Friday, October 19, 2012

IsninSelasa0506012009


Isnin

Nak kata azam Tahun Baru, bukan jugak. Tapi, tadi tuh, lepas aje bangun pagi (since semalam aku tidur awal, aku bangun pagi jugaklah hari nih, itu pun lepas dua tiga kali sambung tidur), terus aje aku sarung track bottom, sweater, dan aku pergi jogging. Jogging kat luar. Bukan jogging setempat, kat dalam bilik, macam yang selalu aku buat tuh. 

Tak cuci muka pun, tak gosok gigi pun, kat sini tak kisah langsung pasal semua, orang tak peduli, aku pun tak peduli. Badan aku sengal-sengal sebenarnya, rasa macam nak kena pergi urut aje nih. Ker sebab salah tidur? Katil aku tuh katil spring, aku rasa spring katil tuh macam dah menggelebeh aje, itu pasal agaknya kot.

Aku tahu kat luar sejuk, tapi saja jer aku pakai sweater sehelai, so that aku akan terpaksa berlari untuk memanaskan badan. Aku lari-lari kat area rumah sewa aku nih aje, sampailah ke kawasan Bay Ridge tempat ramai orang Arab tuh. Tak terasa jauh, tak terasa letih, tak terasa sejuk, sebab aku lari sambil dengar lagu kat cellphone.

On the way balik, masa nak ke area ramai orang Cina tuh aje aku jalan, sambil libas-libas tangan, buat exercise gitu aje. Iyalah, kat situ ramai orang. Sampai kat area Chinatown tuh aku masuk kedai, beli barang-barang nak memasak. Beli salmon 5 ketul (senang kerja beli salmon nih, tak payah nak disiang macam ikan-ikan lain tuh. Lagipun, salmon aje lah ikan yang nampak berseri nya, kaler pun lawa, compared to ikan-ikan yang lain) Tersinggah jugak beli benda-benda lain, jugak buah mata kucing.

On the way ke rumah, aku terlalu kat satu kawasan playground, aku tengok ada dua tiga orang Cina tengah buat exercise, so esok dan hari-hari seterusnya (kalau aku masih rajin), aku nak ke playground tu ajelah, buat exercise kat situ. Kalau letih, boleh main buaian kan? Ekekekekk

So lepak breakfast, aku terus memasak, gulai salmon, gulai asam. Kejap aje jadinya walaupun end resultnya tak lah memberangsangkan. Rasa macam tak ada rasa aje gulai aku tuh. Macam masakan kat gerai-gerai kat Section 2, kat Shah Alam tuh, tak ada rasa semuanya. 

Aku keluar lepas Zohor, aku nak ke West43rd Street. Sejak dua tiga hari lepas, aku asyik cari info pasal fundraising concert untuk Hillary Clinton yang akan dibuat kat New York, 15hb nanti. Bon Jovi akan perform. Rupanya concert tuh dibuat scara kecilan aje, invitation-only rupanya, dan harga tikets pun sampai $1000. So melepas lah peluang aku nak pergi, macamana pun aku akan sentiasa cari-cari kat internet kalau-kalau ada orang yang nak jual tiket nanti tuh.

Balik kerja pun aku tak ke mana-mana, terus aje balik ke rumah. Lepas makan, mandi, Sembahyang, baru aku on kan laptop. Tak macam selalu tuh, sampai aje rumah, belum bukak kasut lagi, dah terkam laptop. Macam bosan lah pulak rasanya hidup teratur jer nih.

Selasa

Macam semalam jugak, pagi-pagi lagi aku pergi jogging. Aku ke playground tuh, lari-lari kat situ aje, berpuluh rounds aku lari. Mamat dua orang yang semalam tuh pun ada, sorang tua, dia buat tai-chi, sorang lagi budak muda, dia main racket ball, main sorang-sorang. Rasa nak tanya dia kalau-kalau dia suka main badminton, boleh aku ajak dia jadi partner main badminton, kan? 

Aku keluar kerja awal sikit sebab snow turun, walaupun tak lebat. Dah tersampai awal, sebab sejuk kat luar, dan cafe pun penuh orang, dan nak ke library pun orang sure ramai, so aku beli paper, melepak kat subway station aje. 

Balik kerja aku singgah Times Square, lengang dah sikit kat situ, nak jalan pun rasa best sebab tak payah nak bertolak-tolak dengan orang ramai yang berpusu-pusu. Then singgah mengopi kat Starbuck sekejap. At least aku ada lah jugak jalan-jalan, sebelum balik ke rumah. Kalau tak, bosan sangat rasanya, mundane aje.