Aku bengang gila kat Hal harinih. Lama pulak tuh aku bengang nya. Biasanya kalau aku bengang, sekejap aje, lepas tuh aku cool balik. Tapi tadi tuh termelarat-larat bengangnya, sampaikan sepanjang masa aku kerja tuh aku dok fikir apa nak buat next. Harini lah, one of those days yang aku rasa macam nak ludah aje kat Hal tuh, then blah gitu aje. Biarkan dia terkapar-kapar sorang kat atas katil, sementara tunggu David balik kerja.
Aku, kalau tengah marah, aku dah tak peduli apa dah. Bukan senang nak kasi aku marah sebenarnya tapi sebab aku dah lama simpannya kemarahan aku, itu yang sekarang nih aku mudah sangat meletup nya tuh.
Tapi tadi tuh aku berfikir panjang jugak. Bukan sebab aku sayang kerja, tapi aku fikir consequence nya kalau aku berhenti. Keadaan kerja aku sekarang jauh lah sedapnya dari zaman dulu-dulu tuh, so itu yang aku dah macam takut nak ambik tindakan yang terburu-buru. Banyak benda yang aku kena fikir masak-masak sebelum aku buat keputusan.
Yang aku marah tadi bukan apa. Masa aku telungkupkan badan Hal sebab nak sembur air pewangi, then nak taruk bedak kat celah bontot dia (sebelum pakaikan pampers), masa aku keringkan badan dia tuh, beria sangat dia suruh aku keringkan betul-betul. Sedangkan aku sembur dua percikan aje. Dan aku dah keringkan guna tuala. Aku bukannya buta, sampaikan tak nampak mana bahagian badan dia yang basah. Tapi itulah, tangan dia yang cacat tuh, sambil terketar-ketar tunjuk sana-sini, belek sana sini (dia meniarap), kononnya nak suruh aku lap betul-betul. "In between my legs, Joe", kata dia sambil pegang bontot.
Terus aku jadi bengang. Terus aku menyumpah-nyumpah, mengomel, dalam bahasa Melayu. Aku tak sure dia sedar yang aku marah tapi lepas tuh aku buat kerja pun laju aje, tak peduli apa pun, sampaikan lepas tuh dia tanya aku, "Are you ok Joe?".
Aku, dalam masa kerja, masa dia meniarap lah masa yang aku rasa sedih gitu. Masa dia menelentang aku tak sedih sangat sebab masa tuh aku buat catherter, keluarkan kencing dari pundi-pundi kencing dia. Masa tuh aku yang akan kesian sesangat kat dia, dah lah sakit dan geli agaknya kena masukkan tube sepanjang 2 kaki ke dalam kepala kote dia. Masa tu lah aku rasa yang paling berharga sangat kerja aku, mulia sesangat.
Tapi, masa dia meniarap, itu lain pulak ceritanya. Masa tu lah aku selalu berfikir sebenarnya. Sebab masa tu lah aku akan kena urut badan dia, kaki dia yang stiff tuh, yang herot sebelah tuh. Masa tu lah aku kena urut bontot dia nak kasi kepak bontot dia yang sebelah kanan tuh belen, sama macam kepak bontot sebelah kiri. Sebab dia lama sangat duduk kat wheelchair, itu pasal nipis jadinya kepak bontot dia yang sebelah kanan.
Dia meniarap, tertidur sambil melayan urutan aku, dan masa tu lah aku pun biasanya, mengelamun. With his bontot memenuhi pandangan mata aku (not a pretty sight I tell ya), it's only fair lah kan aku aku terfikir benda-benda lain. Selalu aku fikir, nasib baiklah ada aku, kalau tak, siapalah yang nak urut Hal tuh. Caregiver yang sorang lagi, dia tak payah nak urut-urut Hal, sebab dia tak reti. Then aku terfikir, hina dan jijik sungguh kerja aku, tapi aku kena buat jugak. Apa pasal aku kena buat kerja-kerja macam tuh? Tak ada kerja lain dah ker? Dah 7 bulan aku kerja gitu, dah setiap hari aku kerja bergelumang dengan taik orang, fikir pasal cari kerja lain aje lah. Kerja kat apartment MamatGQ, kerja simple aje, dibayar jauh lagi best, baik aku cari kerja macam tu aje.