Friday, October 19, 2012

KhamisJumaat0102012009


Khamis

Berapa jam aje aku tidur semalam, walaupun keletihan sebab ke Times Square, tapi aku bangun pagi jugak, as if aku nak mula kerja pukul 10. So melepak kat Forest Hills aje lah, sambil breakfast, baca paper, mula nya nak terus aje ke apartment diaorang tapi rasa rugi pulak sebab aku dah janji nak masuk kerja pukul 12. Apa ke jadahnya nak masuk awal-awal kan, walaupun akan dapatlah gaji lebih sikit kalau masuk awal.

David bosan agaknya sebab tak ke mana-mana so dia pun keluar pergi kedai kat area Forest Hills tuh. Lepas menyiapkan Hl kat bilik air, dia kata dia nak rileks kat katil, nak suruh aku urut. Kejap aje aku urut dia, terus dia berdengkur.

Dan terus lah aku dapat idea, aku keluarkan cellphone aku, dan aku online sesambil tangan kiri aku urut dia. Best gila, pasal lah aku tak terfikir dari dulu? Terkemut-kemut aku gelak bila mengenangkan yang satu tangan urut Hal (kadang-kadang aje aku urut guna dua tangan, nak bagi kasi real, biar dia tak perasan yang tangan aku lagi satu tuh tengah sibuk buat benda lain) dan satu tangan lagi dok menaip kat screen cellphone yang cenonet tuh. Nanti aku nak bawak laptop lah pulak, sesambil urut King Mongkut tuh, boleh online kan? Laptop tuh boleh taruk kat bontot dia ekekeke

Lepas lunch, sebab tak ada benda lain nak buat, kitaorang tengok DVD film The Love Guru. Aku memang tak pernah suka Mike Myers dan aku dah lama cakap kat diaorang yang aku tak suka film tuh tapi diaorang nak sangat tengok. Memang hampas gila, sampaikan Hal sama David tertidur. Aku pun puas menahan dari tertidur tapi sebab aku duduk di kerusi (diaorang sambil lepak kat katil dan sofa) so susahlah sikit nak tidur. Menyumpah-nyumpah kitaorang tengok film tuh, bodoh yang teramat sangat. Kalau dulu aku kata film You Don't Mess With The Zohan lah film paling bodoh pernah aku tengok, sanggup rasanya aku tengok filem tuh sekali lagi, asalkan jangan tengok The Love Guru tuh.

Lepas buat catherter, dalam pukul 5, aku mintak blah sebab dah tak ada kerja dah nak dibuat, Hal pun dah siap aku siapkan semuanya. Cuma diaorang nak tunggu dinner aje. 

Sempena Tahun Baru, aku rasa nak lah aku reward kan diri aku, itu yang aku ke Restoran Laut kat East17th Street tuh, kat area Union Square, walaupun aku turun kat Chelsea dan jalan kaki dalam 5 blocks gitu. Classy nampaknya restoran tuh, baru 5 bulan dibukak, staff nya Malaysians, ada satu waiter orang Indon. Tak ramai orang masa aku masuk tuh, ada orang aje, cuma banyak "take-out" orders. Aku cakap Melayu aje dengan diaorang, jadi popular aku sekejap sebab semuanya nak sembang dengan aku, sampaikan pekerja dapur pun jenguk-jenguk, "nak tengok orang Melayu". Sure Mat Salleh yang tengah makan tuh ingatkan aku nih celebrity sebab diaorang asyik jeling jer aku bila aku sembang-sembang sambil gelak-gelak dengan Manager restoran tuh.

Manager tuh kata yang walaupun baru bukak tapi maju jugak restoran tuh, orang UN sama Tourism Malaysia pernah datang dan buat party kat situ. Aku order Roti Canai sama Assam Laksa, sama teh ais. $25 semuanya sama tips, terfikir jugak aku, yang $25 tuh boleh beli bahan-bahan dapur untuk 2 minggu, kalau aku masak sendiri. 

Aku janji nak datang sekali seminggu makan kat restoran tuh, kedudukan dia strategik, kat tengah-tengah Manhattan. Manager tuh kata yang Penang Restaurant kat Upper West Side dah ditutup, atas perintah Department Of Health.

Jumaat 

Ayooo Dear Diary, aku terpergi makan kat luar lagi harinih. Mana janji aku nak maksima makan kat luar dalam seminggu, cuma 3 kali aje? Mana nya? Ekekekkekeke.

Since aku tak lunch sebab aku makan oatmeals pun dah lewat sebelum keluar untuk Sembahyang Jumaat, dan since esok Sabtu dan aku kena bangun pagi, aku tak ada masa nak masak for dinner, lepas balik kerja tadi (Macam lah aku AKAN masak memalam, kan?).


So, tak ada jalan lain, terpaksalah aku ke Redang Island Restaurant, tapau sambal tumis sotong. Untuk makan dua hari tuh. Dah lost count dah berapa kali aku makan kat luar minggu nih. Cuba lagi lah minggu depan kot, minggu nih kasi kelonggaran sikit lah. Tak pun minggu depan, aku pergi restoran sekali aje, tapi beli banyak-banyak makanan. Ha, aci dak kalau aku buat macam tuh, Dear Diary?