Tuesday, October 16, 2012

Ahad21092008


Punya lah bosan nya hari nih sebab kitaorang di apartment aje seharian. David keletihan nak keluar ke mana-mana walaupun Hal nak sangat pergi mall. David balik lewat semalam tuh sebab pasal kereta kawan dia tu lah, cermin depan dipecah orang. So dia ke gym aje pagi nih, then tengahari lepas diaorang lunch, dia keluar lagi. 

Masa DaVid keluar tuh, masa tu lah aku menguruskan pasal Hal nak berak lah, nak buat catherter lah. Dan aku bengang lagi sekali sebab Hal macam nak cepat aje, dia nak bersiap jugak in case David nak keluar jalan-jalan sama kitaorang. Dia nih macam budak kecik, bersiap siap-siap sambil tunggu David. Sebijik macam budak kecik kaedahnya. Biasanya, bila David balik, dia akan terkesian dengan Hal yang dah siap sedia nak keluar, so we will end up oergi for a spin. 

Aku yang sentiasa tengok jam tu aku tahu lah yang kalau kitaorang nak keluar ke mana-mana, sure tak sempatnya dah sebab aku habis kerja harinih pukul 5. Tapi dia berkeras jugak nak bersiap, memang buang masa aku aje. Memang menyusahkan aku aje. 

-----------------------------------

Semalam, janjinya dengan Brent, nak datang apartment dia yang kat Upper East Side tuh dalam pukul 7-30 pm, tapi bila aku check my voicemail, dia suruh aku datang awal sikit, dalam 6-30 gitu.So aku turun kat Lexington Ave/63rd Street punya station, senang aje cari apartment dia tuh. Since waktu pun masih awal, lima lebih masa tuh, so aku merayau-rayaulah kat area situ. Terasa macam menyesal pulak buat appointment tuh sebab Upper East Side nih kawasan orang kaya. Kawasan tycoon-tycoon. Tengok apartment-apartment kat situ pun dah buat aku seram. 

Apartment dia nih mengadap East River, nampak jelas lah Roosevelt Island. Kebetulan pukul 6 tuh masa aku talipun, dia ada di apartment, so terus aje lah aku pergi sebab dalam sejam lebih sikit aku dah nak berbuka. 3-bedroom apartment, dia duduk sorang-sorang aje since bercerai. Ada anak dua orang dia nih, yang paling tua tuh sama umur dengan aku, so aku agak dia nih dalam late 50's gitu umurnya. Dia Jews tapi Hindu, kat apartment tuh penuh dengan patung, gambar-gambar sami Hindu. Dia selalu pergi India (a few times a year), banyak gambar-gambar dia berpakaian sami keling. 

Dah 30 tahun dia duduk kat apartment tuh, so aku tak lah terkejut sangat menengok keadaannya yang lintang pukang tuh. Lantainya punyalah kotor, buku-buku bertaburan kat tiga-tiga bilik, pendek kata memang kotor habis lah apartment tuh. Sampaikan aku asyik fikir, macamana nak organize semua tuh sebelum bersihkan semuanya.

Lama kitaorang sembang, aku lah yang banyak bercerita. Tak sembang sangat pun pasal kerja kat apartment dia tuh. Dia yang banyak tanya aku itu ini. Aku selamba aje jawab, aku beritahu dia yang aku bukanlah hard up for money sangat, aku nak penuhkan masa aje sebenarnya. Daripada aku melepak kat rumah, baik lah aku kerja. Daripada aku melepak tengok wayang aje kerjanya, lebih baiklah aku kerja. 

So, to cut it short, Brent suruh aku datang Khamis, kerja dari pukul 10 sampai 3 petang, dia akan bayar $30 sejam, mahal tuh sebab kalau housekeepers/cleaners biasa orang Spanish, orang South American, dibayar $10 sejam pun berkejar diaorang terima. I guess itu rezeki aku, so aku kena buat betul-betul lah.