Friday, October 19, 2012

KhamisJumaat2930012009


Kombinasi malas, tak ada apa nak ditulis dan sibuk buat hal lain, itu pasal aku macam dah meminggirkan blog aku nih. Tapi aku kena tulis jugak sedikit sebanyak, so itu yang aku korbankan sikit masa aku untuk menulis nih. 

Aku tak ke mana-mana sangat pun lepas balik kerja tadi sebab itulah, nak selitkan sikit masa untuk update blog nih. Peduli lah kat SuperBowl, aku langsung tak ambik port pasal SuperBowl, I know nothing pasal American sports, and I don't want to know pun. Tadi kat Times Square, kat Rockerfeler Center, lengang jer sebab masing-masing semua terpaku kat tv kat rumah masing-masing kot. Cuma tourist-tourist aje yang ramai tadi tuh. 

Tapi, kat Chinatown di Brooklyn, masa aku pergi beli ayam kat kedai Turki tadi tuh, selamba aje, penuh jugak orang. Orang Cina nih, diaorang tak peduli apa pun kan? Macam aku jugaklah, tak peduli sangat pasal benda-benda tak senonoh macam SuperBowl tuh. 

Oklah, sedap pulak merebek-rebek nih, kang tak siap update aku nih kang. Lepas makan kang, dah lah nak pulun belajar Spanish melalui Podcast pulak, benda tuh yang menghantui aku sekarang nih, setiap masa lapang aku semuanya aku penuhkan dengan mengdownload podcast, then menansfer ke cellphone aku. Cool, tadi aje, sampai lesson 12 aku dengar berulang kali, masa dalam train, masa pergi dan balik kerja. I'm so proud of myself pasal bertungkus lumus nak belajar Spanish. 

Dah seminggu berlalu, dulu aku janji nak banyakkan keluar dalam minggu nih. Tak ada pun aku keluar sangat, kecuali Rabu lepas, aku ke Central Park, ambil gambar snow. Khamis pulak aku ada kelas, kan? Jumaat, aku keluar jugak sekejap lepas Sembahyang Jumaat. Semalam aku tak ke mana-mana, balik kerja aje terus aku ke rumah, tidur pun awal. Tadi, ada lah aku merempit sekejap kat Times Square, Rockerfeler Center, then cadangnya nak ke satu restoran Asia (Thai/Malaysian) kat Murray Hill area tapi dah separuh jalan, aku patah balik. Nun kat 1st Avenue sana tuh, kat ceruk, tak nak lah aku jalan kat area tuh malam-malam, tak berapa selamat kat situ.

Dan minggu nih aku tak masak pun, semedang makan kat luar aje. Dua kali aku makan kat kedai Paki kat Jackson Heights. Malam pulak aku makan sandwich aje, sebab nak save masa lah kononnya, sebab aku dah buat jadual yang setiap malam lepas balik kerja, aku kena spend masa dalam sesejam gitu untuk belajar. 

Aku pulak sekarang nih ayik tidur awal aje pulak tuh, itu masalahnya. Macam semalam tuh, pukul 10 aku dah tidur. Aku perasan, kalau setiap hari Jumaat malam, aku akan minum ubat batuk sebab nak kasi senang dan nyenyak tidur sebab esoknya aku kena bangun pagi (Sabtu dan Ahad aku kerja dari pagi). Biasanya Sabtu tuh aku akan jadi mengantuk yang teramat, itu yang buat aku terus aje tidur lepas balik kerja. Rugi masa kat situ aje lah. 

Khamis lepas, masa kelas Spanish, kitaorang tak belajar apa sangat pun sebab masing-masing kena buat presentation gitu. Kena berdiri kat depan sorang-sorang, then bercakap, then students lain (jugak CikGu tuh) akan tanya apa-apa yang patut. 

Macam nak terkencing dalam seluar aku dibuatnya, ekekekeke, sebab aku orang yang terakhir, diaorang tanya benda yang susah aku nak jawab (sebab tak reti nak susun ayat). Aku tahu, walaupun aku tak ada lah terrer macam orang lain, tapi aku pandailah ambik perhatian diaorang. Diaorang banyak tanya aku pasal Malaysia, pasal diri aku (yang semuanya aku tipu aje). Aku rasa, dalam 15 students tuh, aku lah yang paling exotic nya ekekekekeke.

Habis kelas aku terus ke Jackson Heights, lunch kat situ, then terus ke Forest Hills, lepak kat internet cafe sejam, sebelum masuk kerja. 

