Tuesday, October 16, 2012

Jumaat12092008


Aku tak sure aku boleh handle buat 3 kerja harinih tapi since aku dah janji, terpaksalah jugak aku buat. Kepala aku pening sikit semalam tuh so sebelum tidur aku makan TylenolPM dua bijik. Tengah malam tuh aku tersadar pulak, mimpi apa tah, itu yang buat aku terjaga tuh. Aku rasa, kalau aku layan mimpi tuh, kalau aku tak tersedar, tak terexcited, sure basah nya lah. Ekekekkeke, mimpi potong stim rupanya. 

Lepas Subuh aku tidur kejap (aku tak sedar bangun Sahur lagi) walaupun aku dah pakai towel dah nak mandi. Sedar-sedar dah 8-30 pagi. Nasib baiklah aku boleh datang lewat sebab MamatGQ dah blah ke Iowa, so aku sampai apartment dia dekat pukul 10 gitu. 

Tak ada apa sangat yang nak dikerjakan, bersih aje apartment dia tinggalkan, tak macam selalu tuh kalau dia nak ke mana-mana. Aku tengok, diary MamatGQ tuh tak ada kat shelf. Sure dia bawak nih, kata aku dalam hati. Sebab dia selalu tulis diary masa dalam flight, atau masa kat airport, atau masa dia lepak-lepak cuti. Oklah tuh, sure ada entry baru nanti nih. 

Entah-entah dia tipu aku, entah-entah dia kata nak balik Iowa, instead dia pergi Montreal jumpa awek dia. Boleh jadi kot? Sebelum dia blah ituhari dia ada kata yang dia akan belikan aku something. "Corn on a cob", aku kata gitu, saja lah aku sindir dia pasal aku teringat janji dia yang sama masa dia pergi Israel dulu tuh. 

[Ok, ini untuk general knowledge aje lah. Ok, apa pasal akau kata "corn on a cob" tuh? Korang tak faham, kan? Iowa nih pengeluar corn terbesar kat Amerika, kalau orang cakap pasal Iowa, orang akan associate kan dengan corn. So, joke-joke pasal corn (except baby corn punya joke) biasanya untuk Iowa lah. Nanti, kalau ada sedara-mara korang nak gi melawat atau study kat Iowa, korang tanya lah, "What? You want to watch corn grow?"]

Sempat dua tiga kali aku merewang-rewang keluar kat area Chelsea tuh, sementara tunggu pakaian kat washer/dryer. Seronok lepak jalan-jalan gitu sebab Chelsea tuh right smack in the middle of Manhattan, happening sesangat. Aku rasa macam aku duduk kat area tuh aje, orang lain pun sure ingat aku nih one of those Chelsea boys. Hiks!

Pukul 12 lebih sikit aku dah blah ke Forrest Hills sebab aku nak kerja kat apartment NenekTua kat tingkat 5, satu blok dengan apartment David/Hal. Saspen gak aku takut-takut terserempak dengan Hal sama Chris, caregiver yang sorang lagi tuh. Time-time gitu biasanya diaorang baru balik dari gym. 

Mrs Gibber duduk sorang-sorang, two-bedroom apartment. Dia kata dia pernah terserempak dengan aku, cuma aku yang tak perasan. So dia dah tahu pasal aku yang kerja jaga Hal tuh. Dia nih dalam mid 80's gitu, pakaiannya boleh tahan, gelang, rantainya merelip-relip, banyak pulak tuh. Duduk kat rumah pun pakai lipstik, tak tahu lah kalau-kalau dia baru balik dari mana-mana tapi dressing dia sebijik macam orang tua-tua geng-geng bangsawan tuh. 

Nak jalan guna walker. Kesian aku menengoknya sebab terkemput-kemput aje nak ke sana sini. Pelik aku, apa pasal anak-anak dia yang 3 orang tuh, yang duduk kat blok depan, tak ambik tahu langsung pasal NenekTua nih? 

