Friday, October 19, 2012

Isnin15122008


Semalam aku tidur lewat, puas menunggu Survivor diinternetkan, dekat pukul 3 pagi baru dapat tengok. Tak best sebab dah tahu result baru aku tengok full episod. Bob menang, Susie runner up, Sugar, one of the top three finalists. 

Lepas Subuh baru aku tidur, sedar-sedar dah pukul 12 lebih, bangun aje terus Sembahyang Zohor, pergi cari makan sikit, then balik semula untuk Asar, then terus pergi kerja. 

Hal tanya aku kalau-kalau aku boleh datang awal on Christmas Day sama dengan New Year Day. Jugak Jumaat the following day. Aku tak fikir apa pun, terus aku kata aku boleh datang awal. Sebab caregiver yang kerja pagi tuh dia nak celebrate Christmas. Then, masa tengah mengurut dia, baru aku terfikir yang kalau aku masuk kerja awal Jan 1st nanti, makna nya aku tak dapat pergi Times Square lah nak tengok New Year punya celebration. 

Haip, mana boleh, aku nak tengok jugak. Aku cadang, Rabu 31 Dec, balik aje kerja, terus singgah Times Square. Tapi, kalau esoknya aku kena kerja pagi, bila masa aku nak tidur, sebab sure sampai rumah pun dalam pukul 3 pagi gitu. Dan esoknya train punya service pun tak berapa banyak. 

Puas aku fikir macamana nak kasi alasan sebab aku dah terbesetuju. Ituhari David ada beritahu yang orang yang "not in his/her right mind" aje yang pergi Times Square untuk celebrate New year. Iyalah kan, dah lah sejuk, beratus ribu orang, memang bahaya. Tambah pulak ituhari dalam paper ada kata yang celebration kali ini kena jaga-jaga sikit, celebration yang ke seratus tahun, diaorang dah bersiap sedia takut jadi macam kat Mumbai. 

Aku pun takut jugak nak pergi sebenarnya tapi apakan daya, keinginan mengatasi segalanya. Aku ingat yang tahun lepas, masa aku di New Hampshire, punya lah aku nak balik New York pasal nak celebrate New Year kat Times Square, tahun ini kebetulan aku ada di New York, memang tak patutlah aku tak pergi, kan? Lagipun, mungkin ini tahun-tahun terakhir aku di sini, nanti ralat kalau tak pergi. Aku dah pernah pergi yang kat London dan Paris, so memang tak masuk akal sangat lah kan kalau aku tak pergi yang kat New York nih kan? 

Tengoklah macamana nanti, kalau aku terpaksa tidur kat dalam train (sebab tak sempat nak balik ke rumah), aku rasa aku sanggup. Tak pun aku nak mintak datang lewat sikitlah, dalam pukul 12 tengahari gitu.