Hal macam tak sihat aje, David pun mulalah meroyan. Then dia kata, kalaulah dia mati, sapa yang nak jaga Hal, walaupun semua ahli keluarga diaorang ada kat area Forest Hills jugak. "You keep on working here, Joe, we grow old together", kata David. 

Entah macam mana, aku tercakap pasal hidup mati dengan diaorang. Aku kata, tiap malam sebelum aku tidur, aku selalu "takut" nak tidur, sebab aku takut "termati" dalam tidur. Dan selalu, masa bangun pagi, aku akan terfikir, "hidup lagi aku harinih rupanya". Gelak sakan diaorang mendengarnya. "That's the sign of a very depressed person, Joe", kata David. "Really?", aku tanya gitu, tapi dalam hati aku kata yang aku tak setuju dengan pendapat dia, sebab aku tahu, itu yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam kan? Orang bukan Islam, diaorang tak fikir pun benda-benda gitu kan? Mungkin diaorang ada fikir, tapi diaorang tak lah akan "takut" macam kita orang Islam nih kan? 

"Go out, Joe, enjoy life!", kata Dav*d. Ha, yer lah. 

Jumaat. 

Pagi, aku dok pulun cari iklan bilik/rumah sewa. Ada lah a few, yang dekat-dekat area rumah sewa aku sekarang nih tapi semuanya at least $600, kena fikir banyak kali nih. Aku tahu memang payah nak cari bilik sewa yang di bawah $500 macam bilik aku duduk sekarang nih tapi aku nak buat macamana kan? 

Tuan rumah aku ada beritahu yang dia dah pasang iklan nak sewa kan bilik kosong Mamat Bangla tuh, kalau ada orang nak sewa, sebelum akhir bulan 2, makna nya kitaorang tak payah pindah. So aku nak rileks lah dulu, dalam dua minggu terakhir nanti, kalau tak ada orang nak menyewa, then barulah aku confirmkan kat mana aku nak pindah. Risau jugak aku nih sebab barang aku dah terbanyak dah nih, tak kan aku nak tinggalkan aje meja komputer aku kan? Aku ingat lagi, dulu-dulu, masa aku nak pindah mana-mana, takat dua beg aje barang aku, tapi sekarang nih siap kena ada lori pulak nampak gayanya. Macam nak lama jer aku kat New York nih kan? Aku kena start buang benda-benda yang tak berguna lah, aku nih jenis pengumpul sampah jugak orang nya kadang tuh, segala macam benda aku simpan. 

Terralit lama jugak aku mengdownload Podcast lessons bahasa Spanish yang aku jumpa kat internet. Bukanlah ralit apa sangat, aku nih lembab sebenarnya sebab tak tahu macamana nak transfer semua tuh ke cellphone aku. Bila aku download, semua lessons tuh "terpergi" ke iTunes, nak transferkan ke cellphone tuh (ada prgram khas) kena guna at least Window Media Player. Ha, itu yang aku tak reti tuh. Yang aku download guna Limewire, yang itu boleh pulak, aku reti menansferkan dari Limewire ke Window Media Player, then ke Sprint Media Manager, then ke cellphone aku (jauh perjalanannya, orang bodoh punya style ekekekeke). So itulah, tengah-tengah transfer, "terhilang" semua lagu-lagu aku, jugak Quran MP3 aku, semuanya terhapus dari cellphone aku. Nasib baiklah ada back-up kat laptop aku nih. 

Biasanya aku pergi Sembahyang Jumaat awal, so tadi aku pergi lah lewat sikit, pukul 1 baru aku sampai kat masjid. Tapi, apa pasal pun aku tak tahu, Sembahyang Jumaat dibuat awal pulak hari nih, aku sampai tuh, elok aje orang baru keluar dari masjid. So aku Sembahyang Zohor aje lah akhirnya. Aku tak ada lah menyesal sebab datang lambat sikit, memang hari nih Sembahyang Jumaat diawalkan setengah jam. 

Since ada masa, aku turun kat Times Square, jalan-jalan dua tiga rounds kat situ. Lama dah aku tak merempit kat area tuh, dah 3 minggu kot? Itu yang aku rasa macam lega aje tuh, rasa lapang sikit dada aku, at least aku ada lah merayau, daripada asyik terperuk kat rumah. 

David balik lewat malam nih sebab dia keluar minum dengan member sepejabat, so aku sama King Mongkut aje lah kat apartment. Tak banyak cakap pun, tengok tv aje lah kerjanya, sampaikan dia tanya aku kalau-kalau aku tak sihat.