Aku tengok, tak ada benda sangat pun yang nak dikerjakan, setakat bersihkan bahagian dapur, kemas-kemas kan ruang tamu. Entah, bagi aku macam tak ada kerja tapi bagi Mrs Gibber tuh, banyak sangatlah benda yang kena diorganizekan. Dia duduk aje kat sofa sambil tengok tv, so aku buatlah apa yang patut. Kejap-kejap aku tanya dia, kat mana nak taruk ini, kat mana nak taruk itu. 

Pukul 1 setengah aku mintak diri, kata nak pergi lunch, sedangkan aku nak lari kejap ke Jackson Heights, nak Sembahyang Jumaat. Terkejar-kejar aku dibuatnya, tapi tak ada lah pressure sangat.

Aku sampai semula ke apartment Mrs Gibber tuh dalam dua setengah, sambung buat kerja kat bilik air dia pulak. Nak tergelak jer aku sebab aku rasa aku sebijik macam dalam filem Driving Miss Daisy (Jessica Tandy), jadi kuli perempuan tua yang kaya raya. 

By 3-30 pm aku dah tak tahu apa nak buat dah, Mrs Gibber pun pelik sebab dalam masa sekejap aje aku dah siapkan semuanya, bersih semuanya. Dia kata, part-time housekeeper dia yang cabut lari tuh, nak bersihkan bath tub pun sampai one whole day. Belum lagi nak bersih lantai, nak vacuum, nak mop semuanya. 

Dia tanya aku yang bila lagi aku boleh datang, and since tak ada kerja sangat pun, aku kata lah yang aku tak perlu datang setiap minggu. Aku beritahu dia yang aku rasa macam tak sedap hati jugak kalau David/Hal tahu aku kerja di situ. Once in a while tak apalah, jangan kerap sangat. Aku beritahu dia kat mana nak cari part-time housekeeper, kalaulah dia nak kan orang yang boleh datang hari-hari, or at least a few times a week. Aku tinggalkan phone number aku, kalau-kalau dia nak aku tolong apa-apa. Kesian pulak aku menengoknya Mrs Giibber tuh sorang-sorang, she definitely needs someone to talk to. 

"The money's in my purse, on the dresser", kata Mrs Gibber, bila aku mintak diri. Ayoo, tak kan aku nak pergi ambik purse dia, nak bukak, kan? So aku kata aku datang tuh takat tolong dia sikit-sikit aje, tak payah bayar upahlah. Walaupun dalam hati aku kata, kalau dia kasi duit kopi sesikit pun dah ok sangat dah. Terus Mrs Gibber masuk bilik, then tak lama lepas tuh dia hulur aku a few kepings duit. 

"Thanks, but you keep the rest", aku kata gitu sambil ambik 4 keping. Aku pulangkan dalam 5 atau enam keping kat dia. 

"You are such a doll", kata Mrs Gibber. Puas aku gelak. 

Lepas tuh aku ke library sekejap, adalah dalam 45 minit sebelum aku ke apartment David/Hal pulak. Aku tak rasa letih pun sebenarnya walaupun dah dua tempat aku kerja harinih. Cuma aku rasa mengantuk aje sesikit. 

David/Hal ada guest pulak malam nih, kawan diaorang yang dari tingkat bawah, yang kawin sama orang Thai tuh. Nasib baik lah Hal pun macam letih aje (sebab dia ada a few doctor punya appointments di sebelah siang tadi) so aku kata lah yang dia kena tidur awal. So by 8-30 aku dah siapkan tempat tidur dia, dah bersihkan dia kat bilik air pun. Aku saspen jugak mulanya sebab tiap kali guests tuh datang, selalu diaorang sembang lama-lama sampai pukul 10 lebih biasanya. 

Balik rumah aku tak lama sangat online sebab esok kena bangun pagi, esok kerja dari pukul 10 pagi. Aku memang tak suka weekend sebab itulah, kerja shift panjang, 8 jam. 

Fuck Dear Diary, I'm missing my friends already........

If you're lost.... you can look and you will find me 
Time after time
If you fall.... I will catch you, I'll be waiting
Time after time

You said go slow
I fall behind
The second hand unwinds

If you're lost.... you can look and you will find me
Time after time
If you fall.... I will catch you I'll be waiting
Time after time

[Cyndie Lauper - Time After Time]