Terkejut MamatGQ tengok aku datang jugak pagi nih sebab kat luar hujan lebat gila. Sejak semalam lagi turunnya, for the next 3 days, New York akan hujan aje. Tengok orang lah kan, aku dah janji nak datang Friday, sure aku datang punya lah, rain or shine. Hiks!
Dia ingatkan aku bad mood pagi nih, entah, aku pun tak tahu apa pasal dia kata aku bad mood sedangkan aku macam biasa aje. So aku gelak kan aje lah, aku kata, aku belum bercakap/jumpa sapa-sapa pagi nih, macam mana aku boleh mood tak baik pulak. Mood aku, biasanya, masa aku sampai kat apartment David/Hal nanti, ha, masa tu baru aku boleh tengok macamana mood aku. Kalau Hal buat palat, sure tak baik lah mood aku sepanjang petang tuh.
Tak ada apa sangat kerja nak dibuat pun so aku buatlah apa yang patut, buat pelan-pelan, sebab masa banyak. Aku keluar kejap pergi beli barang-barang untuk minggu depan, dah habis semuanya detergent, polish, semuanya tuh.
Masa aku kat laundry room, ada lah this one Swedish guy, sembang-sembang dengan dia sekejap. Bila dia tanya aku duduk apartment mana, aku kata lah yang aku datang buat kerja tuh sebab nak tolong member aku yang sibuk. "How to be your friend then?", dia tanya aku sambil gelak-gelak.
Ada new entries kat diary MamatGQ tuh, ada dua, tapi pendek-pendek. Rajin pulak dia buat update, 3 days in a row. Tapi, ada dua nama baru yang dia selalu mention, R dan S. Aku tak tahu sapa S sama R nih, sebab MamatGQ nih, dia tulis diary, bukan macam aku. Dia nih tak tulis detail, takat dia sorang jer faham, dia tak tahu ker diary dia tuh ada followers nya? Ekekekeke. So, entah apa-apa lah entries dia tuh, more to cakap-cakap kosong, whining gitu. Tak ada buah butirnya.
Lepas habis kerja kat situ, terus aku ke Jackson Heights, sempatlah online sejam sebelum pergi Sembahyang Jumaat. Lepas sembahyang, masuk internet cafe lagi seround. Then aku jalan-jalan kat Little India tuh pasal nak cari baju Raya. Aku masuk lah kedai yang aku pergi ituhari, aku nak beli Kurta. Tak ada lah pulak yang lawa-lawa, yang saiz aku. Bila aku tanya harga pakaian yang bergantung lawa tuh, tu dia, dekat 400 harganya. Ala, yang Kelin pakai masa diaorang kawin tuh. Nasib baik lah mahal, so aku tak beli.
Last-last aku ambik lah satu Kurta putih yang paling murah sekali, $60. Itu pun sebab aku kesian dengan tokay kedai tuh, dia bukak satu persatu baju-baju yang aku tunjuk tapi semuanya bukan saiz aku, atau semuanya dibuat dari silk. Macam aku kata, aku beli tuh bukan apa, aku beli sebab kesian kat tokay tuh, dia bukak satu persatu baju yang didispaly, so aku, macamana pun, kena lah beli something dari dia. Tak kan aku sampai hati menghampakan dia kan? Lagipun, tak ada benda lain dah yang lebih murah dari Kurta tuh, tak kan aku nak beli Sari pulak kan?