Friday, October 19, 2012

Khamis25122008


Aku tersedar pagi harinih tapi aku tak tidur dah sebab takut tertakbangun nak pergi kerja. So aku keluar awal sikit walaupun kerja mula pukul 11. Cadangnya nak singgah kat Times Square, nak breakfast kat area tuh sebab harinih Krismas, aku nak tengok macamana keadaannya Times Square di pagi Krismas. Tapi aku terralit pulak baca paper, sedar-sedar train dah sampai ke 57th Street, malas dah aku nak patah balik, ataupun turun kat situ dan jalan aje ke Times Square. So aku teruskan perjalanan ke Forest Hills. Pukul 9 lebih aku dah sampai, mula lah tak tahu nak buat apa, so aku breakfast sekejap. Melepak aje yang lebihnya kat cafe tuh, sesambil dengar Quran kat cellphone, sesambil baca paper.

Punyalah bosan tak ada apa nak buat sebab David/Hal tak ada niat nak keluar ke mana-mana pun sebab diaorang ada dinner malam nih. Cuma David aje yang dua tiga kali ke kedai, membeli barang untuk dinner diaorang tuh nanti.

Sementara tuh aku melayan Hal ajelah, manja bukan main lagi Hal tuh sejak sakit nih, asyik nak mintak diurut aje kerjanya. Aku layan aje lah, daripada tak buat apa-apa kan? Pukul 5, lepas menyiapkan Hal buat catherter, lepas pakaikan dia baju semua, aku blah. Mulanya diaorang suruh jugak aku tunggu sampai rombongan mak David tuh datang tapi aku kata aku nak pergi tengok wayang.

Terus aku ke Times Square sebab kat situ ada dua panggung wayang besar, yang banyak shows. Aku tahu, memang susah nak dapat ticket di hari cuti gini nih, diaorang Mat Salleh ni macam kat Malaysia jugak, tengok wayang di Hari Raya. So tak heranlah bila aku tengok semua shows film The Curious Case Of Benjamin Button tuh sold out. Yang ada pun shows lepas pukul 10 malam. Nak ke panggung lain di Manhattan, sure sama jugak, so fikir punya fikir, aku cadang nak ke Bay Ridge di Brooklyn sebab panggung tuh dekat dengan rumah sewa aku dan ada shows pukul 7 dan 10 malam. Tak dapat show pukul 7, aku boleh balik rumah sekejap, then datang lagi pukul 10 nanti. So itu lah plan aku.

Dua stops aje Bay Ridge tuh dari subway station ke rumah sewa aku, selama ini aku pernah ke Bay Ridge tapi tak lah masuk ke dalam sangat. Takat di permukaan Bay Ridge tu aje. Terkejut aku bila keluar subway station, aku tengok kat area tuh banyak kedai Arab. Sebijik macam kat Mekah aje bila tengok kedai-kedai yang semuanya bertulis Arab. Cuma satu aje, tak ramai perempuan yang bertudung, yang aku nampak, budak-budak Arab (perempuan) yang "open-air" gitu. Aku tahu diaorang budak Arab sebab diaorang cakap Arab. So aku melilau lah sekejap kat area Bay Ridge tuh, aku tengok ada a few restaurants, banyak kedai daging halal, dan ada tiga empat bijik restoran Cina, restoran halal. Memang pandai orang Cina nih berniaga, kat mana-mana sure ada diaorang.

Nak tergelak aku bila aku nampak panggung, kat sebelah nya ada masjid, bersambung dengan panggung rupanya masjid tuh. So lepas beli tiket untuk show pukul 7, aku ke masjid, sembahyang Isyak. Best rasanya, macam kat Malaysia pulak. Yang aku rasa best tuh bukan apa, area tuh cuma dalam 20 minit jalan kaki ke rumah sewa aku. Nampak gayanya aku dah dapat port tempat nak tengok wayang, lewat malam pun boleh lagi pergi, nampak gayanya nih. Tapi, rasa macam tak berapa kelas sangatlah tengok wayang kat situ, macam tengok wayang kat kampung aje gamaknya.



Best gila film Brad Pitt, Cate Blanchett tuh, The Curios Case Of Benjamin Button. Ceritanya macam tak masuk akal, kisah budak yang lahir tapi dia ages backward. Maksudnya, masa dia lahir tuh dia macam orang umur 80an, dan semakin umur dia bertambah, rupa dia semakin muda. 

Cate Blanchett (Daisy) yang masa tuh dah tua, suruh anak dia bacakan diary dia (ker diary Benjamin?), then diflasbackkan kisah-kisah Benjamin (Brad Pitt) yang dilahirkan cacat tuh. Memanglah macam tak masuk akal aje kan ceritanya? Tapi itulah, directing, acting semuanya bagus gila, dua jam lebih film tuh tapi aku rasa macam sekejap aje. 

Masa kisah Benjamin mengembara ke seluruh dunia, lepas dia balik dari perang, ada satu scene nih buat airmata aku terpancut keluar. Walaupun sesaat dua aje tapi the moment aku tengok scene dia kerja mengemop lantai, then tidur kat merata-rata, laju aje airmata aku keluar.