Friday, October 19, 2012

Isnin12012009


Semalam dan Sabtu aku tak jogging sebab kerja pagi, so harinih aku jadi termalas lah pulak nak keluar pergi buat exercise. So tak ada buat apa pun the whole morning, melepak kat katil aje lepas breakfast tuh. Dah dekat 12 tengahari baru kelam kabut bersiap, aku nak memasak harinih sebab esok dan Khamis aku dah tak ada peluang nak memasak. 

For the first time aku Sembahyang Zohor kat masjid sebab masjid tuh di sebelah kedai daging orang Turki tuh. Beli ayam, kentang etc. Ingat terus nak balik aje lah tapi terlalu pulak kat kawan kedai Cina yang semakin hari semakin bertambah tuh (dari mana orang Cina nih ramai-ramai hah? Dulu tak ada lah ramai sangat tapi sekarang nih mengalahkan Petaling Street aje, siap dengan menjaja cd haram kat tepi-tepi jalan lagi). 

Aku masuk satu kedai nih, hajatnya nak beli periuk sebab periuk yang aku ada tuh kecik aje, kalau aku memasak, selalu isinya tumpah sebab kepenuhan. Lagipun, kalau aku masak, aku kuatkan api (sebab nak kasi cepat masaknya), so itu yang selalu meleleh keluar tuh. Lagipun, ada dua periuk nih senang, dapatlah aku masak dua jenis masakan kan? Bosan jugak kalau makan benda yang sama aje dalam dua hari, so dengan ada dua jenis masakan nih, bolehlah aku selang seli kan makan nya. Hidup nih kena ada variasi kan? Ekekekekekek

Bukan lah aku nama nya kalau pergi kedai tak terbeli benda lain kan? Ada aje tangan aku capai barang lain, table lamp lah (kan ker aku cakap aku suka kumpul table lamps?), sampaikan carpet yang dah siap bergulung tu pun aku sambar satu (tikar aku dah kotor, banyak makanan yang tumpah). Selamba aje aku menjinjing barang-barang tuh sambil memikul carpet, tapi dalam kepala otak, punyalah menyesalnya beli benda-benda yang kalau tak dibeli pun tak apa. 

Sebab dah agak lewat, terus lah aku memasak. Cadangnya nak masak Ayam Masak Kicap, tapi, lepas taruk kicap, aku taruk garlic chili paste pulak sampai setengah botol, so jadi macam ikan berkuah lah. Macamana pun, sedap ya amat gulai tuh, biasalah, banyak bahan-bahan lain yang aku taruk. Senang jer memasak nih rupanya. Sesambil tuh bersembang dengan tuan rumah sama laki dia yang baru berhenti kerja tuh. So dua-dua nya sekarang nih tak kerja. 

Aku tak tahu pun yang David off harinih, masa aku sampai, dia ada di apartment. Memang kepoh diaorang nih, bulan Januari baru aje mula tapi plan-plan untuk June dan August dah lama dibincang. June nanti biaslahkan, diaorang pergi holiday kat Cape Code, diaorang pergi ke sana every year, 1st June, for the last 26 years. August pulak anak sedara Hal(anak sedara tiri David) nak kawin, itu yang diaorang tanya aku samada aku nak sewa atau nak beli tuxedo. Dari tahun lepas dah diaorang tanya aku, aku kata aku nak sewa aje, sedangkan dalam otak aku asyik fikir, August nanti aku masih kerja sama diaorang lagi tak.

Balik kerja aku tak singgah mana-mana pun sebab aku kena tidur awal lah jugak, esok kan ker aku ada kelas Spanish?