation. Bila aku check, kedai tuh cuma 25 feet dari kedudukan (keberdirian) aku. Rupanya kedai tuh kat ceruk bawah tangga, patutlah aku tak nampak.

Jadi serba salah aku, Hal tak lah akan bising nanti sebab aku beli pizza tuh kat tempat lain, tapi aku boleh agak yang itu ajelah yang akan diulang-ulang sepanjang malam, so aku buat keputusan nak beli pizza yang lain lah kat kedai tuh. Rugi $15 sebab kena beli pizza yang lain. Pizza yang aku dah terbeli tuh, aku nak kasi orang yang lalu lalang, tak ada siapa yang nak. Mungkin sebab diaorang ingatkan aku nak "jual" atau "tukar" dengan duit pizza tuh kot, sedangkan aku nak kasi free aje. So aku sedekahkan balik semula kat kedai tuh.

Balik kerja aku tak merempit ke mana-mana, aku terus aje balik ke rumah, nak tidur awal sikit sebab esok snow storm, salji akan turun lebat, aku nak pergi jalan-jalan ambik gambar.