Friday, October 19, 2012

Sabtu20122008


Punya lah bosan hari nih sebab David/Hal tak ke mana-mana the whole day. Diaorang akan ada guest malam nih, lagipun kat luar memang lecah sangat sebab biasalah the day after snowstorm, lecah dan becak. Sebelum dia ke gym, David kasi aku envelope, yang bila aku bukak, ada Christmas Card, yang kat dalamnya ada a few kepings 100-dollar bills. Ish, sikit pun aku tak expect akan dapat apa-apa, sebab birthday aku dulu diaorang dah kasi duit, kan? Banyak pulak tuh yang diaorang kasi, gaji seminggu. Kira bonus akhir tahun lah kot? Ekekkekee

"Spend it wisely Joe, go do some shopping", kata David. 



Biasalah kan, aku jadi macam serba salah aje lepas tuh. Dalam hati aku kata, yang baik rupanya diaorang nih, diaorang appreciate kerja aku. Itu yang aku rasa macam insaf, macam terhutang budi aje tuh. So tak heran lah lepas tuh aku layan aje lah cekadakan Hal yang suruh aku buat itu ini, masa David kat gym. Aku bersihkan apartment, vacuum semua, biasalah bila ada guest datang aku akan buat semua tuh awal-awal. Then bila Hal nak urut, aku urut dia, urut pun special sikit, betul-betul urut. Bukan macam selalu tuh, aku taruk aje tangan aku, lepas tuh lalu-lalukan gitu aje kat badan dia. Itupun dia dah kata aku terrer sangat mengurut. 

Lepas lunch cadangnya diaorang nak tengok dvd tapi David terpaksa ke kedai pulak, so lagi sekali aku kena urut Hal, sebelum buat catherter. Since tak ada kerja sangat pun dah, aku beritahu Hal/David yang aku nak balik awal, pukul 5 gitu.

Masa aku buat catherter, termenjerit aku sebab darah keluar banyak dari kote Hal. Memancut gitu, bukan memancut ikut tube kencing tapi keluar dari lubang kepala kote. Banyakkkkkkkkkk darahnya keluar, terpanik aku. Gila babi punya panik. Yang peliknya, Hal tak rasa apa-apa pun. Macam tube tuh tercucuk kat pundi-pundi darah, memancut keluarnya, bukan mengalir macam air kencing tuh. Dan yang peliknya, darah tuh tak bercampur pun dengan air kencing. 

Habis gloves aku kena darah, dan peha, kaki Hal jangan ceritalah, masa aku nak bersihkan tuh, sebijik macam orang bersalin aje gayanya. Terus lah Hal talipun Doktor dia, selamba aje Doktor tuh kata tak ada masalahnya, sampaikan aku sama David jadi bengang. Mungkin sebab diaorang tak tengok darah yang keluar tuh sebab itu dia selamba aje. Hal pun tak tengok, yang tengok cuma lah David, itupun masa aku dah bersihkan mana yang patut. [Masa buat catherter, David tak pernah tengok pun sebab dia geli katanya]. Kebetulan Isnin nanti Hal akan ke Doktor so aku beritahu dia apa yang dia harus beritahu Doktor tuh nanti, sebanyak mana darah keluar, macamana darah tu keluar. Aku sama David yang panik lebih-lebih , tapi kitaorang tengok Hal selamba aje, dia tak rasa dizzy atau tak bermaya pun, biasanya kalau darah banyak keluar, kita akan rasa letih dan tak ada tenaga, kan?

Lepas pada tuh aku asyik memekup kote aje lah kerjanya, sebab aku baru terasa geli, ngilu. Aku beritahu diaorang yang aku dah takut nak buat catherter dah, takut jadi lagi sekali macam tuh. Memang selama ini tak pernah pun terjadi pancutan darah sebanyak itu tuh. 

Terus hilang nafsu aku nak merempit malam nih, aku asyik dok teringat kat insiden tu aje. Kat dalam train, bila ingatkan pasal tuh, aku terpaksa kepitkan kote, pasal itulah, rasa geli, menyeramkan. Macamana pun aku turun jugak kat Times Square, cadangnya nak pergi tengok wayang Seven Pounds (Will Smith), tapi aku jadi macam tak bersemangat gitu. Orang pun ramai lah sangat, malam hari Sabtu lah katakan.

Last-last aku balik aje lah, singgah RiteAid sekejap beli barang. Tah apa-apa aku beli tapi habislah seratus lebih. Ala, benda-benda lotion gitu, memanglah mahal harganya kan? Tapi tak apa lah, kan ker David suruh aku belanjakan duit yang dia kasi tuh.