Awal jugak aku sampai Chelsea harinih, belum pukul 8 pagi lagi. So terus aku ke apartment MamatGQ, dapatlah lama sikit sembangnya nanti, kata aku dalam hati.
Tapi bila aku sampai, kosong aje apartment dia, bike dia pun ada, dan tak ada gaya dia pergi Yoga. Sah lah dia dah pergi kerja. Biasanya gitulah, hari lepas dia cuti, atau dia ke mana-mana, dia akan pergi kerja awal. Kata dia ituhari, dia balik pagi Selasa, semalam.
Aku tengok sekeliling, bersepah pakaian, kat meja ada duit gaji aku. Tapi, tak ada pun note apa-apa yang dia tinggalkan untuk aku macam selalu tuh. That's very unusual, kata aku dalam hati. Sentapz jugak aku mula tuh, tapi dia sibuk gamaknya, tak apa lah.
Since dia tak ada, dan aku pun tak bawak laptop (kalau tak tuh sure aku online dulu baru lah mula buat kerja), so cepatlah kerja aku. By 9-30 am, pakaian dah kering pun kat dryer. Kerja-kerja lain pun aku buat cepat-cepat sebab aku cadang by 12 aku nak blah. Tiga empat kali aku gilap lantai sebab nak kasi betul-betul bersinar. Puas hati aku bila tengok lantai tuh jadi macam lawa, macam berseri aje the whole apartment tuh. Kesan calar kat lantai pun dah lama hilangnya. Kalau dulu, pucat lesi aje lantai apartment MamatGQ tuh.
Masa aku lepak sebab ambik napas (iyalah, letih jugak dibuatnya membongkok on my knees nak menggilap every single panel lantai tuh.)aku check-check diary dia kalau ada entry baru. Tak ada pulak. Tapi, kat atas diary dia tuh aku tengok ada satu workbook nih, apa tah tajuk dia. Pasal how to lead and heal your life, gitu lah lebihkurang judul dia.
Aku bukak satu-satu, ooo, ini lah rupanya yang dia kata ituhari tuh, diary dia tuh. Sebab workbook tuh ditulis sejak MamatGQ belasan tahun lagi, masa dia sekolah. Masa dia tak reti eja "supposed, alone" lagi. Dia eja "sapost", "alawn". Bagus workbook tuh, macam-macam soalan yang ditanya. Aku baca aje lah jawapan yang MamatGQ tulis tuh, yang macam diary entries jadinya sebab panjang. Benda-benda macam his desires, his dreams, his purposes in life, his goals, what he thinks about this, what he thinks about that, benda-benda macam tu lah. Terralit aku membacanya, memang hebat lah workbook tuh, kalau lah sejak kecik aku ada workbook macam tuh, sure best. Sure aku akan jadi macam Oprah.
Biasanya aku kerja pakai t-shirt aje tapi tadi tuh aku tak tanggalkan pun baju Polo yang aku beli kat Lord & Taylor dulu tuh, yang gila-gila punya diskaun dulu tuh. Sebab itulah, kat luar dah mula sejuk, dan aku terpaksa buka tingkap sebab nak kasi hilang bau vinegar yang aku guna untuk besihkan lantai. Dan biasanya aku pakai t-shirt kat dalam, tapi tadi aku saja pakai singlet. Aku nak bukak baju, tinggal singlet aje, malu lah pulak kat diri sendiri, togel sangat. Kat apartment MamatGQ tuh banyak cermin. So, the whole time aku kerja, berpakaian lawa/mahal lah.
Dan aku tak perasan pun masa bila baju aku tuh terkena percikan bleach (ataupun detergent lain), sedar-sedar, masa aku dah nak blah tuh, aku tengok baju aku bertompok-tompok cokelat. Alaaaaaaaaaaaaa, habis baju aku! Tak ada lah nampak jelas sangat kalau tengok dari jauh (sebab baju tuh pun kaler cokelat) tapi bila diperati betul-betul, memang macam kain buruk gayanya baju Polo aku yang baru sekali aku pakai tuh. Aku pasrah aje lah, nak buat macamana, puas aku bersihkan, tetap tak hilang tompokan tuh.
Sebelum aku blah, aku tinggalkan note untuk MamatGQ, beritahu dia yang aku akan datang lagi besok (minggu lepas dia yang suruh aku datang Rabu dan Khamis), dan kalau dia nak aku datang hari Jumaat instead, beritahu aku.
