Friday, October 19, 2012

Jumaatsabtu0910012009


Jumaat

Pagi tadi aku dapat lari 20 rounds aje di sekeliling playground tuh sebab sejuk sangat, sedangkan plan aku nak buat 50 rounds. Lagipun, aku terpakai track bottom terbalik, masa aku sarungkan seluar tuh, aku pakai sarung aje, nak cepatlah kononnya sebab bersemangat gitu. Then sepanjang jalan nak ke playground tuh, bila aku cuba taruk duit, cellphone dan kunci ke dalam poket track aku, rasa macam terkebelakang sangat poket-poketnya. Dan masa tengah lari-lari tuh, aku rasa bahagian depan seluar aku menggelebeh aje, bahagian bontot pulak macam ketat gitu. Rupanya seluar aku tuh terbalik, yang bahagian belakang menghala ke depan. Sabar jer lah.

Terasa lama jugak sementara nak tunggu Sembahyang Jumaat, sempat aku breakfast, update blog, dan merayau-rayau online. Aku pergi Sembahyang Jumaat kat masjid yang di kawasan orang Turki tuh, kat Chinatown tuh. Itu masjid yang terdekat, dalam 15 minit dah sampai. Terawal pulak sampainya so termengantuk jadinya sebab aku tak faham ceramah diaorang yang dalam bahasa Turki tuh.

Masa lepas Sembahyang, masa nak sarung kasut, aku tak perasan yang aku terpakai kasut kat atas carpet (sebab rak kasut tuh besar kawasannya), sesambil tuh mata aku melilau tengok orang ramai yang tengah makan kuih, yang aku rasa dikasi free dan aku cadang nak join diaorang tapi aku takut kalau-kalau hidangan tuh untuk orang tertentu aje (faham-fahamlah orang Arab nih kan?). Tiba-tiba ada satu orang tua yang nih sergah aku, "Don't step on the carpet!", kuat aje. "Sorry, sorry, it was not my intention....", belum sempat habis aku cakap, dia kasi signal, tunjuk jari kat kepala, yang aku faham sangat makna nya. Maksud dia, aku tak ada otak, ataupun aku tak guna otak. Orang ramai kat situ yang tengah makan, semuanya gelak kat aku. Sentapz aku sekejap. Orang Arab nih gitulah, mudah sangat nak membodohkan orang. Malu aku dibuatnya, jadi bodoh sekejap, terus aku rasa macam tak nak Sembahyang kat situ aje dah lain kali.

Aku keluar pergi kerja pun lewat, lepas Asar, lepas lunch. Sampai Forest Hills pun ngam-ngam, terus aje ke apartment David/Hal. Since David balik lambat malam nih, so aku dengan Hal aje lah di apartment, dan sebab dia suruh aku urut dia lama sikit, aku pun apa lagi, masa mengurut tuh, satu tangan menggodek cellphone, aku online.

Sabtu

Masa aku sampai apartment diaorang, David tak ada sebab dia pergi meround, nak hangatkan kereta sebab harinih snow akan turun seharian. Diaorang punya plan nak shopping barang seharian kat Target terus lah tak jadi sebab takut terkandas dalam snow.

So aku siapkan Hal, dan tengah aku nak vacuum carpet, Hal kata dia nak terberak. So cepat-cepat aku sorong scooter dia kat bilik air, dan masa aku tengah tarik one of the two towels alas duduk dia (dia bogel), aku rasa tangan aku basah, terpedap benda lembik gitu. Shit! Aku terpegang taik Hal! Terus aku berlari ke dapur, cuci tangan. Aku beritahu Hal yang dia terberak atas scooter (dia tak perasan pun), tapi aku tak beritahu dia yang tangan aku terkena taik dia, aku tak nak dia termalu.

So lama lah aku nak membersihkan dia baru aku benarkan dia duduk kat seat, bila aku dah puas hati dia terpaksa menonggeng lama aje sambil satu tangan pegang handle scooter tuh. Bukan aku saja buat dajal, tapi aku kena bersihkan betul-betul, bontot dia, aku geram jugak kat caregiver yang sorang lagi tuh sebab dia nih tak cukur ker bulu bontot Hal tuh? Berjela-jela dah panjangnya, so bila dia terberak, banyaklah taik yang bersidai kat bulu bontot dia tuh, lagi lama dia tak sedar dia terberak, keringlah taik tuh di ampaian kan? Puaslah aku nak meleraikan satu persatu.


O my God, I'm so funny ekekekekek.

Aku pesan kat dia suruh berak lama-lama, sampai puas (aku rasa dia selalu sakit perut sebab dia ambik antibiotik, every time dia makan antibiotik tuh, sure dia akan terberak-berak), so aku ke dapur, tengok tv. Bila dia jerit tanya waktu, aku tipu aje, dalam 30 minit aku tipu dia, sebab aku tengah syok tengok tv. Mengacau aku aje dia tuh, ekekekekeke.

Lepas lunch, snow turun, tak lah lebat tapi steady turunnya. Cadangnya nak tengok DVD tapi David balik lambat pulak dari kedai, sedangkan Hal dah tanya aku kalau-kalau aku nak balik pukul 5. Kitaorang tengok satu dokumentari pasal Breakdance Championship, best dokumentari tuh pasal dia tunjukkan penari-penari breakdance dari seluruh dunia, yang merebut piala Battle Of The Year kat Germany. Kitaorang suka dengan cerita pasal penari-penari Jepun dan Korea yang kesemuanya miskin-miskin, semuanya ada stories to tell. It was quite moving, it was about dreams, shattered dreams, childhood dreams gitu.Punya seronok tengok, sampai aku kata yang aku nak tengok kasi habis, tak apa lah aku balik lambat sikit, sebab nak kena buat catherter etc.

Aku turun kat 57th Street, berbelah bagi aku samada nak pergi tengok wayang atau nak melepak kat Central Park tengok snow turun. Last nya aku merayau-rayau kat dalam park aje lah, sesambil ambik gambar. Esoklah kot tengok wayang, sebab esok Golden Globe punya awards presentation, so tak ramai orang kat panggung kot. Risau dah aku nih sebab banyak wayang yang belum aku tengok nih, Revolutionary Road, Valkyrie (Tom Cruise), Bride Wars (yang aku tengok Anne Hathaway sama Kate Hudson tengah shooting kat Central Park, a few months back). Dan esok aku masuk kerja lewat sejam, pukul 11 pagi.