Aku dah bersiap awal sikit tadi tuh, sebab cadangnya nak keluar. Kononnya nak ke Central Park, nak tengok David Blaine yang buat stunt gantung diri tuh. Tapi, aku teringat yang contact lens aku belum diambil. So singgah sekejap kat kedai depan rumah tuh. Ituhari dah datang nak ambik tapi belum siap.
Hampir terdorder contacts baru jugak, kaler jade, sebab aku saja gatal-gatal tanya kalau-kalau ada colored contacts. Yang aku order nih tinted jer, yang tinted nih tak berapa tahan lama, selalu koyak kat tepi-tepi. Aku dah bayar $125 untuk order jade-colored contacts tuh, barulah salesgirl tu kata yang $125 tuh untuk 3 pasang, instead of 6 pasang. Terus lah aku ambik balik duit, walaupun ada jugak detik di hati aku, masa bukak wallet tuh, nak keluarkan another $125, instead of masukkan duit tuh. Tak sangka yang aku nih berjimat orangnya kan Dear Diary?
Lagi satu, frame spek yang mahal ($550-00) yang aku teruja sangat nak beli hari tu tuh, dah tak ada dah. Spek Calvin Klein tuh. Aku dah lama cadangnya nak melengkapkan diri aku dengan barang cap Calvin Klein, spek jer lagi yang belum ada nih. Kalau ada contact lens brand tuh, sure dah lama aku beli. Puas salesgirl tuh cari kat display dalam kaca tuh, tapi frame tuh dah tak ada. Macam terfrust jugak aku dibuatnya, tapi tak apa, at least duit aku selamat.
Agaknya sebab frust sebab tak dapat membelanjakan duit, elok aje aku nak menyimpang masuk ke subway, aku terus menyimpang balik hala ke rumah. Sabar jer lah aku nih. Melepak aje lah kat rumah, sambil dengar lagu-lagu Raya. Ada 5 jam sebelum aku pergi kerja, so memang melepak habis lah aku. Musim-musim Raya nih, kutu rock macamana pun, sure tangkap sayu punya lah.
Tengah aku check statpage blog aku, terpanik sekejap aku bila tengok ada IP dari New York Public Library. Mulanya ingatkan orang tersalah masuk, tapi entry page tuh dari Google, orang tuh googlekan "Joe Bangla Blog Dendam Perantau". Sah lah ini orang yang pernah masuk blog aku. Tapi siapa? Terpanik gila jadinya aku, iyalah kan, aku baru aje publishedkan alamat rumah aku kat blog sebab bertali arus peminat nak hantar hadiah sempena Raya birthday aku. Dekat sangat tuh dengan aku, New York Public Library tuh. Banyak kali pulak IP tuh ada, selama ini tak ada pun IP macam tuh. Sapa hah? Who could that be? Terus aku teringat kat Syed pasal kalau bukan dia, siapa lagi? Sah lah Syed dah ada di New York balik nih. Exactly a year kan aku kenal Syed? Raya tahun lepas kan yang aku terjumpa dia tuh?
Berbelah bagi jugak aku samada nak talipun Syed, kang terajak dia datang rumah pulak, iyalah kan, musim-musim Raya gini nih, hati kita mudah jadi lembut.
So aku talipun Syed. No answer. Masa aku dalam train agaknya, dia talipun, tinggalkan message. Dia kat Seattle, WA, kat rumah mak dia. So, siapakah gerangan nya yang mengoogle nama aku dari New York Public Library tuh? Saspen dah aku nih, what with alamat dan nombor talipun aku terpampang kat blog. Punyalah panik, sampai aku terfikir yang malam-malam nanti, aku tak nak bukak lampu kat bilik aku, takut-takut ada orang datang ekekekeke.
-------------------------
Eh Dear Diary, cakap pasal save duit, aku rasa lah kan, aku tak nak pergi tengok konsert Madonna tuh. Entah, sesehari dua nih kan, aku dah macam tak ada semangat nak cari tiket Madonna tuh sebab semua yang nak jual kat craigslist.com, semuanya dijual in pairs, sedangkan aku nak satu keping aje. Aku pergi sorang-sorang aje kan? Aku rasa macam loser sangatlah kalau pergi konsert tuh sorang-sorang. Perempuan pulak tuh kan yang perform? Tak ker malu nanti tuh Dear Diary, seorang lelaki terkinja-kinja tengok perempuan menyanyi?
Harap-harap aku akan terus tak pedulikan pasal konsert tu lah, harap-harap aku tak jadi teruja nak pergi tengok. Dan harap-harap aku tak selalu tercheck craigslist.com lah sebab aku sure yang dah dekat-dekat nak konsert nanti, masa tu lah ada orang jual tiket sekeping-sekeping gitu kan? Dear Diary, kau doa sikit biar aku tak pergi tengok konsert tuh, ok? Tak pergi tengok dengan kerelaan hati, bukan tak dapat tengok. *Mode bawak sepanduk Say No To Madonna*
Best aku hari nih kan Dear Diary? Berjaya daripada membelanjakan duit. Esok aku kerja apartment MamatGQ, dapat duit lagi. Lusa, kerja kat apartment Brent, dapat duit lagi. Harap-harap aku tak tershopping lah nanti nih.......ekekekkeke sambil pekop mulut.