Ngam-ngam pukul 12 aku keluar dari apartment MamatGQ. Since aku bawak buku Three Cups Of Tea tuh untuk dibaca dalam train, so aku guna buku tu lah nak tutup kotoran kat baju aku tuh.Malu jugak aku jalan kat area Chelsea tuh gitu kan? Silap-silap terserempak dengan Sarah Jessica Parker ker, dengan Leonardo DiCaprio ker, tak ker malu aku? Sebab diaorang tuh, kat paper semalam, were sighted having lunch kat area tuh.
Boleh, kalau aku masukkan baju tuh ke dalam jeans, habis semua masalah tertutup, kan? Tapi aku itulah, aku bukannya jenis manusia yang suka menyembunyikan kekotoran dan keaiban diri. Itu macam menipu aje kan? Menipu orang dan menipu diri sendiri.
So terus aje lah aku jalan ke arah subway. Tapi, semakin aku jalan ke depan, semakin aku terkedekat dengan this one shop, The Jeans Store, kedai jual pakaian yang memang lama sangat dah aku mengidam nak masuk, yang memang selalu sangat dah aku intip-intip, yang minggu lepas aku dah nak pergi tapi tak sempat.
Terus aje lah aku masuk kedai tuh, dan kebetulan pulak salesgirl kat situ memang yang jenis pandai baca hati aku, so dia tunjuk kat aku kat mana baju-baju, seluar-seluar yang semua aku berkenan. Macam dia tahu aje yang aku memang nak beli baju, seluar dan t-shirts.
Tak sampai 5 minit, terambil lah aku dua helai jeans, dua helai kemeja lengan panjang, 3 helai t-shirt putih dan 3 helai t-shirt hitam. Lawa baju-baju tuh, aku nak jaga betul-betul baju tuh, dan aku siap bercadang nak datang lagi nanti sebab ada a few lagi baju yang lawa patternnya. Rasa macam lawa jer kalau aku pakai baju-baju tuh, selawa manequin-manequin yang buat aku teruja nak ke kedai tuh dari dulu lagi aje gayanya. Aku tak try pun jeans, baju semua tuh, aku nih memang jenis gitu, beli pakaian tak pernah aku try pun. Sebab aku malu tengok kat cermin. Ekekekekke
Ada lah jugak aku terlalu kat kawasan t-shirt murah-murah, aku buat tak pandang aje t-shirt Fruit Of The Looms yang dulu tuh macam pakaian rasmi aku. Alaaa, apa salahnya aku bertukar citarasa pulak kan, pakai Calvin Klein punya t-shirts, walaupun t-shirt tuh kat dalam. It certainly will make me feel good nanti tuh. Lagipun, MamatGQ, David, Hal, diaorang pun pakai Calvin Klein punya underwear, t-shirt, salah ker aku pun pakai pakaian dalam brand yang sama? Tak salah, kan?
T-shirt-t-shirt putih aku yang kat rumah tuh bolehlah aku buat kain buruk mengelap meja, dah aku dapat save duit dari beli kain lap, kan? Pandai aku nih nak save duit rupa nya.
Tokay kedai tuh orang Arab (Jews kot?), pekerja dia semuanya Mat Salleh sama gagak. Walaupun aku sekejap aje kat situ tapi aku nampak, dan boleh agak, yang tokay tuh cerewet sangat orangnya. Jenis yang dok perambat pekerja dia suruh buat itu ini, bahasa dia pun kesat aje. Aku tengok, diaorang semuanya terkejar-kejar, takut-takut aje kat tokay tuh, yang aku pun jadi macam geram aje menengoknya.
So, aku buat baik-baik, aku puji diaorang, aku melawak, masa nak bayar tuh. Sebab tokay tuh ada kat situ masa tuh. Saja jer lah aku nak kasi diaorang happy, rasa macam best gitu, nak kasi tokay tuh tahu yang pekerja dia tuh dah buat terbaik mungkin, so janganlah treat diaorang macam hamba sahaya.
Now Dear Diary, tell me, aku nih memang jenis manusia yang dilahirkan baik hati atau aku nih jenis terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling?
So, habislah dua ratus lebih kat kedai tuh. Mampos lah, semalam dah lah tebang seratus dollar beli contacts, sebab lens aku dah habis. Yang aku beli dua tiga bulan lepas tuh, dah habis. Koyak lah, rabak lah, hilang lah, macam-macam jadinya. Apa pasal kali ini cepat sangat habisnya riwayat contacts aku hah?
Terus aje lah aku pakai one of the shirts yang aku beli tuh, baju Polo aku yang terkotor tuh aku buang aje lah kat situ, senang cerita, get rid of all the evidence kaedahnya.
Since aku ada masih banyak waktu, aku ke Jackson Heights, sebab nak ke internet cafe. Aku tak bawak laptop, kan? So terpaksalah ke sana, mana lah aku boleh berpisah dengan internet lebih dari 5 jam, kan?
