Friday, October 19, 2012

Jumaat19122008


Aku bangun pagi, salji dah lebat turun, nak tak nampak jalan dah. Terus aje lah aku bersiap nak keluar, singgah breakfast sekejap kat Cafe Mexican.

Mulanya aku turun di Times Square tapi macam tak best pulak sebab salji tak sempat tebal, dah dikaut dek lori pembuang salji. Iyalah, kat situ kawasan ramai orang, kena lah diclearkan salji tuh dari accumulate. Angin kuat nak mampos, itu yang buat sejuk sangat tuh. Aku rembat cashmere scarf satu, yang ada pattern, bosan lah pakai scarf satu color, tak colorful.

Then aku naik train ke Columbus Circle, aku nak ke Central Park. Tak tahan aku salji lebat, angin kencang, sampai nak tercabut contacts aku, so aku beli Yankee baseball cap. Ingatkan murah dalam sesepuluh dollars gitu, rupanya $35. Dah terniat nak beli, aku beli aje lah.

Inilah gambar-gambar kat Central Park yang aku sempat ambik. Malas dah pergi ke tempat lain, nanti kalau snow lagi, aku ambik gambar kat tempat lain pulak. Sunday nih akan snow lagi tapi tak lebat sangat, dalam 3" aje kot. Harinih sampai 6" snow turun.

David ada dinner so aku sama Hal aje lah kat apartment, bosannya Tuhan aje lah yang tahu. Nampak gayanya memang confirmed yang Krismas sama New Year aku kena kerja awal sebab Chris, mamat caregiver sorang lagi tuh nak cuti. Krismas Day tuh ok lagi, diaorang suruh masuk awal pagi pun aku akan ok kan aje tapi yang New Year tuh rasanya nak mintak masuk lewat sikitlah, kalau mula kerja pukul 12 tengahari pun dah ok dah, bolehlah aku melepak lama sikit kat Times Square malam New Year tuh.