Sabtu
David asyik mengomel aje masa aku sampai ke apartment diaorang tadi. Mengomel pasal tu lah, pasal aku tak pakai topi, gloves, sedangkan kat luar sejuk gila. "C'mon Joe, it's cold outside, I know you don't want to mess your hair but at least put on your hood", kata dia. Aku memang tak suka sangat pakai head gear, apa tah lagi gloves.
Macamana pun aku tahu yang aku tak sihat tuh sebab sejuk, aku tahu yang dulu, masa aku muda-muda, aku tak kisah pun sangat pasal nak bundle up kalau masa musim sejuk tapi sekarang nih as I get old, aku dah tak boleh buat macho sangat macam tuh. Aku tahu, David pun tahu, yang aku nih tak reti nak jaga diri sendiri. Itu yang aku jadi macam bengang kat diri sendiri tuh. Dan bila David mengomel gitu tuh, aku senyapkan aje lah.
Dia keluar pukul 11 sebab nak tengok Broadway show, siap dia pesan kat aku suruh rihat aje, jangan buat kerja lain, minum banyak juice. Lepas menyiapkan Hal kat bilik air, terpaksa mengurut dia lah pulak, dari 11-45 am sampai pukul 1. Then sediakan lunch, dia makan turkey sandwich, aku makan tuna sandwich. Layan dia sekejap nak tengok tv, then pukul 3 dia suruh aku angkut dia ke katil lagi sekali. Dia nak tidur. Tapi dia pesan, suruh aku urut dia sampai pukul 4-30 malam, sebelum buat catherter. Amboi, banyak lah lemak nya Hal tuh, asyik nak suruh aku urut aje. Agaknya sebab dah dekat seminggu tak kena penangan urutan tangan aku kot, itu yang dia pulun nak aku urut dia aje tuh kerjanya. Biasalah, bila dia tertidur, baru aku online sesambil satu tangan lagi mengurut dia. Aku masih batuk-batuk, itu yang puas menahannya, terkemut-kemut aku menahan dari batuk.
David belum balik masa aku blah pukul tuh sedangkan dia janji nak sampai rumah sebelum aku habis kerja. Aku tak ke mana-mana pun, terus aje balik ke rumah. Malaslah nak singgah kat mana-mana, aku bukannya sihat betul-betul lagi. Lagipun kat luar sejuk sangat, esok snow nak turun lagi.
Ahad
Aku bangun pagi, tengok kat luar, dah lebat snow turun. Sejak malam semalam turunnya. Dah selalu sangat snow turun, aku dah tak kisah sangat dah. Aku masuk kerja pukul 11 harinih, semenjak dua menjak nih, banyak pulak aku tidur nya. Semalam, pukul 8 lebih sikit aku dah tidur, sampaikan lenguh-lenguh badan aku sebab banyak tidur nih. Exercise dah tak buat nih, ker sebab aku selalu buat exercise kat luar (masa sejuk-sejuk gini nih) tu pasal aku demam kot? Ish, nampak gayanya kena buat exercise kat dalam rumah aje lah from now on.
David keluar lagi, ada lunch sama kawan dia yang semalam tuh. Hal bengang aje sebab weekend nih tak ke mana-mana. Macam semalam jugaklah aktiviti kitaorang cuma harinih tak lama sangat sebab aku kerja pun sampai pukul 5 aje. Sementara tunggu Hal berak, aku buat kerja yang patut, yang aku tak buat semalam. Kitaorang lunch pun lewat dah sebab terlama pulak Hal kat bilikair, aku yang suruh dia lepak lama-lama sampai betul-betul habis taik kat dalam bontot tuh diberakkan. Iyalah kan, daripada menyusahkan aku nak dua tiga kali mengusung dia ke bilik air, might as well lepak lama-lama kat throne tuh kan? Lagipun, bukannya dia ada benda lain dah nak dibuat.
Aku tak ada rencana nak ke mana-mana pun lepas habis kerja tapi train yang aku naik tuh terberhenti lama pulak masa kat Canal Street so aku terus aje lah turun kat Chinatown tuh. Snow turun lagi masa tuh so aku merayau-rayau dalam snow tu aje lah, nak cari kedai yang jual barang-barang Asia. Masuk satu kedai Thai/Indo nih, banyak jugak rempah ratus yang aku beli, ready-made punya rempah, bumbu. Jajan pun banyak aku beli, srikaya pun aku beli sebotol. Then ke kedai ikan, beli sotong, ikan, udang. Entah lah, bila lah nak masaknya, bosan jugak dah makan masakan sendiri nih, semacam aje rasanya.
Aku tidur awal lagi malam nih, entah, macam tak best aje, macam tak ada benda yang aku look forward to aje dah sekarang nih. Dear Diary, apa pasal aku rasa macam tak best aje hidup aku sekarang ni hah?