Harinih aku macam happy sikit. Sikit jer lah. Bukan happy apa, macam "I feel good" gitu aje. Even masa Hal ada buat palat tadi pun, walaupun aku tersempat jadi bengang, terdan jadi marah sekejap, tapi lepas tuh aku cool balik.
Aku rasa macam happy jer hari nih sebab hari nih anniversary blog aku. Harinih, pada tahun 2004, aku mula tulis blog nih. Lama dah rupanya, tak sangka boleh bertahan sampai sekarang. Memang aku nih jenis suka membebel kot, tu pasal boleh bertahan lama tuh. Harap-harap, kalau panjang umur, biarlah blog nih hidup lagi, at least for another 2 years.
Aku dah cadang, ini cadang aje lah, yang tahun 2010 nanti, 22 September 2010 to be exact, (InsyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki), aku nak berhenti memblog. Ataupun aku nak terus memblog tapi nak buat underground gitu, tak siapa tahu, tak nak ada sapa yang baca pun. Sebab masa tuh, InsyaAllah, Projek AIB 2010 akan berjalan, kan? Tak nak lah aku orang tahu apa-apa pasal aku, walaupun sikit.
Aku dah terbayang yang aku akan cut all ties dengan semua orang, tutup blog (atau biarkan aje blog nih terbukak tapi tak ada updates sebab aku buat blog lain), uninstall YM, tak check emails, tamatkan service cellphone aku. Pindah rumah jugak, if I have to. Heheheh, Projek AIB 2010 punya pasal.
Aku hanya akan muncul balik pun bila aku dah tahu arahtujunya Projek AIB 2010 aku tuh. Iyalah kan, entah-entah aku decide nak duduk jer kat Amerika nih terus menerus, lantaklah, mati katak pun mati katak lah. Tengoklah nanti macamana.
Ok, kalau aku ada masa, nanti aku update pasal Projek Tabung Ayam yang dah masuk tahun ke empat dah nih. Projek Tabung Ayam aku nih biasanya aku update setiap anniversary blog aku nih.
-------------------------
Yang kedua buat aku macam happy aje, harinih jugak birthday MamatGQ. Senang jer nak ingat birthday dia nih, sebab itulah, sama dengan birthday blog aku. So pagi tadi aku sms-ed dia, nak wishkan dia birthday lah. Pukul 8 aku sms-ed dia, pukul 8-30 pagi baru dia balas. Nak sentapz aku tau dak, punyalah lama aku tunggu dia balas.
Masa tunggu tu lah baru aku terinsaf, teringat, yang sebelum-sebelum nih ada orang sms-ed aku, tapi aku tak balas pun. Tah-tah, tahun yang lepas-lepas, ada yang wished aku birthday pun aku tak balas. Baru lah aku tersedar betapa teruk nya aku nih, sms orang aku jarang balas.
MamatGQ macam terkejut aje aku tahu birthday dia, dan dia tanya aku kalau-kalau aku boleh datang hari Rabu, instead of esok. Aku ok kan aje. Ish, dah dua minggu rupanya aku tak berkesempatan jumpa MamatGQ nih. Semua tuh melalui sms lah, tak faham aku, apa pasal orang suka hantar sms, apa salahnya guna talipun, itu lebih senang, kan?
--------------------------