Aku tidur tak tutup tingkap, kebetulan malam tadi sejuk jugak. Kipas pun terpasang. Tidur pun tak pakai baju. So dalam pukul 3 lebih aku terbangun, terbersin-bersin, Sahur minum hingus jadinya.
So sepagian aku rasa macam tak sihat aje sedangkan aku dah makan AlkaSetzer. Patutnya ubat tuh ditaruk dalam air kasi hancur, then baru minum. Tapi aku malas sangat, aku kepat/kemam aje ubat tuh, tu pasal macam tak mujarab gamaknya.
Membawak ke petang, dah ok sikit, lepas Sembahyang Jumaat aku melepak kat Secret Garden tu aje lah, sementara tunggu masa nak ke apartment David/Hal. Sepanjang mengurut Hal tuh, terkemut-kemut aku menahan bersin sebab Hal nih jijik sangat kalau orang-orang bersin gitu, disuruh cuci tangan, cuci muka semuanya.
Aku kat bilik air masa David balik kerja, "Damn it, been sneezing all day long", aku kata gitu kat dia. Tak lama lepas tuh dia tanya aku kalau-kalau aku nak balik berehat sebab dia bimbang kalau-kalau aku tak sihat for tomorrow. Esok dia nak keluar seharian, kalau aku tak ada, susahlah siapa nak jaga Hal. Lagipun, mak Hal (mak tiri David) nak datang esok, aku kena ada. Aku pun apa lagi, setuju sangatlah, so pukul 6 aku blah. Dapatlah rileks sesikit.
Hari nih for the first time aku berbuka kat Masjid Bay Ridge, lepak kat situ sampai Tarawikh.