Friday, October 19, 2012

SelasaRabuKhamis131415012009


Selasa

Semalam kat rumah sewa aku nih tak dipasang heater, tak di-on kan kot, itu yang sejuk gila tuh. So tak heran lah bila aku bangun pagi, aku rasa macam tak sihat aje, hingus pun turun bertali arus. Sah lah aku tak berapa sihat nih sebab aku rasa badan aku panas aje. 

Aku sampai ke kelas Spanish tuh dalam 15 minit sebelum mula, sempatlah beli buku-buku. Banyak kelas rupanya, yang Intensive Beginner level macam aku nih pun ada 3 kelas. Dalam setaip kelas ada 15 students. Cikgu nya, ya ampun lah lawa nya. Masa nak introducekan diri, aku kata lah yang aku kerja waiter, orang lain tuh semuanya kerja bagus-bagus, ada sorang perempuan nih, orang bangsa Turki, siap kasi detail lagi, Hedge-Fund Manager. Biasalah, bila tanya apa pasal nak belajar Spanish, kebanyakannya kata yang diaorang selalu travel ke Spanish-speaking countries, itu pasal nak belajar Spanish tuh. Bila turn aku, aku kata lah yang tak ada orang percaya yang aku tak reti cakap Spanish (sebab muka Melayu nih ada gaya-gaya Spanish). Terus diaorang gelak.

Ada 5 orang aje lelaki, selebihnya perempuan, satu orang Turki, orang Taiwan, Pakistani, Korean, Iranian, Uzbekistan, Canadian, selebihnya Americans. Kira ok lah kelas tuh, cuma yang tak berapa best nya, Cikgu tuh dia punya English tak bagus, so susah dia nak explain. Laju jugak dia mengajar, dalam satu session tuh banyak yang kitaorang belajar, dia macam tunjuk-tunjuk apa yang patut kitaorang tahu, selebihnya kena inisiatif kitaorang sendirilah nak menghafal, nak mengingat sendiri. 

Aku rasa tak selesa jer sepanjang kelas tuh sebab asyik nak hembus ingus aje kerjanya, badan aku ada rasa panas sesikit. Lapar pun sama sebab aku tak sempat nak breakfast tadi tuh. 

Habis kelas dalam pukul 1, terus aje lah aku ke Forest Hills, ke Penang Restaurant, aku makan sambal tumis sotong/bendi. Tokay restaurant tuh dah balik bercuti kat Malaysia rupanya, anak-anak diaorang aje yang jaga restaurant tuh sepeninggalan diaorang bercuti. 

Tak sampai 15 minit aku mengurut Hal, dia tanya aku, apa pasal tangan aku panas. Biasanya tangan aku sejuk. Terus dia tanya aku kalau-kalau aku tak sihat. Sepanjang aku mengurut dia tuh, masa buat catherter pun, tak ada lah aku hembus-hembus ingus ker apa ker, walaupun aku bernafas ikut mulut sebab hidung aku tersumbat. Terus aje lah Hal suruh aku balik. Mulanya aku ingatkan yang dia nih baik sangat orangnya (iyalah kan, aku tak sihat sikit aje dia suruh balik) tapi rupanya baru aku tahu yang dia nih takut, paranoid sangat. 

Aku mulanya berkeras nak siapkan a few things sebelum aku blah, sebab aku tak nak David susah-susah kena sediakan, dia sure letih balik kerja nanti. Tapi, Hal tetap berkeras suruh aku blah masa tuh jugak. Sebelum aku blah, siap dia suruh aku sembur bahan pencuci kat benda-benda yang aku pegang. Sampai begitu sekali. 

Aku terus aje lah balik ke rumah, singgah RiteAid sekejap beli ubat-ubatan. Aku nih gitulah, bila dah tak sihat baru lah nak beli ubat-ubatan. Aku tak tidur sangat sebab itulah, asyik keluar ingus aje, siap aku sediakan towel lagi untuk kesat ingus. Ingus yang cair yang meleleh tuh, itu aku jilat jer. 

Rabu

Harinih aku tidur sepanjang hari. Tidur, tidur dan tidur. Pelik pulak aku sebab senang aje aku nak lelapkan mata, dari pagi sampai pagi besoknya aku asyik tidur aje. Aku talipun Hal, kata yang aku masih tak sihat, dia suruh aku berihat aje. 

Khamis

Aku bangun pagi, dengar bunyi bising orang shovel salji aje, so aku intai kat tingkap. Laaa, salji turun rupanya. Aku ada kelas harinih, nasib baiklah aku dah sihat sikit, lebih sihat dari semalam. Harinih dah tak beringus dah, cuma ingus yang tersumbat kat hidung, yang pekat, yang kaler kuning, kaler hijau tuh aje. 

Kelam kabut jugak aku cuba nak buat homework yang Cikgu Spanish tuh suruh buat, bukannya aku tak nak buat homework, kan ker aku demam?Terlambat 10 minit aku sampai kelas, itu lah, jalan licin, salji masih turun, terkedek-kedeklah aku nak ke kelas tuh.Ada lagi orang yang lebih lewat dari aku. Rasa macam tak banyak pulak benda baru yang kitaorang belajar harinih sebab Cikgu tuh asyik dok suruh praktis benda-benda yang sama. 

Habis kelas, aku talipun Hal, beritahu dia yang aku tak datang kerja, sebab masih kurang sihat. Aku cuma akan datang hari Sabtu, mintak-mintak aku dah betul-betul sihat lah Sabtu nanti. So besok aku pun masih cuti lagi. Best jugak kan, dapat cuti. Bila lagi aku nak dapat cuti, kalau tak keadaan macam nih? Aku ingat, kali terakhir aku cuti, beberapa bulan lalu, sebab aku demam jugak. Since esok aku pun free, aku mulanya cadang nak jalan-jalan keluar dari New York, tapi bila difikir balik, apa yang bestnya jalan-jalan masa sejuk-sejuk gini, so aku lupakan hasrat aku tuh, walaupun aku dah terfikir nak ke Philadelphia. Tak apa lah, baik aku berihat aje kat rumah, aku bukannya betul-betul sihat nih. 

Balik aje, aku cadang nak pergi makan Assam Laksa kat Redang Island Restaurant, lepas baik demam sure kuat makan, kan? Tak ada rasa nya Assam Laksa tuh, then baru aku perasan yang bibir, lidah aku kelat aje, memang lah tak ada rasa nya makanan yang sesedap mana pun. 

Sejuk-sejuk pun tapi sementelah aku di kawasan banyak kedai Cina tuh, aku beli lah a few things barang-barang dapur. Aku nak masak TomYam sayur lah pulak, so aku banyak beli sayur aje. Puas jugak aku masuk dari satu kedai ke satu kedai, nak cari kacang hijau, tapi tak ada pun. Last-last aku beli kacang merah. Aku teringin nak makan bubur kacang nih. 

Balik rumah aku terus tidur, mamposlah asyik nak tidur aje kerjanya lepas makan ubat. Bangun tuh baru lah aku masak, tapi siap aje, tak ada selera pulak aku nak makan, so aku makan jajan aje lah untuk alas perut.