Dua jam aku kat internet cafe tuh, itupun masih ada masa untuk merayap-rayap ke tempat lain. So aku jalan-jalan kat Roosevelt Avenue, kat Little South America tuh. Terjumpa pulak pet store, yang ada jual ikan. Ha, memang elok sangatlah tuh sebab sejak aku bela ikan, aku rasa macam tak sedap hati aje sebab macam menyiksa makhluk Tuhan tu aje, biarkan dia sorang-sorang. Kalau aku beli sekor dua lagi ikan, bolehlah dia buat kawan, kan? Tak lah dia kesaorangan sangat masa aku tak ada kat rumah. Masa aku kat rumah, ikan tuh tak boleh lah rasa sunyi sebab aku pun sorang-sorang jugak.
Tapi sebab aku pun dah sarat tangannya dengan beg pakaian, dan ikan tuh kena ditaruk dalam plastik, tak bolehlah aku imagine yang aku akan beli ikan masa tuh. Tengoklah weekend nanti kot, aku akan singgah lagi kat Jackson Heights tuh, nak beli ikan yang macam-macam kaler tuh. Rasanya nak beli ikan yang mahal sikit, yang $49 sekor tuh, nak tengok, dia boleh berkawan dak dengan ikan murah sekor tuh.
Kat MacDonald Memorial Park, aku sempat lepak sambil baca buku dalam 45 minit aje, macamana pun aku puas hati sebab hari nih aku merata perginya, banyak benda yang aku buat. Kalau melepak kat rumah aje, masa terasa sekejap aje, tapi kalau jalan-jalan nih tak pulak.
Bengang aje aku kat Hal sebab aku rasa dia macam budak-budak pulak, ada ker dia nak tengok benda-benda yang aku beli? Dia nampak aku bawak beg, so dia tanya lah aku, aku ceritalah yang aku terpergi shopping. Dia pun buat style diaorang lah, lepas shopping, cerita kat orang, lepas tuh dok belek-belek pakaian yang dibeli. Macam bebudak sangat kan? Dia expect aku nak buat gitu jugak ker, nak tunjukkan dia satu persatu pakaian yang aku beli? No way Jose!
MamatGQ smsed aku dalam pukul 8, dia kata aku tak payah datanglah esok pasal "the place looks great". Mulanya aku rasa macam tak best aje sebab aku ingatkan sure ada benda yang aku ada buat salah, atau dia tak nak jumpa aku. Dia tak tahu yang aku sentiasa look forward datang apartment dia, so bila dia kata aku tak payah datang lagi for this week, itu yang aku rasa macam tak best jer tuh.
Tapi aku tahu yang MamatGQ tuh baik orangnya, dia tahu yang tak ada kerja sangat pun yang aku nak buat dah, apartment sebesar tuh takkan sampai dua kali nak dibersihkan dalam seminggu, kan? Ituhari kan ker dia kata yang aku tak payah datang dua kali seminggu, tapi kalau aku nak datang jugak, up to me lah. Yang aku datang dua kali tuh bukan apa, sebab aku boleh blah awal sikit, aku boleh buat kerja dalam dua hari.
Nampak gayanya akan datang, kalau dia suruh datang sekali aje, aku terpaksalah stay lama sikit, up to 2-30 pm ker. Biasanya dalam pukul 12 lebih aku dah blah. Lagipun, dia bayar aku lebih, itu yang aku datang dua kali tuh. Kalau dia bayar sikit aje, harus lah aku datang sekali seminggu aje. Dia kesian kat aku tuh, aku tau lah.
Baik hati MamatGQ tuh kan? Tak terlawan aku dibuatnya ekekekeke.
Mak David (mak tiri Hal) ada datang sekejap sebelum David balik kerja, aku tak sembang sangat dengan dia nih sebab dia nih very classy punya orang. Dressing dia lawa-lawa, walaupun umur dah 75. Dia nih, since David tak pernah cerita kat dia pasal aku, dia selalu pandang rendah kat aku. Aku tak suka orang pandang rendah kat aku ekekekeke
"You know about computer, Joe?", ituhari dia tanya aku masa David tanya aku pasal computer. "You been to Paris, Joe?", dia macam tak percaya bila aku menyampuk masa diaorang sembang pasal plan dia nak ke Paris, dan bila David kata aku dah ke merata-rata Europe perginya.
Tapi tadi, bila dia kata, "For a man to work every day, that's so sad...", (bila dia tunggu David tapi tak balik-balik jugak, sedangkan David kerja 5 hari seminggu macam orang lain jugak), terasa hati aku, sebab aku kerja hari-hari, 7 hari seminggu.